New Year Forecast

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 12/28/2009 09:17:00 am

0

Menurut laporan BBC news, UK akan dilanda salji lagi bermula esok (isnin) bermula di sebelah utara, spt Abeerdeen, Glasgow dll, membawa ke bahagian tengah dan selatan masuk hari yang ke seterusnya. Kiranya kalau betul la apa yang diramalkan, tempat aku ni akan menerima selimut putih bermula Selasa la, ntah la, betul ke tidak, kita tengok la apa yg nak berlaku nanti. Aku, kalau boleh tak payah la snow-snow ni, penat nak berjalan nanti, kerja dah banyak ni. Mungkin pada orang yang datang berjalan ke UK ni, seronok la merasa benda2 ni.

Mungkin, kalau pihak perbandaran perihatin, esok diorang start la gritting lagi, kalau tak alamatnya, dibuatnya betul turun benda2 ni, penuh jalan2, payah la kereta nak lalu. Sekarang ni diorang dok seronok bercuti sakan lagi, namun begitu aktiviti shopping-menyhopping ni tetap berlaku dengan sesaknya. Bak kata kawan aku, "Diorang ni (mat saleh) tak reti dok rumah ke? City ni asyik sesak je, penuh dgn orang2 dtg shopping, aktiviti ekonomi di sini berjalan dgn amat baik, walaupun UK dilanda kegawatan. Di bandar tetap meriah, dgn kedai2 buat mega sale serendah 80% penurunan harga, ada ice-skating lagi, perhhh....meriah cuti2 krismas dan tahun baru ni.

Bila masuk kedai2, macam masuk tempat kena dilanda taufan, berselerak kain-baju sana sini, que panjang disetiap kaunter, kaki lima penuh dgn org, nak lalu pun bersesak-sesak. Bukan kira sejuk lagi, org berduyun-duyun keluar, jalan raya penuh dgn kereta, tempat parking penuh.......giler...


Renung-Renungkan lah........ WALLAHU A'LAM.

Bila Aku Rindu....

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 12/26/2009 09:45:00 am

0

Dalam dok rasa sejuk-sejuk ni, kadangkala perasaan rindu menerjah jugak ke alam fikiranku. Saat ni boleh diibaratkan aku menangis, bukan rindukan saudara-mara, jauh sekali rakan-rakan, sorry la geng, kalau rindu diorang aku boleh call dari sini, tapi ni tiada lagi cara melainkan doa-doa dan bacaan surah2 suci pada mereka. Saat ni aku teringatkan galasan tanggungjawab pada mereka, kadang2 kesibukan kita sendiri amat menyeksakan, kadang2 terleka sesaat dek huru-hara diri. Juga sekadar mengingatkan teman-teman yg masih ada mereka disisi. Amat beruntung anda yg masih punya. Maka jagailah, tunaikanlah tanggungjawab masing2 sebaik-baik mungkin.

Ni ada sedikit maksud doa yg aku ambil dari doa2 yg sering aku hafal. Semoga bermanfaat, dapat sama2 menyedarkan pada yg juga lupa pada mereka. InsyaAllah.

Ya Allah
Sampaikan selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan rasul-Mu dan ahli baitnya yang suci, istimewakan mereka dengan yang paling utama dari rahmat-Mu, kasih-Mu, kemuliaan-Mu dan kedamaian-Mu

Ya Allah
istimewakan juga kedua orangtuaku dengan kemuliaan di sisi-Mu dan rahmat-Mu wahai Yang Paling Pengasih dari segala yang mengasihi

Ya Allah
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya
Ilhamkan kepadaku ilmu tentang kewajibanku
Gabungkan bagiku seluruh ilmu itu secara sempurna
Gerakkan aku untuk mengamalkan apa yang Kau ilhamkan kepadaku
Bimbinglah aku untuk melaksanakan pengetahuan yang telah Kau tunjukkan kepadaku
Sehingga
aku tidak kehilangan waktu untuk mengamalkan apa yang telah Kau ajarkan kepadaku
dan anggota badanku tidak berat untuk melakukan apa yang telah Kau ilhamkan kepadaku

Ya Allah
Jadikan takut kepada kedua orangtuaku seperti takut akan penguasa zalim, dan berbuat kebajikan kepada keduanya dengan kebajikan ibu yang penyayang
Jadikan ketaatanku kepada kedua orangtuaku dan kebajikanku kepada mereka
lebih mententeramkan hatiku dari tidur kepada orang yang mengantuk
lebih menyejukkan hatiku dari seteguk air bagi yang kehausan
Sehingga
aku dahulukan kehendak mereka di atas kehendakku
aku utamakan redha mereka di atas redhaku
aku anggap banyak kebajikannya walaupun sedikit
dan aku anggap sedikit kebajikanku walaupun banyak

Ya Allah
Indahkan kepada mereka ucapanku
Haluskan kepada mereka tabiatku
Lembutkan kepada mereka hatiku
Jadikan aku orang yang sangat mencintai mereka

Ya Allah
Balaslah kebaikan mereka kerna telah mendidikku
Berikan ganjaran kepada mereka kerna telah memuliakanku
Jagalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku pada masa kecilku

Ya Allah
untuk setiap derita yang menimpa mereka kernaku
untuk setiap hal yang tidak enak yang mengenai mereka kernaku
untuk setiap hak mereka yang aku abaikan
jadikan semua itu penghapus terhadap dosa mereka
ketinggian darajat mereka
kelebihan dalam kebaikan mereka
Wahai Yang Mengubah keburukan dengan kebaikan secara berlipat ganda

Ya Allah
mereka mempunyai hak terlalu besar dari diriku
kebaikan yang terlalu utama terhadapku
pemberian yang terlalu banyak bagiku
sehingga aku tidak dapat membalasnya dengan adil atau memberikan kepada imbalan sepadan

Duhai Tuhanku
bagaimana harus kubalas budi mereka
lamanya kesibukan mereka untuk mengurusku
beratnya kelelahan mereka menjagaku
dan penanggungan mereka akan kesempitan untuk memberikan keselesaan bagiku

Aduhai
Aku tidak akan bisa memenuhi hak mereka terhadapku
Aku tidak mampu melaksanakan kewajibanku kepada mereka
Aku tidak sanggup menjalankan kewajibanku untuk berkhidmat kepada mereka
Maka, sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya
Bantulah aku
Wahai Yang Paling baik untuk dimintai bantuan
Bimbinglah aku
Wahai Pembimbing yang dirindukan
Jangan jadikan aku anak yang durhaka kepada ayah bonda
pada hari ketika setiap diri dibalas kerna hasil kerjanya dan mereka tidak dianiaya

Ya Allah
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya
Istimewakan kedua orangtuaku dengan yang paling utama dari apa yang Kau istimewakan kepada orang tua wahai Yang Paling Pengasih dari segala yang mengasihi

Ya Allah
Jangan biarkan aku lupa untuk menyebut mereka sesudah shalatku
pada saat-saat malamku, pada saat-saat siangku

Ya Allah
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarganya
Ampunilah aku dengan doaku kepada mereka dengan ampunan yang sempurna
Ampunilah kedua orang tuaku dengan kebaikan mereka padaku
Redhailah mereka dengan syafaatku untuk mereka dengan keredhaan yang paling sempurna
Sampaikan mereka dengan anugerah-Mu kepada tempat-tempat kesejahteraan




Semoga menyedarkan........ Insya ALLAH.

Waris kepada Papa

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 12/24/2009 11:13:00 am

0

Post aku kali ni bukan nak cerita perihal seorang bapa, ayah, 'papa', dan seangkatan dengannya, tapi 'kepapaan'. Bak katenye org Perak, "Bior pape asalkan bergaye". Hal ni sebenarnya penting kerna pokok-pangkalnya ia berbalik kepada perbuatan kita sendiri. Kita kadang-kala sering mengeluh kenapa rezeki kian menjauh, tak berkat la, apa lagi la yg berkaitan dengan rezeki. Ni aku nak senaraikan bibit-bibit penting yang mungkin mengarah ke keadaan itu, yang mana tanpa kita sedari. Mungkin tak dapat secara sempurna ingin ku jelaskan, diharapkan ianya sedikit-sebanyak, kita sesama dapat ambil pengajaran.
Benda ni bukan rekaan aku tapi aku ambil dari pembelajaran kitab tak lama dulu, dah lupa sesangat sebab dah lama, cuma ustaz yg mengajar aku tu je yg aku masih ingat, sgt popular orgnya di negeri kelahiranku, ntah ada lagi ke tak beliau, semoga ilmunya tidak mati...insya Allah. Kalau nak lebih yakin lagi silalah bertanyakan mualim2 yg lebih pandai. Beberapa perkara yang membawa kita mewarisi kepapaan adalah seperti:

1. Tinggalkan solat
'Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (solat lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. ' - Al-munaafiqun:9

Kalau kita sering meninggalkan solat, Allah akan hapus cahaya keberkatan dari muka kita. Itu satu, satu lagi ianya memang dosa yg besar pun. Jangan tinggalkan solat, kalau boleh lakukan solat malam (qiyaimullai) pohon rezeki, insyaAllah...

