Aiseh!! Beli Beli....Lelong Lelong....Alahai Bulan Puasa!

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 9/03/2008 11:24:00 pm

Baru nak isi Naik Balik.....
Semalam, ASDA yg dah turunkan harga minyak dia kepada 108.9p/liter 1-2 minggu lepas, naikkan balik la 1p. Aku baru cadang2 nak isi, spoil betul la! Apa2 pun mmg kena isi gak nih, kang dibuatnya naik lagi, buntang bijik mata aku nanti. Yang hari tu naik pun punya la lama nak turun, tp at last dia turun gak, bukan mcm kat tmpt aku, kira dalam sejarah la buat penurunan 15 sen tu. Bila aku pikir balik, diaorg mcm pasaraya yg nak buat jumble sale plak rasanya, naikkan harga 100% pastu bagi diskaun hingga 70%.....hehehe, kita gak la yg samdol....hehehe.

Aku ni bukannya ahli la dlm hal2 ekonomi nih, tp ada la ambik tahu gak bila dah membabitkan aku ni...hehehe. Sesetengah cakap, minyak naik balik psl dah nak masuk musim sejuk, mmg dah sejuk balik pun kat UK ni, memanjang je hujan, suhu pun dalam sekitar 14-15°C je. Bukan kat sini je sejuk ni, kat negara2 Opec pun dikatakan sejuk, tu yg diorang takleh nak increase pengeluaran telaga minyak diorg, ngetor ler katakan, kecut habis segala maknika, minyak pun...hehehe. Betul ke idak? Korang bacalah kat internet Kuwait Times ke, Aljazeera ke. Hari tu minyak dah turun dari US$147/barrel (July) ke US$115/barrel(August), pastu turun lagi sekitar US$ 4.3 per barrel menjadi US$ 111.12/barrel atas sbb Taufan Gustav, pastu Menteri Minyak Iran mencadangkan kalau habis2 turun pun hanya jejak US$100/barrel je pasal musim2 sejuk ni, bagi can la sikit kat pengali2 ni....hehehe. Alih2 naik la pulak semalam, ni apa kes daaa.....? Sah2 minyak tak jadi turun lagi kat tmpt aku. Aku rasa, satu sebab minyak jadi naik ni sbb nilai dollar rendah berbanding nilai euro, walhal pertukaran RM berbanding Pound pun dalam 6:1 je, selalunya dalam 6.5 - 6.7:1. So, naikkan minyak akan menguatkan lagi nilai dollar maupun pound, pendapat aku la, yg tak berapa paham ekonomi ni. Faktor Spekulasi mungkin juga penyebab utama disamping demand tinggi di China dan India.

Kalau kat tempat aku tu, setiap kali bulan pose, harga makanan, toksah cakap la, sure melambung punya, dari 3 atau 4 singgit, bole jd 2 singgit atau ambik 3, 2 hinggit. Nak untung lebih la katakan, ni la dikatakan amalan kebajikan yg terbalik, sepatutnya peniaga yg buat amal jariah, ni la can nak bagi sedekah lebih sikit, Ini tak! pembeli plak yg dok buat amal sedekah kat peniaga. Selalu kalau bulan tak pose, sekali beli 10 hinggit je utk makan malam, ni masuk je bulan pose, shopping kat mana2 Bazar Ramadhan atau PaRam, mau dalam 30 hinggit habis....perhhh. Saper yg tak penah meniaga pun bole gi meniaga, tak penah masak kuih pun bole gi bukak buku resepi, try2 masak. Hasilnya....tengok2 nasib la, kalau kuih tu tak comel macamana namanya, letakla nama brutel sikit, sure laris....hehehe, dalam 10 org lalu, sorang sure beli punye, cuba try test tengok. Kengkadang berniaga sebulan sekali di bulan pose, bole cover pendapatan utk 11 bulan yg lain....dasyat2.....hehehe. Artis pun tumpang sekaki, tokeh Bazar manakan nak tolak, artis la katakan!, sure rating tinggi punye tapak premis diorang tahun ni..., sedap tu very subjective la:D

Sedari kecil, aku tak penah tidak, berniaga di bulan pose, kalau tak jual kuih, supply kuih....maklum la ibuku kan bisneswoman. Bulan tak pose pun 'on' jugak. Ibuku penah pesan, jgn naikkan harga tak tentu sebab, jgn kerna bulan pose kita kena untung lebih dr biasa, bulan pose bulan ibadah, lebihkan sedekah, tp production kena kencang beb!. Tak pose pun kena buat amal sedekah, inikan pulak bulan ibadah. Memperoleh untung berganda dr menjual brg makanan dgn harga yg tak sepatutnya, akan menempah ujian Allah lagi, untung tu biar la patut-patut je, mana ada org nak rugi berniaga beb!, tp jgn kita untung dgn menindas org lain, menimbulkan kebencian org lain, mencetuskan umpatan keji org, org akan membeli, tp di sudut hatinya timbul ketidakpuasan, tambahan lagi makanan tu tak sesedap harganya. Kalau 40 org menyumpah kita, MasyaAllah, Nauzibillahi min zalik.

Satu lagi, pesan ibuku rezeki dr pendapatan yg tak sepatutnya akan mendatangkan bala Allah, mungkin kita akan diberi sakit teruk, dpt penyakit yg termaktub dlm 36 critical illness ke? (or ambik insurans sure paham), tu kira ujian penyucian dr Allah la. Duit yg dapat segunung pun akan habis dalam sekelip mata. Itu namanya rezeki yg tak berkat. Perbanyakkan lah sedekah. Kalau sebelum ni, beli kuih 3-4 singgit, jual la 5 singgit, sume org nak untung, baik penjual, baik pembeli, pemintak sedekah lebih lagi la. Ni tak, bulan pose menjadi bulan menjerat pendapatan, mengambil kesempatan dr nafsu sbb menahan lapar. Apa yg terlihat, sume akan terliur, maklum la seharian berpuasa. Peniaga air lagi la, untung berlipat kali ganda, mana taknya, sorang nak minum satu jug, biasa order segelas je kalau bukan bulan pose. Perhhh....kaya...kaya...kaya... Modal apa je, air paip, ais batu, jus, air gula. Air gula bole simpan lama, tak habis!, esok ada lagi, apa lagi nak!.....hehehe. Ayam golek, kalau tak habis, esok batch yg pertama tu kira yg semalam punye la. Ikan bakar pun sama. Kari semalam bole campur dgn kari hari ni, rasa pun mungkin lagi kaw...hehehe. Lauk2 lain pun sama, mungkin kuih susah sikit la nak simpan, walaupun tak mustahil bole 'on' balik esoknya. Secara kesimpulannya, "Bersikap Ihsan lah Dalam Berniaga"

Kalau yg paham tu, bulan pose ni bulan berjimat sebenarnya. Dari makan 3 kali, jd 2 kali atau sekali, walaupun massive supplement. Ni tak, bulan pose la, member2 aku gi buat janjitemu ajak berbuka puasa sama2 kat hotel la, highclass cafe la, sorang cecah la dalam RM30++, tu yg paling koman, kalau hotel, tmpt2 yg class ni sure pergi RM70++ sekepala. Kalau bulan biasa, harga tu bole makan seminggu tu, kalau tidak pun 5 hari. Renung2kan lah, Wallahu A'lam.

"Ya Allah keranaMu daku berpuasa, kepadaMu daku beriman, dan kepadaMu daku bertawakal (berserah) dan daku berbuka dengan rezeki yang datang daripadaMu .

Comments (0)