Sengketa Dalam Sejarah

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 6/27/2008 08:52:00 am

Dari siri khutbah yang terkesan (khutbah yang ku dengar kurang lebih 14 tahun yang lalu), ingin aku nukilkan di sini suatu kisah yang berlaku sekian lamanya, namun masih disebut-sebut hingga kini, yang mana boleh dijadikan ikhtibar kepada kita agar hendaklah saling jaga-menjagai hubungan kita sesama manusia. Kisah ini bukan dongengan, walaupun aku hampir khatam bab dongeng2 ni. Kisah ni merupakan isi khutbah Jumaat dan telah aku buat sedikit rujukan dari kitab2 kat perpustakaan (kena cari, bukan semua tempat ada, nasib aku baik, maka berjayalah aku selongkar kisah ni).

Sedari kecil, kita sering diumpamakan seperti anjing dan kucing, seandainya berlaku perkelahian antara kita adik-beradik ataupun sedara-mara, itupun kalau ada la. Lebih kurang gini lah bunyinya kalau ibu kita menyebut, “Korang ni pantang jumpa, asal jumpa je macam anjing dengan kucing”. Hah! Apa maknanya tu? Kenapa orang-orang tua ibaratkan perkelahian kerabat yang rapat ni, umpama anjing dgn kucing? Baik gi check, pada siapa yang masih tak dapat tangkap maksudnya tu...

Kalau diikutkan dulu-dulu, masa aku kecik-kecik, anjing dan kucing ni memang pantang jumpa, asal jumpa mula la anjing kejar kucing, kucing mencakar anjing, main keluar bunyi-bunyi, tengok siapa macho. Sekarang ni, pada zaman teknologi, anjing dan kucing ni kurang sikit berkeliaran, maka susah sikit nak tengok drama2 ni. Mungkin pelik lagi ada, diorang boleh duduk satu rumah, sama2 makan frieskies....hehehe...itu tandanya dunia hampir kiamat. Ye la, kalau dulu kucing suka makan tikus, sekarang ni kucing dan tikus (hamster) boleh dok sesarang, tak pun kucing takutkan tikus, mana taknya tikus kat KL tu mak datuk besar giler, kucing pun boleh melompat kalau jumpa tapi lain pulak saiz tikus kat UK ni, yg aku jumpa alahai cinonit je! Ingatkan cicak ekor kudung....hehehe. Kisah kucing dan tikus, aku cerita lain kali la ye.... Ni nak cerita kes anjing dan kucing dulu.

Kenapa dua makhluk ni berkelahi? Kalau kalian nak tahu, anjing dan kucing ni start bermusuh sejak dari dalam Bahtera lagi, walaupun pada mulanya tiada persengketaan langsung. Jadi mari kita ambil kisah ni untuk jadikan teladan.

Kisahnya begini, di dalam Bahtera seperti yang telah aku ceritakan atau kalian maklum terdapat berbagai haiwan dan berpasang-pasangan. Kira bahtera tu padat jugak la, walaupun umat Nabi yang beriman sedikit. Disebabkan oleh kepadatan itu, Nabi Nuh Alaihissalam telah memerintahkan semua haiwan agar tidak melakukan pengawanan (hubungan badan), kerna dikhuatiri akan menyebabkan pembiakan berlaku dan akan wujud pula masalah-masalah lain. Perintah ini telah dipatuhi oleh semua haiwan.

Namun dalam kepatuhan mereka, ada satu binatang yang telah ingkar, atau mungkin tidak mampu menahan gejolak hawa nafsunya, iaitu sang anjing. Maka ia pun melakukan hubungan kelamin secara sembunyi, namun perilakunya yang terkutuk itu telah di skodeng oleh kucing. Bersemangatlah sang kucing segera bertemu dengan baginda Nabi, melaporkan perbuatan sang anjing yang tidak akur akan perintah. Maka, baginda Nabi pun menyiasatlah kerna takut ianya tidak betul ataupun tidak dihadirkan dengan sebarang saksi. Apabila sang anjing disoal oleh baginda Nabi, dengan menggunakan segala kepandaian dan tipu muslihatnya menafikan akan perbuatan itu (biasala...tengok muka pun tahu...hehehe), saksi pun tak ada, malah menuduh pula bahwa sang kucing cuba melemparkan fitnah keatasnya, bertujuan untuk memalukannya. Dengan penafian sang anjing itu, amatlah malu sang kucing kepada semua haiwan yang ada dan juga baginda Nabi. Ia pula dituduh menipu dalam usaha menegakkan kebenaran yang sememangnya benar.