2.Tidur sesudah solat Subuh
Berpagi-pagi itu membuka pintu berkat. Kalau kita masih dok sambung tidur sesudah Subuh ataupun tak subuh langsung, nanti rezeki mahal. Cuba tengok kedai mamak atau kedai2 runcit India, biasanya dia akan buka seawal pukul 7 pagi. Sebab tu mereka maju. Ada yang tak tutup langsung pun ada, yg tukang baki rezeki kat diorang bukan org lain, kita-kita jugak kan.

Kepada yang masih belajar, cubalah menelaah pelajaran sesudah solat Subuh, waktu ini minda kita fresh, senang mengingat..insyaAllah.

3. Bakhil kepada kedua ibu-bapa
Belum pernah lagi aku tengok orang yang berbakti kepada kedua ibubapa liat rezeki dia, makin murah lagi ada, kalau tak percaya tengok saja la Billionair melayu, tokeh beras Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, cerita yang aku baca asalnya dia ni sangat taat pada ibunya, akhir dia berjaya menjadi seorang Jutawan. Cuba korang buat kedekut dgn ibubapa, bila org tua mintak duit, asyik kata takde je, alih2 Allah mahalkan rezeki korang, kalau tak percaya buatlah...insyaAllah.

4. Bakhil untuk bersedekah
Sedekah itu memanjangkan umur, dan juga murahkan rezeki kita. Panjang umur ni bukannya hidup sampai menongkat langit tak mati-mati, cuma amal perbuatan kita tak akan mati, akan ada orang dok kenang, walaupun kita dah tiada. 3 perkara yg tidak akan terputus walaupun sesudah kita mati, iaitu Harta yang digunakan pada jalan yang baik, ilmu yang baik yang diajarkan, dan doa anak2 yg soleh....cehwah macam dialog Nurkasih plak...hehehe.

5. Makan/minum tanpa dimulai bacaan Bismillah
Kalau makan tak baca Bismillah atau doa makan, nanti rezeki kita dikongsi dengan syaitan.

6. Memakai sepatu (selipar/kasut) yang berlainan pasangan
Hukumnya pun makruh, Rasulullah melarang kita memakai kasut yang berlainan pasangan atau tinggi rendah. Tak ke macam orang gila sekali pandang, korang baik jaga2 masa main boling tu, selalu aku tengok diorang bagi kasut lelain kaler...tak ikut sunah tu...hehehe.

7. Biarkan pinggan-mangkuk yang digunakan dengan tidak berbasuh.
Kita orang melayu ni selalu dipesan oleh mak bapak kita, lepas makan, tuang sikit air ke atas pinggan, kenape? Kira dah betul la tu......korang pikirla sendiri sebabnya....hehehe

8. Merokok ketika sedang qada-hajat (buang air, besar atau kecil)
Aku pun heran kenapa, masa nak huhuk tu jugak korang nak merokok, hal ini akan mendatangkan penyakit was-was, mana satu nak fokus ni, nak meneran ke nak feeling sedut asap...pastu hembus, tak masuk akal la.....pikior la yeop eh...hehehe

9. Meludah ke atas najis sendiri
Makruh, perbuatan ni akan mengakibatkan gigi kita menjadi kuning, cuba check la kalau siapa2 yang gigi kuning tu ni la kerja diorang...hehehe.

10. Sambil memberus gigi sambil itu juga qada-hajat (buang air)
Ni pun makruh, mendatangkan penyakit was-was. Lain betul kedua2nya perkara ni, macam yg dah aku terang utk perkara no. 8.

11. Menyarung kain/baju/seluar/kasut dimulakan dengan kaki kiri
Makruh juga ni. Sebaik-baik perbuatan, mulakan dengan kaki kanan, lain la ada sebelah kaki je.

12. Menyapu/membuang sampah selepas waktu senja (malam hari)
Elakkan la membuang sampah ketika waktu ni, kalau nak sapu jugak rumah malam tu, sapu la, tapi sampah tu seeloknya dibuang pada keesokkan hari ok. Org tua pun dah pesan, sapu sampah malam-malam, buang rezeki.....dulu aku ingat saja2 je org tua buat pantang-larang, rupanya ada dlm kitab beb.....tak disangka...hehehe.

13. Memotong kuku pada hari Ahad
Waktu yg disunatkan potong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat, Hari2 lain makruh, hari Ahad menyebabkan kita hilang keberkatan. Kalau terpaksa tu aku tak tahu la beb....doa2 la mudah-mudahan dijauhkan.

14. Melihat najis sewaktu qada-hajat
Syaidina Ali dulu, tak pernah melihat sewaktu sedang...ehem2, so kita ikut la ek. Jangan pasang lampu kalau boleh...hehehe, cuma kang takut ada yg aim tak masuk gol je kang....ahaks, pandai2 la ek...hehehe.

15. Makan/minum dalam bekas yg pecah atau sumbing
Ni orang tua kata, kalau makan dalam pinggan sumbing, lambat jodoh atau nanti jodoh dgn org yg ......hmmm..ntah la, korang ingat2 la sendiri. Sebenarnya hukumnya makruh, dikhuatiri akan mencederakan kita secara tak sengaja.

16. Terlalu banyak ketawa
Kang menangis kang. Benda ni boleh buat mati jiwa beb, kita asyik dok suka2 je, tak ingat tak benda yang berfaedah atau utama.

aku boleh senaraikan banyak lagi tapi ini sekadar nak ingatkan yg mana penting je, kalau diikutkan ada banyak lagi...mungkin ada lebih dari 20......maaf. Banyak lagi org dok tambah2, korang try la surf kat net ni, mana tahu ada ke....insyaAllah.


Renung-Renungkan lah........ WALLAHU A'LAM.

Lagi Kaedah Meramal Cuaca

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 12/23/2009 08:06:00 am

0

Perkara yg sering aku ajar pada anak2 tentang nak tahu akan hujan ke tidak malam itu..ialah melihat bintang di langit, kalau kelihatan bintang di langit, maknanya langit tidak diliputi awan tebal, kemungkinan hujan agak tipis, tapi jangan pula ada tiupan angin, mungkin akan mengubah ramalan seterusnya.

Satu lagi ialah melihat bulan diwaktu malam, siang mana ada kan!. Jika ia kemerah-merahan atau pucat, debu adalah dalam udara. Tetapi jika bulan adalah cerah dan pemfokusan tajam, ia mungkin adalah kerana tekanan rendah telah membersihkan debu, dan cara tekanan rendah hujan. Ingat: Kalau ada pusaran keliling bulan, maknanya hujan atau salji tidak turun tak lama lagi.

Lihat pelangi kalau berpeluang. Terbit pelangit di arah barat bermaksud lembapan, bermaksud hujan akan turun tidak lama lagi. Seandainya pelangi terbit di timur sekitar matahari terbenam, maknanya esok cuaca panas.

Ini Petua Red Indian agaknya...hehehe. Buatkan satu unggun api. Asap itu patut naik berterusan. Kalau asap berpusar dan turun, ia disebabkan oleh tekanan rendah (i.e. hujan ondaway la hoi!).

Menggunakan deria bau juga amat berguna, susah nak dapat kebolehan ni kecuali la dah selalu amal, iaitu menarik nafas panjang, tutup mata anda dan menghidu udara....hahaha, aku tak pandai dalam kaedah ni, tp org ghumah aku agak terbiasa, mungkin anugerah Ilahi agaknya. Sebab musabababnya, tanaman membebaskan sisa mereka dalam atmosfera tekanan rendah, memberikan satu bau seperti baja kompos dan menunjukkan hujan akan datang. Paya juga akan melepaskan gas-gas sejurus sebelum ribut disebabkan oleh tekanan rendah, yang memberikan satu bau yang tidak menyenangkan. Bauan bunga2 yang semerbak juga dikaitkan dengan cuaca hujan, tapi kalau lalu kat perkuburan.....sendri mau ingat la...hehehe.



Renung-Renungkan lah........ WALLAHU A'LAM.

Walkway after snowy: "Is it safe?"

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 12/22/2009 08:36:00 am

0

One of driving tips during winter time --> Beware of "black ice" when the roadway appears dry but the color of the pavement is darker and dull looking.

Story pasal "black ice" ni, bukan berkisar di atas jalan raya je, atas walkway a.k.a bahu jalan pun sama. Setakat ni, buat sementara waktu ais kepal takde la turun lelama sangat di sini, sekadar 2-3 hari je, itu pun dah tak kuasa nak menanggung sejuknya ya amat. Rasanya pengalaman bersalji ni pernah aku khabarkan tahun dulu, ceritanya agak sama, salji ni pengalamannya seperti pengalaman banjir di tempat kita dan ada juga yg lainnya. Yang samanya bila mula turunnya salji, riaknya sama mcm air mula naik, semua org mcm teruja sesangat, kalau air naik, di negeri2 yg dilanda tu, ramai la antara kita membawa anak2, atau anak2 itu sendiri ke, kelihatan dok heret pelampung, tiub tayar kereta ke, tayar lori layaknya seperti kat pantai PD, pantai Teluk Batik nak merasa main air.

Bila salji dah lama turun, dah mula menebal, suhu makin sejuk, badan pun dah makin tak tahan, layaknya sama seperti air dah bertambah naik, hati, pekiran kita yg berumah rendah kian risau, dok sibuk memunggah barang2 ke tempat tinggi, dalam bersalji takde la punggah-memunggah ni, tapi kerisauannya rasanya sama aje, bila jalan diliputi salji, nak berkereta agak terbatas, takut buatnya dia sledging plak, kang jadi drama "drift" tanpa sedar, so berkurung la di rumah. Utk kes banjir, bila air dah dalam, jalan-2 terputus jugak, nak kemana pun susah, maka berkurung la di rumah aje. Kan sama aje cerita dia.

Masalah yg aku nak bangkitkan di sini adalah cerita sesudah salji nak kering, ataupun berakhirnya setiap pusingan salji itu. Masa tengah tebal sedap la kita dok memijaknya, tapi bila dah berhenti yg di atas tu turun, yg tinggal tu makin nipis, makin kejap ketumpatan dia, atau dgn kata lain makin padatla, so dia nak cair agak susah sikit. Itu sesetengah org namakan "black ice", ke aku je yg tahu nama dia nih? ntah la, kalau ye, mungkin org lain tak tahu la ni...hehehe. Bendalah ni, kalau atas jalan agak kurang la kita jumpa sbb kat jalan diorang dah tabur garam (gritting), so apa yg jatuh tu cepat je cairnya, kalau tak susah jugak kereta nak jalan, tu yg mengelongsor semacam je tu, brek dah takleh pakai dah, nak selamat kena pakai 4WD la. ..hehe.

Lain pulak atas bahu jalan, mmg jelas sgt la kelihatan, boleh dikatakan dimana-mana bahu jalan la ada. Bila kita jalan atas "black ice" ni, dah jadi cerita kita main ice-skating la kalau tak kena gaya. Silap haribulan, mau ada yg terlentang, lepas tu terus sambung 'sledging' sampai ke abis rumah kita boleh bilang berapa dah lepas, atau mungkin sampai hujung jalan...hehe, tu kalau tak masuk emergency atau i.c.u la. Bila teringatkan benda ni, aku teringatkan cerita 'Home Alone' part One rasanya, yg kes Kevin takutkan org tua jiran sebelah rumah dia, dalam cerita tu, org tua tu ada babaknya dok sodok salji lepastu ceduk garam taburkan atas jalan yg dah disodoknya. Itu sbb dia taknak ada "black ice" la depan atau dilaluan ke rumahnya. Byk kedai ada buat perkara ni, kalau tak, asal pelanggan nak masuk je, asyik terbabas je, kalau tak jatuh, termasuk pulak ke kedai sebelah...hehe.

Tgh malam td, aku jugak dok terbabas la, pasal dok terpijakkan "black ice" ni, mujur la teknik balancing aku ada iras-iras 'Jetli' gitu, kalau tak, ada gak yg rabak punggung malam2 buta ni. Nak selamat, terpaksa la gi jalan atas jalanraya, cuma yg tak bestnya, jalan-jalan sini kecik, pastu ada kereta dok park kiri-kanan jalan, ruang nak berjalan agak terbatas, dibuatnya ada kereta lalu, ada ke naya lagi. Pendek-kata, ni la masalah yg paling aku tak suka time-time ni. Kalau lepas banjir tu, kira ada selut-lumpur la kan, kat sini ada "black ice". So story dia bukan ke sama, cuma tak serupa je......

Renung-Renungkan lah........ WALLAHU A'LAM.

Alkesah....Kaedah Meramal Cuaca

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 12/20/2009 06:39:00 pm

0

Sekarang ni di tempatku, ais kepal mencurah-curah jatuh, kedinginan menusuk sampai ke tulang hitam, mood nak mem'posting' pun agak membatasi, mana nak buat hal lain lagi, mana nak mikior posting2 ni, ni pun ada rasa ngetor semacam je, baju dah pakai 2-3 lapis pun tak jalan, kalau keluar rumah lagi la. Untuk tunai janji aku, post jugak la sekerat dua, buat tatapan kawan2, jadi la ek! Nanti bicara ilmiah ni aku sambung lagi.

Dahulu sebelum teknologi dibangunkan dalam meramalkan cuaca, setengah2 kita org2 lama ni hanya bergantung pada pemerhatian, pola-pola dan budaya rakyat setempat untuk mengelak agar bersedia terhadap bencana. Jika perancangan, rezeki atau juga kehidupan mereka bergantung cuaca, ia memang akan menjadi terbiasa dengan beberapa kaedah ini, tambah lagi bila mereka terputus hubungan dengan laporan cuaca, terutama nelayan, kelasi, pengembara dsb. Kaedah-kaedah ini ada gunanya sekira terdesak, dan jika kita tidak mempunyai kaedah ramalan, maka tak rugi kalau nak mencubanya.

Lihat titis embun pada helaian rumput waktu matahari terbit (waktu pagi). Jika terdapat embun, ia mungkin tidak hujan hari itu. Sebaliknya jika kering, ini menunjukkan ada awan atau ada tiupan bayu, yang bermaksud mungkin hujan. Kalau hujan pada malam itu, hal ni tidak boleh digunapakai...hehehe. Cubalah....

Pemerhatian pada binatang banyak juga membantu. Binatang lebih berkemungkinan untuk merasai perubahan-perubahan dalam tekanan udara berbanding kita.
Jika burung-burung terbang tinggi di langit, di sana akan mungkin kerana cuacanya baik. Ribut yang akan hadir mengakibatkan tekanan udara jatuh, ini akan menyebabkan ketidakselesaan pada telinga burung-burung, waktu ini mereka terbang rendah. Kalau terlihat sebahagian besar burung-burung bertenggek atas talian kabel elektrik, ini cenderung menunjukkan keadaan tekanan udara rendah. Anda percaya??


Kata para nelayan, burung Camar kebiasaannya akan berhenti terbang dan berselindung di pantai jika ribut akan datang. Binatang-binatang, terutama burung-burung, kelihatan senyap tak berketik, bermaksud hujan akan hadir.

Malam pun banyak burung yang diam jugak, kena bezakan perkara-perkara ni. Kena pandai bezakan...hehehe.


Lembu pula lazimnya akan berbaring dan cenderung berada dalam keadaan rapat. Perihal semut pula, mereka akan membina busut curam sejurus sebelum hujan. Si kucing kelihatan menjilat belakangnya sebelum hujan. Penyu sering mencari daratan yang lebih tinggi apabila hujan lebat dijangka berlaku. Sehari dua sebelum hujan, mungkin kita akan kerap berjumpa mereka (biasanya kura2) dalam masa tempoh ini. Korang perhatilah hal ni.....hehehe, mana la tahu ianya mitos pulak kan. Nanti kalau ingat, aku nak cerita pasal mitos2 plak...hehehe.