Dari peristiwa itu, sang kucing telah menanamkan iltizam yang dia akan cuba membuktikannya adalah di pihak yang benar. Dalam hatinya dibisikkan kata2, “Jagalah kau anjing, kalau aku nampak sekali lagi, kau tahulah nasib kau nanti”. Begitulah kata-kata kucing sekadar lebih kurang. Bunga-bunga sengketa pun bermula. Namun pada aku, sifat kucing ini, jujur dan juga kurang pandai berdalih (lurus). Kita cuba perhatikan perangai kucing, kalau ia berjalan cukup berhati-hati, kalau kita perasan pun akan kelibatnya, itupun setelah dengar bunyi periuk jatuhla atau sebagainya. Tapi macamana dia masuk, cukup licik dan yang hebatnya tanpa bunyi. Itu adalah pewarisan perangai dari zaman dahulu. Aku gelarkan kucing ini sebagai pengintip yang baik. Tatkala ia berjalan, pasti akan menoleh ke belakang sebentar.......kenapa???

Maka selamat lah si anjing jantan-betina, malu besar si kucing. Pada sangkaan sang anjing, kucing tidak berani lagi membuat spekulasi selepas itu dan menganggap kes mereka selesai. Memang dasar tak boleh tahan nafsu dan tak reti insaf, tatkala dirasakan sesuai dan secara sembunyi, anjing masih berhubung sulit jantan-betina. Ini satu peringatan kepada kita sebagai manusia, kalau ada yang macam tu.....hehehe...paham-paham la.

Ketika sang anjing kedua sedang ‘??%&8*?/’ dan bertukus-lumus, biasalah tengah sedap, mana lah nak perasan mata-mata liar yg lain. Nun, di satu sudut lain.....hehehe....kantoi!!!, sang kucing sedang dok spy, dan kali ini ia bertindak bijak, secara senyap dan teliti, ia bergegas kepada baginda Nabi dan juga haiwan2 yang lain agar segera melihat perilaku sang anjing yang tidak patuh. Maka segeralah mereka mendatangi sang anjing secara tidak sedar, dan memerhatikan gelagat berahinya dengan fokus. Akhirnya, mata-mata yang memerhati ketahuan sendiri oleh anjing, dan biasa lah dengan malu-malu anjing (rupa sengih dia mcm anjing katun yg dengki tu la gamaknya....hehehe), ia cuba ingin berdalih lagi. Bukti sudah nyata....Banggang!!

Murka benar baginda Nabi, sudah lah melanggar perintah, malah menuduh pula sang kucing sengaja membuat fitnah. Maka detik itulah bermulanya, anjing menjadi najis kerna sumpah baginda. “Jadilah kau makhluk yang hina di muka bumi ini”, demikian lah sabdanya secara lebih kurang. Tapi masih tak boleh lawan hina sang babi....kesian. Malu benar sang anjing akan perbuatannya dan berbaralah marahnya juga akan sang kucing. Bersumpahlah ia akan memusuhi kucing hingga bila-bila. Di samping itu, ia juga menadah ke hadrat Ilahi, Allah Taala memohon ampun akan perilakunya, juga memanjatkan doa agar Allah Taala menghina juga sang kucing. Beginilah doanya lebih kurang, “ Ya Allah, Kau hinakanlah kucing sebagaimana hinanya aku pada hari ini”.

Perlu diingat oleh kita semua, agar tidak berbuat keji sesama manusia apatah lagi sesama Islam. Doa orang teraniaya tiada hijab (dinding yakni penghalang) disisi Allah S.W.T.