Dizahirkan dari petua orang2 terdahulu, seandainya burung-burung diberi makan dalam ribut ia akan hujan untuk sekian lama, jika mereka tidak, ia akan segera berhenti.

Satu kesalahan kita dalam menimba ilmu, kurang berpikir selanjutnya, kurang mengkaji, kurang praktikalnya, ini tak...ambil terus bulat-bulat akan teori yg diperkatakan. Sejauh mana betulnya, kena manfaatkan. Bila belajar ilmu telahan, bergaul dengan orang tua-tua ada banyak faedahnya dari dok melepak dengan rakan seusia di jalanan. Kalau korang rasa susah nak cari orang tua-tua ni, aku rasa korang memang jenis tidak berpikir, korang salah tempat dalam melepak. Diorang selalu lepak kat masjid, surau2, kenduri-kendara, diorang tak lepak kat panggung wayang, shopping complex, kedai mamak dll.


Renung-Renungkan lah........ WALLAHU A'LAM.

Salam Maal Hijrah 1431H

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 12/18/2009 04:36:00 pm

0

Selamat Menyambut Tahun Baru 1431Hijriah, semoga tahun baru ini kita akan berhijrah kepada yang lebih lebih lebih baik lagi dari tahun yang sebelumnya. Semoga kita lebih bertawaduk kepadaNya, semoga akan lebih merasa akan nikmatNya, tinggalkan segala yang melalaikan meleka. InsyaAllah semoga berjaya. Orang di Malaysia seronok kot bercuti panjang. Mudah-mudahan banyak manfaat.

Tahun baru hijrah ini, bumi UK sudah mula dilanda selimut putih (salji), kawasan setempatku hanya sedikit tapi lebat, di belah-belah tenggara London (sekitar Kent, Essex, London) salji agak tebal, dah boleh main skating dah kot. Tangan kaki dah mula terasa kebas, kalau berlama sedikit di luar rumah (2 minit dah mula tak tahan). Jangan la ada yang nak pindah randah time-time ni, jari2 pun tak boleh nak genggam rapat, inikan pula nak mengangkat barang.

Minggu depan rasanya, semua tempat akan terima selimut putih ini. Sekolah pun last day hari ni. Budak-budak tentulah seronok kalau main-main benda ni, tak kalah jugak mak bapak yg baru kali pertama sampai ke sini. Aku aje la ada kureng sikit. Kerja banyak la weii!!

Banyak berita kat surat khabar mengatakan airport2 mungkin akan ditutup kalau salji tebal ni, masalah besar ni. Aku dah la kena menunggu orang kat airport ni, dibuatnya batal ke delay ke, naya jugak aku dalam keadaan beku-beku ni. Rata2 orang yang bekerja harian ni, tak suka salji2 ni, macam drebar teksi ke, drebar2 lain, airport tutup, highway tutup, trafik tergendala mcm2 lagi la. Tahun lepas, stok garam kehabisan di UK, salji dok tebal jugak, org tak boleh nak gi kerja la, sekolah tutup, aku penat2 mengharung snow, sampai sekolah, cikgu kata, "Nape datang?". Huh! buang karan betul la. Tahun ni aku dah tahu dah, lagi pun dah nak krismas, cuti sekolah lagik, takde masalah la tentang tu.

Weather Forecast

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 12/17/2009 09:54:00 am

0


Satu ilmu yg dahulu aku titikberatkan sgt adalah menelah cuaca, sebutan UKnya weather forecast atau sebutan melayunya ramalan kajicuaca. Ini kerana aku dikhususkan mengajar Hidrologi, malu alah nanti seandainya student nak mencuba aku menelah, jadi terpaksa tahu, biar diorang yakin dan berminat sikit dgn ilmu yg nak dipelajari tu....kadang2 tu ada jugak kantoi...hehe, biasa la, nama pun makhluk Allah. Tak tahulah dgn pensyarah Hidrologi yg lain? Perlu tahu ke tak? Aku bab gila2 ni, mmg cepat je masuk...hehehe.

Kalau ada ramalan cuaca kat Warta Berita tu, mmg aku tak percaya langsung, kerna kalau di negara kita terutama KL payah benar nak 100% tepat, tak tahu la method apa yg diorang pakai (org kajicuaca la). Diorang kira ke atau atau main2 agak aje ke....ntah ler? Sampai keluar la pepatah orang melayu, "Bila dengar guruh di langit, air tempayan jangan dicurahkan". Rasa2nya korang tahu ke apa maknanya?

Pada aku la, itu bermaksud jangan percaya 100% kepada ramalan cuaca...hehe. Jangan dek dengar guruh je, terus ingat nak hujan la tu. Kadang2 ya, selalunya tak. Bak kata teori sains mengenai bersin, kalau sekali bersin, itu namanya sihat, kalau 2 kalo bersin itu juga masih sihat....hehe. Kalau 3 atau lebih berturut2 bersin, itu kita yg mendengar/melihat dah kena sebut "Yarham Kallah", mmg dia dah dapat 'Selesema a.k.a Flu', kena la makan ubat....hehehe.

Weather Forecast di UK ni memang sangat penting. Aku yg dok sini, dan dah selalu ambik tahu pasal forecast2 hujan, tidal ni mmg perasan sangat la, yg diorang di sini mmg percaya pada forecast (ramalan) yg dihebahkan. Sepanjang aku di sini, suhu harian tempat aku tinggal mmg aku catat dan 'save'kan dalam satu folder....senang nak buat forecast aku nanti. Rasanya ramalan yg dibuat/dilaporkan hampir tepat (secara purata), jadi mmg hebat la method dan alatan yg digunakan di sini berbanding di negara sendiri.

2 hari sudah, tengah aku berjalan balik dari surau, mundar-mandir pekerja2 university ni (tak tahu bahagian apa?, mungkin work and manitenance) dok menabur garam berpasir (gritting) segenap jalan2 dan lorong2, tangga2 pun jadi, nasib baik tak tergolek aku sekali. Ini mesti berkisarkan weather forecast yang minggu ni dan minggu depan cuaca semakin sejuk, di bawah 4°C tau mungkin rendah lagi. Jadi cuaca sekeliling adalah 'fogging' yakni berkabus, takyah hisap rokok pun, buleh keluarkan asap yg lagi power dari mulut. Cuaca mcm ni mungkin akan menyebabkan jalan2 freeze atau berfros, atau lebih terus lagi 'snow' akan turun. Garam tadi akan mencairkan fros atau snow, jadi jalan takde la licin kalau kereta lalu.

Rata2 semua penduduk UK ni amat berharapkan tahun ini, mereka akan merayakan 'White Christmas' yakni salji turun sekitar hari2 Krismas tu, di negara lain seperti Jerman, sebahagian Spain, Chech (Prague) tempat yg paling sejuk rasa2 aku, Russia, sebahagian Amerika (Chicago) rasanya akan menyambut 'White Christmas' sbb skrg ni pun diorang dok tgh main snow la ni.

Rasanya post yg akan datang ni, nak aku ceritakan mcmana org2 tua dulu menelah cuaca....hehehe....tunggukan......hehehe

Pemantauan or Mai Melancong

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 12/07/2009 08:39:00 pm

1

Hari ni, aku dapat email dari bahagian pentadbiran yang menyatakan pihak atasan nak datang melawat ke sini hujung tahun ni, bagi melihat perkembangan a.k.a progress semasa/terkini. Aku bila bab macam ni jadi naik muak, terfikir yang bukan2 aje. Seandainya betul kaedah yang digunakan, adakah yg didalam negara juga dititikberatkan. Tak pernah pulak kawan2 yg kat dalam negara dok cerita yg mereka akan dilawati, diberi taklimat, diadakan perjumpaan yang kerap agar research progress masing2 akan menjadi lebih kencang.

Yang aku dok nampak, mereka ni ada 'ketam batu di balik batu'. Banyak betul bajet diorang....hmmm...ntahla. Setiap mereka yang naik tu sama je perangai. Kalau la betul nak dibuat pemantauan, setiap apa yang disampaikan perlu direkodkan, diminitkan dasarnya, dilaksanakan dasarnya, ini tidak, setiap kali datang setiap kali tu jugak berubah dasarnya...mmg tak guna betul. Apa yang dikomplenkan takde pun feedback segera.



Aku tahu....niat sebenar diorang datang ni bukan 100% kearah tu, mungkin jugak tak lebih pun dari 50%...entah2 10% jek.....Diorang datang ni kerana melebihkan nak berjalan-jalan, shopping2, melancong makan angin. Bukannya tak tahu hujung tahun tu dah nak krismas, tiket flight, hotel2 pun boleh tahan harga dia, pastu ada pulak 'Boxing Day Sales', bukannya aku tak tahu. Menteri pun sanggup datang time tu nak ber'abis', inikan pulak orang2 bawah2 sikit ni.

Orang time tu la tgh sibuk tak cukup tanah nak berpijak, time tu la diorang nak macam2. Yang lepas2 pun aku dah tahu hati-budi, niat-minat masing2, cerita kat SV's pon diorang mencebek bibir, macam tahu je niat masing2. Orang pergi beribadat lagikan berabis, ni orang yg mmg datang berjalan......aku nak tgk kemana dia nak mintak berjalan nanti...hehehe!

Mesej Budak-Budak Dulu Sekarang

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 12/04/2009 09:17:00 am

0

Satu benda yang aku risau, dulu masa datang, karangan BM diorang bukannya proper pun, tunggang terbalik, sekarang ni agaknya lagi la teruk, aku pun tak ambil pot sgt dah pasal hal ni, lepas tu ditambah lagi dgn impromtu dan ayat2 sini lagi la haru.

Aku pulak keluar pagi, balik mlm, cuma weekend je available dgn diorang. Budak2 ni kalau nak bercakap dgn aku, dia main pas mesej je atas meja studi aku, sb time aku balik, selalunya diorg dah lena atau dah takde mood nak berinteraksi...hehe.

Bila baca mesej2 diorang ni dulu dan sekarang, aku pikir2, mungkin akan ada masalah bila balik bersekolah kat sekolah lama nanti. Bukannya tak bawak buku2 dari Malaysia, bukan tak buat pun homework diorang, tp bila karang ayat ada jugak lemah sana sini. Mungkin ada lagi yg lebih teruk dari ni pun ada, tapi tu lantak deme la, tu kira rezeki (masalah) masing2 la.

Mesej masa awal2 datang dulu: ni mesej dia nak mintak kebenaran pakai pakaian P.E untuk ke sekolah, dia takut aku marah la tu, tak pakai uniform, biasa la aku ni ...apa2 hal suka mintak surat, surat arahan dari sekolah explain pasal bende2 ni..hehe, kalau takde, aku takut anak aku tersalah dengar....hehe. Diorang bukan paham sangat masa tu.










Mesej sekarang: sekarang ni, sikit-sikit letak note, memo segala, ni kes takut jugak la ni, takut aku banyak soal-jawab...hehehe...tapi yang ni dia siap 'attach'kan surat pekeliling sekolah lagi...hmmm











ni kes krismas la ni, ada dinner, mintak duit lagik, sebenarnya dia segan la tu nak makan 'pack lunch' dia sbb semua orang ikut-serta, tinggal dia je kena bukak bekal sendiri....hmm takpe la, aku pun kadang2 ada juga bende mcm ni, kalau dia mintak, kira, kena bayar double la ni, kalau tak adik dia charge aku pilih kasih...


adik dia yg kecik pun ada dinner jugak kat sekolah, adeh...takleh tahan aku, nursery pun ada jugak bende2 macam ni.










Cerita anak aku yg kecik ni, dia tak reti lagi main tulis2 note ni, kalau ada masalah dgn kakak-kakak dia, sure bising2,..."nin (min) nak jumpa ayah..., nin (min) nak cakap dgn ayah, potpet potpet mulut dia kat bawah tu..." dah la dok pelat lagi.....kengkadang dia panggil aku 'Fahther', kadang2 'Dad'....hmmm english dia pun pelat jugak, paling tak tahan tu bila tengok Ben10, suka2 je letak aku jd "Grandpa", tak pun 'orang jahit'...orang jahat/alien sebenarnya yg dia nak cakap tu....ntah la....poning jugak mikior nye....

Nafas Baru

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 12/04/2009 07:33:00 am

0

Agak lama juga aku tidak 'post'kan apa-apa ke blog ini, ada lebih dari setengah tahun agaknya! Teman setia pun dah anggap blog ini tiada nyawa agaknya...hehe. Kesian kepada yang setia menanti. Tiada jawapan yang dapat dinukilkan selain aku sememangnya tiada jiwa nak menulis, sibuk ke? Sibuk ni sangat subjektif, sukar nak diterangkan....hmmm.

Aku ni berjiwa IT, banyak melakukan penjelajahan, tak mampu fokus kepada satu bentuk bahan. Mem'blog' juga suatu penjelajahan IT, kerana terlalu ramai sangat orang membina blog, membuatkan ianya menjadi benda yang 'common', tawar-hebe, tidak menarik untuk diteruskan.

Dulu orang berlumba, belajar membuat laman web peribadi, cuba cari laman web yg percuma, aku diantara jutaan penjelajahnya, orang belajar buat portal, aku juga diantara mereka, bukan terikut-ikut budaya orang, tapi aku sememangnya harus, dgn kata lain perlu. Hampir 15 tahun ni (mungkin dekat2 20 tahun), benda ni periuk nasi aku. Benda ni bukan dari bakat tapi suatu pemberianNya. Dalam taknak, aku makin tahu, dalam tidak ada minat, aku makin mahir. Apa nak dikeluhkan lagi...

Sekarang 'blog'ging menjadi kegilaan ramai, tiada lagi laman web, semuanya dok fokus kpd blog, google semakin kaya-raya, tak kalah wordpress bersaing. Bukan hanya para politikus-polikritik, suri-sura rumahtangga, committee persatuan, yang nak berniaga pun ada, blog photographer la, blog resipi la, peminat tudung, langsir segala mak-neka ada. Aku jadi jemu. Aku memang suka menyimpang kalau benda2 dah jadi famous dan tidak terkawal ni...hehe. Setiap pelajar luar negara dalam negara ada blog masing2, papar keluhan, masalah, detik2 suka-duka....betul2 gila situasi macam ni. Kalau blog yang memanjangkan ilmu, mungkin ada baiknya, tapi bila majoriti blog yang ada sekarang ni banyak dok cerita benda lain kain masing2, cerita peribadi, cerita buat apa hari ni, esok, lusa, tunjuk photo diri sendiri, keluarga, sesi pendedahan yg sepatutnya patut diketahuai oleh ahli keluarga sahaja, tapi semua orang dok baca. Itu yg gilanya....

Disebabkan ini aku mencari arah baru, penjelajahan diteruskan ke bentuk lain...Nak teruskan blogging boleh juga tapi macam perlu diberikan nafas baru, tapi tak tahu macam mana....entah la. Masih mencari....masih tak pasti...Entahla...hehe

Keinsafan melalui lirik

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 5/23/2009 05:28:00 pm

0

Sambungan Pernahkah aku menangis - sambungan 1

Sekian banyak dah kumpulan nasyid yg muncul, bak cendawan terbit selepas hujan. Tak pernah dah aku ambik pusing dgn geng-geng baru ni. Masih suka lagi dok dengar lagu-lagu kumpulan lama spt. Raihan, Hijjaz, Dawani, Rabbani,Brother . Yang lagi lama masih tak tinggal seperti Al-Mizan, Al-Jawaher, Ahmadi Hassan, Nada Murni, Hidayah dan 2-3 kumpulan lagi. Nostalgia sungguh lagu-lagu mereka.

Lagu-lagu mereka ini boleh didengari menerusi online. Untung orang zaman sekarang. Kalau zaman kakak aku dulu, terpaksalah mengorek tabung, jual nyiur kumpul duit untuk beli sebuah kaset nasyid disebabkan mewakili sekolah untuk pertanding nasyid. Kalau tak jadi kepala nasyid, maka tak beli langsunglah. Terpaksa mainkan lagu berulangkali untuk hafal, sambil menyalin lirik untuk ulangkaji. Lepas waktu itu barulah kaset-kaset datang dgn lirik sekali. Aku menyimpan minat pun sebab asyik kena jadi penonton paksaan mereka kat rumah. Oklah jugak sbb lagu nasyid, kalau lagu rock tu, masalah jugak. Mungkin aku dah jadi rockers sekarang ni...haha. Mereka pun jadi juara peringkat sekolah da mana-mana peringkat ntah lepas tu. Abang aku ada sorang yg mewakili sekolah utk nasyid, kumpulan dia selalu menang dulu sbb sering diiringi oleh ustaz yg bermain gambus. Sedap2 lagu mereka. Tp mana silap ntah, ala-ala rockers jugak lepas tu, mungkin zaman dia zaman rock, zaman kakak aku zaman S. Aini, Muhaini Suratman...heheh, Kalau abg aku yg sulung lagi dasyat, zaman Rafi Khan, main lagu hisdustan je, Rhoma Irama segala...