Dari Mu'adz Bin Jabal R.A: "Aku telah mendengar Rasullulah SAW bersabda: "Takutlah kepada doa orang-orang teraniaya kerana doa mereka adalah yang paling mustajab. Sesungguhnya tidak ada hijab antara doa mereka dan Allah SWT."

Hadis riwayat Ibnu Majah: "Tiga jenis doa yang diperkenankan tanpa ada keraguan, iaitu doa orang yang dianiaya, doa orang musafir dan doa bapa kepada anaknya."

Hadis riwayat Ahmad dan Tarmidzi: "Doa orang yang dianiaya itu akan diangkat oleh Allah ke atas awan, dan dibuka untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman, "Demi kemuliaan-Ku, sungguh akan Aku tolong kamu walaupun hanya setelah beberapa saat."

Doa sang anjing dimakbulkan Allah, jatuhlah azab ke atas kucing atas dunia hingga dibawa hingga bila-bila sepertimana anjing. Satu disebabkan oleh kehinaan, satu lagi disebabkan doa tanpa hijab. Satu yang amat zahir disini adalah sengketa mereka berzaman lama hingga tiba hari akhir yakni Yaumul-Qiamah. Mungkin ada antara kita biasa dengan cerita kartun Tom and Jerry, Tom si kucing kan selalu bergaduh bila berjumpa dengan Spike si anjing, tu pun kalau si Tom tak gaduh dengan Jerry si tikus. Itu fakta sebenarnya weh!

Semua mungkin nak tahu apa azab Allah ke atas kucing demi memalukannya. Sedikit research ada aku buat......... ceewah.....hehehe......demi untuk mensahihkan perkara ni. Ini semua info berguna untuk semua, kalau hang rasa aku ni borak, cuba la gi check tengok benda ni dulu. Ini orang panggil fakta yang aku dapat dari ‘life-long learning’.....hehehe. Perangai anjing yang suka ber’toooot’ tu boleh dilihat hingga sekarang, kalau dia tengah dok sedap-sedap tu, kita dok perhati pun dia buat derk je, tak lepas...kira macam perkara normal aje...hehehe. Kalau kita jahat dan sedikit zalim, cuba gi silangkan jari kelingking dengan kelingling, sure dia tak boleh lepas punya.....kesian! Manusia kalau ada yang jenis tak segan-silu tu kira umpama species ni la gambarannya. Kita lihat hinanya anjing ni, bila ia dalam jatuh kategori tak boleh disentuh basah sama basah, kering sama basah. Pada aku, asal tersentuh aje, payah nak teka keadaan kering ke, basah ke, kira dalam pikiran tu....alamak kena samak la ni. Di negara yang aku tengah duduk ni, boleh dikatakan majoriti bela anjing, omputih apalagi. Sejak dari aku datang ke sini dah disambut oleh anjing kat airport, sampai melompat anak2 aku, satu takut kena gigit, satu takut kena samak. First time aku gi carboot, setiap mat salih ni dok bawak sama binatang ni, terencat terus aku dan orang rumah aku nak menengok2 barang, mana taknya dia dok tunjuk macho sama2 dia, dok terkam-menerkam, biasalah kalau kita terjumpa member2 mesti salam-salam dulu, dog2 ni pun sama la, sisa2 dia pun merata....takut terpijak pun satu. Perhhh! Banyak lagi contoh2 perilaku anjing ni.

Kalau anjing jatuh kepada jenis tak tahu malu, bila kita cerita kes ‘tooooot’, kucing pula masuk dalam kategori pemalu, susah nak kita lihat adegan2 tangkap basah ni. Tapi dek kerana doa anjing, maka apa yang telah Allah tetapkan padanya adalah bila setiap kali si kucing melakukan hubungan badan, ianya akan diikuti oleh satu jeritan yang kuat oleh si betina. Ini adalah bagi memalukan si kucing agar perbuatannya akan didengari oleh sekalian makhluk yang berdekatan dan tak pekak la. Dulu aku juga kurang percaya, tetapi bila suatu hari aku terdengar suara kucing mengeow lain macam je, lalu aku cari takut-takut ada kucing cedera ke, apa ke, last2 terjumpa pulak kes porno ni....kantoi kau kucing....hehehe....aduii terbabit...:D