Cerita lirik lagu ni, ada satu lagu ni nyanyian kumpulan Raihan 'Peristiwa Subuh', selalu aku ulang-ulang main, asalnya atas permintaan anak, lama-lama..secara tak sengaja, menusuk ke dalam hati aku, sehingga aku menjadi amat sedih aka menangis. Aku cuba letakkan diri aku kedalam situasi itu, itu yg jadi sedih sgt. Timbul keinsafan akan kealpaan makhluk terhadap Tuhannya, walaupun aku tak sepenuhnya macam lirik lagu itu, tapi aku takut aku termasuk dalam golongan itu. Mohon dijauhkan bagi sekalian kita.

Cuba teliti, dengar (kalau boleh) lirik lagu ini. Ada satu lagu lagi nyanyian Diwani 'Di hening malam' juga menyampaikan mesej yang sama.

Peristiwa Subuh

Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam


Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi


Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari
lirik diulang sekali lagi



http://www.youtube.com/watch?v=MagKT3El2Pk

Selamat Hari Guru

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 5/16/2009 12:01:00 am

0


Buat semua insan mulia bergelar...Cikgu, Guru, Ustaz, Ustazah, Pensyarah.


"SELAMAT HARI GURU"
"HAPPY TEACHER'S DAY"


Terima Kasih atas segala tunjuk ajar & nasihat Cikgu......






Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.


"Hak guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara guru, penyebab hidup yang kekal, sekiranya tidak ada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya"

-Imam Al-Ghazali-


Pernahkah aku menangis???

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , , | Posted on 5/15/2009 08:50:00 am

1


Menangis ini satu fitrah sekalian manusia. Tangisan seseorang itu tentu ada sebab dan puncanya. Menangis tidak bermakna seseorang itu cenggei, manja, dsb. Kalau tak bersebab, mungkin ya...

Mengapa perlu menangis?

Orang biasa menangis kerana:
- rasa takut.
- terlalu sedih.
- alami suatu penderitaan.
- terlalu gembira.
- merasa terhina atau lemah.
- tunjukkan nilai kasih sayang dan kelembutan hati.
- rasa cinta (mungkin).
- untuk mendapat belas kasihan orang.
- menemankan orang menangis.
- mungkin berpura-pura menangis.

Firman Allah SWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An-Najm, ayat 43)


Pernahkah aku menangis? Tipu lah kalau aku kata tidak pernah. Menangis pada aku, tidak semestinya dengan airmata yang berderai-derai, cukup lah dengan sekadar bergenang dikelopak atau mungkin tiada langsung kelihatan airmata, tapi keadaan kelihatan cukup sedih


Bila aku menangis? Alamak! terbuka rahsia peribadi.....hehehe...
Duluuuu......, masa aku keluar saja dari rahim ibuku...setiap bayi mesti menangis, kalau tidak mungkin ada yang tidak kena..
Malu juga rasanya nak buka rahsia....tapi untuk keinsafan bersama...
Coretan ini cukup panjang, aku kerat-keratkan kepada beberapa bahagian, mengikut topik, kalau ada yang termakan cili, aku pohon maaf, mungkin ada yang pernah mengalami perasaan ini.

Bila lagi aku menangis?
Aku seringkali menangis kerana rasa takutku, rasa sedihku, dan juga rasa lemahku. Selalu aku menangis tiada airmata, ada juga kadang2 keluar airmata ( lelaki payah menunjukkan airmata). Aku cukup sedih (aku kira aku menangis), untuk keterlanjuran dalam pengerjaan solatku, aku cukup takut sehingga kadang-kala aku menangis. Manusia seperti aku kadang-kala sering terlewat, tertinggal (sengaja atau tidak sengaja, yakni tertidur, di sini macam-macam kerenah...tiada tempat, ada tempat tapi jauh, macam-macam lagi, pendek katanya tidak perlu mencari alasan, aku yg tak fikir panjang). Untuk ini, aku menangis teringatkan pesanan arwah ibuku (“Dah buat kerja awak?”). Allahuakbar....saat ini aku menangis. Ibubapaku dahulu tidak pernah membangunkan aku dari tidur dengan mengoncangkan badanku atau apa-apa pergerakan, hanya sekadar memanggil namaku sahaja. Bagaimana cara mereka membangunkanku? Dengan nada yg lembut, “Namaku...o..Namaku....bangunlah, cukuplah dulu, selesaikan kerja awak tu!”...Kalau tiada response, dikeraskan sikit nadanya, “kenapa susah sangat tu, bukan urusan org lain, urusan awak!”...Tentu bangunlah aku selepas tu, tak berani lagi aku walaupun ketika itu sedang nyenyak tidur. Senang sungguh kaedah mereka. Aku praktikkan pada anak2ku, Alhamdulillah...mahu mereka bangun, walaupun mereka masih kecik.
Satu ketika, timbul kerisauan ayahku tatkala aku dihantar ke pondok. Bukan apa, takut tak boleh bangun subuh, dibekalkan aku dengan sedikit ijazah sewaktu tidur, hasilnya...aku lah yg pertama hadir ke kolah utk mandi, walaupun lambat lagi nak azan. Aku menangis kerana teringat pesanan mereka, “ Jaga solat tu, jaga solat tu, urusan awak tu.........bla bla bla”. Aku menangis sebab kadang-kala aku terlepas waktu. Mainan waktu disini cukup mencabarku. Kadang-kala isteriku sempat juga bergurau, “Hai ayah, booking Weil ke?”, tak terlintas aku nak marah padanya, Cuma aku hanya marahkan diriku saja. Kadang-kala, bergurau pun perlu ada ingat-mengingat. Terima kasih.

Bila lagi aku menangis?
Dahulu, aku pernah menangis tatkala melihat Makam Rasulullah SAW serta 2 sahabatnya. Aku menangis tatkala solat di depan Mihrabnya di Raudhah. Aku amat takut dan menangis tatkala melihat Baitullah. Aku menangis ketika dapat memeluk dan memekapkan seluruh anggota badan ku di Multazam, habis airmataku terkesat di kelambu Kaabah. Aku menangis ketika kepalaku diizinkan Allah masuk ke lubang tempat beradanya Hajarul Aswad, tak sia-sia aku bersilat untuk ke situ. Aku menangis ketika dapat solat sunat di dalam Hijr Ismail dan memeluk kelambu di bahagian tersebut. Aku menangis tatkala melihat room-mateku pada masa itu menangis ketika memeluk Multazam, sekeras-keras hati seorang komando....menangis juga dia. AllahuAkbar...

Bila lagi aku menangis?
Aku seringkali menangis ketika menadahkan doaku kepadaNya. Menangis kerana takutku akan azabNya bagi kesalahanku, kedua orang tuaku, saudara-saudara kandungku, kerabatku. Menangis kerana pohon pertolongan-Nya bagi permudahkan urusanku, pohon perlindunganNya bagi diriku dan keluarga dari segala bencana dan marabahaya, pohon perlindunganNya daripada segala kemungkaran, pohon dipermurahkan rezekiku dan keluarga....sehingga akhir doa, seperti doa orang lain jua.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang antara maksudnya, “….golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT ialah orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT.”
(Hadis riwayat Shahih Muslim, juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)

Tak salahnya kita menangis? Bak kata kump. Dewa dalam lirik lagunya "Air Mata":

Air mata yang telah jatuh
Membasahi bumi
Takkan sanggup menghapus penyesalan
Penyesalan yang kini ada
Jadi tak berarti
Karena waktu yang bengis terus pergi
Menangislah….
Bila harus menangis
Karena kita semua manusia
Manusia bisa terluka
Manusia pasti menangis
Dan manusia pun bisa mengambil hikmah
Dibalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran
Dibalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungkin bisa jadi cobaan


...bersambung....

Mimpi Tak Baik

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 4/29/2009 06:36:00 am

0

Semalam aku tertidur sekejap, itu dah lewat. Orang kata tidur sekejap ni jarang menghadirkan mimpi. Tapi itu cakap orang, kenyataan pada aku...malam tadi tersasar. Orang cakap mimpi tu benda biasa....'alah! mainan tidur'. Aku ni jarang bermimpi, berangan-angan ada la...hehehe.


Mimpi malam tadi, pada asalnya aku lupa dah dek kerana tugasan aku yang menimbun banyak. Tapi bila hari berjumpa malam, aku teringat pulak....tak best betul!.

Dalam mimpi tu, gambaran cerita berkisahkan seorang ulama terkenal ni, dari ayahnya, saudara-saudara sedarahnya, semuanya cerdik-pandai, ulamak-ulamak masyhur di negara kita. Jangankan dia, adik-beradik dia pun aku minat, pasti aku tak lepas kalau ada rancangan agama ke, kuliah bersiri ke, kisah dia sendiri ke. Kat rumah aku nun, bertimbun kaset2 dia, CD pun ada.

Aku mimpi dia dalam khabaran tak baik, aku dalam keadaan sangat sedih, seperti aku kehilangan orang tua aku. Nauzubillah.. Seperti aku hilang tempat pergantungan, tak tahu apa nak buat...mcm2 lagi la. Waktu itu, negara seperti dalam keadaan dukacita, berita utama kat dada akhbar, kalau raja tu mahu separuh tiang bendera 44 hari, ramai betul pengikut dia seperti aku. Dahulu beliau ada menyampaikan kuliah agama tentang mimpi...suatu mimpi yang indah, yg tak pernah orang alami, mimpi yg dikatakan bukan mimpi mainan tidur. Aku pernah jugak mimpi yg baik2 ni spt mengerjakan solat, mengaji al-quran, kejutan dari al-quran suruh baca surah sekian2...tp itu lain, itu mimpi baik...ini mimpi tak baik dan berkenaan beliau, yg pernah bermimpi yg tersangat baik. Tergambar jugak mimpi baik dia, dalam mimpi buruk aku itu...di mana aku berkata "Oh! akhirnya dia dapat apa yg dia mimpikan itu, ya InsyaAllah".

Beberapa minit tadi aku ter-online, tengah dok siapkan tugasan lagi sebenarnya, tapi rehat2kan minda sekejap, jadi buka la akhbar online, tajuk: Kepimpinan Ulama blabla.... Lantas aku bersyukur dan sedar...Ya semalam aku bermimpi sebenarnya...hehehe...Alhamdulillah...sihat lagi beliau, tenang hati aku, terlintas nak taip ...nah! ini lah yg aku tertaip...hehehe...Semoga beliau diberikan Allah kesihatan yg baik dan bertambah baik...InsyaAllah.

Dakwah Ikan Payung

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 3/24/2009 10:00:00 am

0

Apa itu dakwah?

Menurut istilah Arab yakni dari kata dasar Da'wah, Da'a, Yad'u. Dalam istilah Melayunya membawa makna mengajak, menyeru, memanggil, menganjurkan.

Dakwah yang dimaksudkan di sini adalah mengajak, menyeru, memanggil atau menganjurkan manusia untuk tetap berada di jalan yang diredhai Allah SWT. Semoga juga dijauhkan dari perkara yang menyesatkan dan dimurkai-Nya.

Teringat akan sesi pengkuliahan aku dulu diwaktu remaja aku. Cerita guruku tentang satu cerita dakwah seorang pendakwah yang telah pergi kepada satu kaum peribumi (tak perlulah aku sebut). Kata Abe aji, pernah dengar kisah ‘Dakwah Ikan Payung’. Semua menggeleng tidak pernah, dan pinta diceritakan kisah itu. Cubalah agak sendiri apa yang dimaksudkan ‘ikan payung’ tu.

Ceritanya begini, ada satu kaum ni yang ingin mencari guru agar mereka dapat belajar sesuatu yang baru, yang baik, yang lebih baik dari yang sedia mereka anuti. Dinanti-nantikanlah oleh mereka akan adanya guru yang sudi ke penempatan mereka agar mendakwahi mereka. Maka datanglah seorang pendakwah yang pertama ini, lalu amat dinantikanlah oleh mereka untuk mendengar apa yang akan disampaikan oleh pendakwah itu.

Dalam sesi soal-jawab yang baru bermula itu, lalu ditanya oleh seorang penduduk kepada pendakwah tersebut, ‘Tuan Guru, kami suka memakan ikan payung, apa hukumnya dalam agama tuan?’. Dengan reaksi sepontan, lalu dijawab oleh pendakwah tersebut, ‘Kenapa makan benda yang haram? Ikan payung haram dimakan’. Mendengar sahaja jawapan pendakwah tersebut, lalu dibalas oleh suara penduduk yang lain, ‘Oh, nampaknya kita telah tersalah menerima guru, dia tidak layak menjadi guru di tempat kita ini, maka perlulah dia kita usir segera’. Jawapan itu disokong secara majoritinya, maka diusirlah pendakwah tadi dari kampung itu.

Tidak lama setelah peristiwa itu, mereka telah didatangi lagi oleh seorang pendakwah lain, iaitu pendakwah yang ke-2. Seperti biasa, mereka memang mera’ikan guru-guru yang ingin menyampaikan dakwah di kampung mereka. Seperti pendakwah pertama, pendakwah yang baru tiba ini juga diajukan soalan dalam sesi soal-jawab. Soalannya sudah pasti berkenaan ikan payung, ‘Tuan guru, pernahkah tuan memakan ikan payung?’, tanya mereka. Ditanya balik oleh pendakwah yang ke-2, ‘Apa itu ikan payung?’. Lalu mereka pun menerangkan perihal ikan payung, serta merta dibentah oleh pendakwah, ‘kenapa makan binatang yang haram? Binatang tu dua alam, bla bla bla bla...panjang lebar huraiannya’. Lalu jawapan yang mereka perolehi amat tidak menyenangkan, malah lebih kurang menghina kaum mereka. Lalu mereka sepakat untuk menghalau pendakwah yang ke-2 itu.

Kemudian datang pula pendakwah ke-3, ke-4, ke-5, ke berapa entah?, semuanya dihalau oleh mereka kerana jawapan yang sama mereka dengari, kekallah mereka dengan kehidupan mereka yang dahulu juga.

Peristiwa ramainya pendakwah-pendakwah dihalau itu didengari oleh seorang mu’alim ini. Sampailah ia ke kampung tersebut sebagai pendakwah. Beliau juga dira’ikan dengan baik sehingga sesi soal-jawab....jeng...jeng...jeng....bikin suspen sikit...hehe..

Ujian pertama...

‘Tuan guru, pernahkah tuan makan ikan payung?’, tanya seorang penduduk.

‘Ikan payung? Buat-buat terkejut..., dulu suka benar saya akan memakan ikan payung ini’, jawab mu’alim bermuslihat.

Mendengar sahaja jawapan itu, terus terdengar suara diantara mereka penduduk di situ, ‘Inilah guru yang kita tunggu-tunggu’. Kita harus belajar dari tuan guru ini, balas mereka lagi. Lega sekejap mu’alim tersebut.

Ujian kedua.....

Dalam pada itu, mereka telah menyediakan sedikit jamuan lalu mengajak mu’alim untuk menikmati bersama. Tidak berani menolak kerana takut mereka berkecil hati, dituruti kemahuan mereka. Ketika berhadapan dengan hidangan tersebut, bertanya mu’alim itu, ‘hidangan apakah ini, nampak sangat menyelerakan’. Tersenyum lebar mereka mendengar puji-pujian itu.

Dibalas oleh kedua penduduk itu, ‘Ini adalah gulai ikan payung!!’.

Rasa nak tersembur air liur pun ada, nak terbeliak bijik mata pun ada, sejuk seram pun ada, bila mendengar jawapan tersebut. Mu’alim mula mencari akal, selain berdoa.

‘Minta maaflah, saya tak boleh makan gulai ni’, jawapan dari mulut mu’alim. Terkejut mendengar jawapan itu, mereka mula mendesak bertanya kenapa mu’alim menolak memakan gulai tersebut walaupun sudah mengiyakan bahawa beliau pernah makan ikan payung. Keadaan makin getir...mereka nampak macam marah.

‘Jangan lekas marah tuan-tuan’, balas mu’alim. Dahulu saya memang makan ikan payung, tapi sudah lama saya tinggalkan, balasnya lagi.

Mereka hairan, lalu mohon penjelasan lanjut.

‘Cuba tuan-tuan lihat kulit saya dan cuba juga tuan-tuan lihat kulit sendiri, adakah ada perbezaan?’, mohon mu’alim.

Jawab ketua penduduk kampung itu, ‘ya ada perbezaan, kulit tuan licin dan lembut, manakala kami kasar dan mengerutu kebanyakannya’.

‘Hah!, itulah sebabnya’, sepantas kilat mu’alim membalas. Dahulu kulit saya sama seperti tuan-tuan, selepas lama tidak memakan ikan payung, barulah kulit saya menjadi seperti ini, sambungnya.

‘Benarkah begitu, ya tuan guru?’, tanya mereka.

‘Ya! Sudah tentu saya akan menyampaikan perkara yang baik dan tiada manfaatnya saya berdalih’, jelas mu’alim.

Maka setelah itu, mereka dengan sepakatnya meninggalkan tradisi kaum mereka memakan ikan payung, kerna tersentuh hati akan penjelasan pendakwah yang terakhir itu. Selanjutnya mereka mengikuti apa yang disyariatkan oleh ajaran agama kita serta meninggalkan segala yang dilarang.

Dalam menyampaikan dakwah ini, satu perkara yang kita perlu belajar ialah tidak perlu mengambil tukul mengetuk batu, agar ianya pecah, cukuplah sekadar menitiskan air berulang-kali hingga ianya terbelah. Kalau tidak boleh secara tegas, cubalah secara berlembut, mana-mana pun akan ada kesannya.

Dalam percakapan kita seharian juga sepatutnya diselitkan unsur-unsur dakwah, amal perbuatan kita, kaedah bermesyuarah/berbincang kita dan juga pergaulan kita perlu ada dakwah walaupun kadang-kala kita sendiri tidak dapat menerima hakikatnya, mungkin disebabkan kita juga telah tersasar dari hakikat sebenarnya. Bak kata orang-orang lama, ‘melakukan kesilapan itu satu pengalaman pembelajaran agar lebih memahami hidup ini’. Betul juga, kalau kita tidak sesat jalan, kita tidak akan tahu bahawa jalan itu tidak akan membawa kita ke destinasi sebenar. Itu kita panggil iktibar atau pengajaran.

Dalam mengambil panduan atau seruan, hati yang putih, kosong atau bersih senang untuk menerima. Namun bagi hati yang gelap, hitam, kotor amat payah sekali. Serasi dengan keadaan masyarakat sekarang, yang ingin didengari, diterima hanyalah apa yang sedap untuk mereka dengari, yang ingin mereka dengari, yang mereka telah skripkan untuk didengari. Kalau bercanggah, maka perlulah ditolak, perlu dibuang, perlu dijatuhkan. Hina, keji sekali mereka ini. Memang dasar suka diampu. Inilah realiti masyarakat kita sekarang, sepatutnya makin maju makin cendiakawan. Fikir-fikirkan.... WALLAHU A'LAM.

Tragedi Muharram : Tangisan Karbala Jeritan Gaza

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 1/07/2009 09:43:00 am

0

Sekadar mengenangkan peristiwa hiba tatkala muncul Muharram ini. Tahun baru, bulan pun bulan baik. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu agar kita ummat Muhammad tidak terlalu alpa.

Tanggal 10 Muharram 61 H (9 atau 10 Oktober, 680 Masehi)

Tanah Karbala dibasahi darah keluarga suci Rasulullah saw dan sahabatnya. Pasukan Yazid bin Muawiyah membantai mereka secara sadis dan tragis. Kaum wanita dari keluarga suci Rasulullah saw dan anak-anak kecil menjerit histeris menyaksikan langsung pembunuhan terhadap Saidina Husein (ra), keluarga dan sahabat-sahabatnya. Bayangkan pasukan yang kecil (73 orang) terdiri dari kebanyakan golongan tua dan juga terlalu muda (umur setahun jagung) digangyang tentera bersenjata Yazid tidak kurang dari 30,000 orang. Dimana keadilannya.....dasar pondan! Laknatlah kau, mati pun Allah hina (tercekik biji tamar).

Saidina Husein (ra) tidak hanya dibunuh oleh pasukan Yazid. Mereka menghujani Saidina Husein (ra) dengan anak-anak panah dan tombak, sehingga tubuhnya bermandi darah, lemah dan tak berdaya. Melihat tubuh Saidina Husein (ra) sudah lemah dan berlumuran darah, Syimir salah seorang pasukan Yazid turun dari kudanya, lalu menginjak-injak dada Saidina Husein (ra). Kemudian ia menduduki dadanya, ia menghunus pedangnya lalu menyembelih leher Saidina Husein (ra) cucunda tercinta Rasulullah saw sehingga terputus dan terpisah dari badannya. Kemudian ia melemparkan kepala Saidina Husein (ra) yang berlumuran darah itu ke dalam khemah adik kandungnya Saiditina Zainab Al-Kubra (ra).

Luar biasa sekali kekejaman dan kebiadaban pasukan Yazid bin Muawiyah. Saidina Husein (ra) disembelih dalam keadaan haus dan lapar, tidak diberi setitis pun air. Padahal Rasulullah saw berpesan pada kita agar tidak menyembelih sapi, kambing, dan binatang ternak yang dalam keadaan haus.

Tarikh ini juga amat dinantikan oleh Golongan Syiah dalam memperingati akan tragedi tersebut dengan mengadakan upacara ritual mereka.

Bersamaan datangnya bulan Muharram 1340 H, jeritan Gaza menggema keseluruh penjuru alam sampai ke dusun-dusun kecil. Jeritan anak-anak kecil dan orang-orang tak berdosa menembusi ruang angkasa. Langit menangis, bumi turut menjerit. Penghuni langit berduka, penghuni bumi menderita. Anak-anak kecil tak berdosa menjerit berlarian ketakutan. Kaum perempuan menangis dan menjerit histeris menyaksikan suami, anak, ayah dan keluarganya bermandi darah. Orang-orang tua merintih pilu kehilangan anak-anak dan kerabatnya. Mereka bingung kemana harus berlindung. Semua jalur, salur serta arah ditutup dan dikepung oleh Israel.


Wahai Husni Mubarok, dimana Islammu, dimana Qur'anmu, mengapa engkau mendukung Israel dan menutup jalur Rafah?

Wahai raja Abdullah, mengapa engkau diam dan bersembunyi? Dimana jubahmu, dimana Islammu, dimana Qur'anmu?

Mengapa engkau mendukung zionis Israel musuh Allah swt?

Hati siapa yang tidak sedih menyaksikan jeritan anak-anak kecil berlarian? Hati siapa yang tidak berduka menyaksikan kaum wanita menangis pilu kerana kehilangan suami, anak dan keluarga? Hati siapa yang tidak pilu menyaksikan orang-orang tua menangis dan merintih kerana kehilangan anak dan kerabat? Hati siapa yang tidak pedih menyaksikan orang-orang tak berdosa bermandikan darah?

Hari ke 10 pasukan Israel telah membabi-buta, mengebom-bedil Gaza sehingga jatuh korban tidak kurang sedikitnya 2500, dan 531 menjadi syuhada'. Kini Israel telah membuat Gaza sebagai kuburan masal orang-orang yang tak berdosa.

Ya Allah, segera turunkan mukjizat-Mu agar Gaza menjadi perkuburan besar bagi pasukan biadab zionis Israel laknatullah.

10 Muharram - Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilan dan kebenaran. Sebaik-baiknya kita berpuasa sunat.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:

- Allah menciptakan Alam

- Allah menjadikan Malaikat Jibril

- Allah menjadikan ‘Arasy

- Allah menjadikan Luh Mahfuz

- Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat

- Hari pertama Allah menurunkan hujan

- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa

- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan

- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud

- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara

- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya

- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam

- Nabi Musa membelah dua Laut Merah demi menyelamatkan baginda dan pengikutnya dari tentera Firaun

- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah

- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar

- Nabi Isa diangkat ke langit



Renung-Renungkan lah........ WALLAHU A'LAM.


sumber:- ehsan Al Utz Syamsuri Rifai, Remembrance of Muharram