Bila mana kucing bertemu anjing, biasanya kucing akan mengelak mencari jalan lain dan anjing buat-buat biasa la. Kalau tak dapat dielakkan mereka bertemu, maka jadilah percakaran mereka. Sekarang dunia dah akhir zaman, ada juga kita lihat orang bela anjing dan kucing tapi mereka bukan tak bergaduh langsung tapi kurang sikit bergaduh. Hakikatnya mereka masih bermusuh sejak keturunan yang terdahulu. Jika tidak, mana tak disebut-sebut ‘Umpama Anjing dengan Kucing’, Ya Tak?

Ikhtibarnya dari kisah ini adalah, kita sesama umat Islam khususnya dan sesama manusia umumnya, janganlah bersikap ‘membuka aib orang’, kalau ianya akan menjatuhkan air muka seseorang, maka haruslah bagi kita melindunginya. Semoga dengan menjaga aib orang, Allah akan menjaga juga aib kita kelak. Seorang guru seharusnya menjaga aib pelajarnya, timbang dulu teguran untuk setiap pelajar, samada selayaknya diberikan secara khalayak ataupun secara peribadi. Pelajar yang malu akan akibat teguran guru, mungkin ada yang bertindak agresif, mungkin juga akan menjadikannya seorang ‘inferiority complex’. Pelajar juga selayaknya, tidak menunjukkan sikap kurang adab, ada juga pelajar yang cuba mencari kesalahan gurunya, walaupun ianya tidak disengajakan oleh guru. Ibubapa juga cuba menceritakan keaiban anak-anak kepada orang, begitu juga tidak selayaknya anak2 menceritakan keburukan kedua ibubapanya. Kawan2 kalau ingin menegur sesama kengkawan perlulah tunjukkan sifat menjaga aib masing2, bagi mengelakkan sengketa berpanjangan.

yang baik datang dari Allah, yang tidak baik berpunca dari kelemahan aku sendiri

~WALLAHU A'LAM~

Fakta Kucing

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 6/16/2008 11:11:00 am

Terpandangkan kucing-kucing besar (persian cat) milik jiran sebelahan rumah, terlintas hendak ceritakan kisah kucing. Dulu anakku siap boleh tergolek jatuh dari bangku gerai makan kerna terkejutkan kucing yg menguap, kebetulan disebelahnya. Nak gelak pun ada, walaupun waktu risau takut dia demam terkejut pulak....waktu tu dia baru 3 tahun. Semuanya takutkan kucing, entahla mungkin ada gen tak berapa suka kucing, tak nak mengikut aku nak buat camana. Aku pun tak bela kucing, walaupun semasa kecil dulu banyak kucing dirumahku. Kucing2 aku dulu semua tak dengar kata, berak merata...yang tak tahan tu dah ajar apa yang patut tapi mungkin jenis yang tak gi sekolah ni....alih2 berak kat tepi dapur jugak....kurang asam betul! Tak pandai menguruskan kucing ni, dan bukan calang2 orang yang boleh bela kucing ni. Yang aku suka bela ayam...sebab aku ni suka makan ayam....hehehe, lembu ada jugak bela masa kat kampung tapi sejak orang tua dah takde ni semua dah dijual.

Kucing kat sini susah nak jumpa yang kering2, semua jenis baka mahal, itu mahu dalam 3-4 kilo satu...perhh. Species garfield laa!. Kat sini, yang bela kucing ni mungkin yang jenis tak suka anjing. Yang aku pernah dengar dulu, asal orang putih bela anjing ni sebab nak dapatkan haba dari badan binatang tu. Time tidor biasanya haiwan tu tidor kat bahagian kaki tuan dia, jadi haba dia transfer la sikit sebanyak untuk memanaskan tuannya time winter. Maklumlah haiwan ni suhu badannya akan meningkat bila suhu sekeliling meningkat. Kalau di negara kita orang bela anjing kerna nak jaga rumah...bagi tido pun kat rumah dia (luar rumah). Lepas tu golongan elit ni tukar selera pulak gi bela kucing atas sebab musabab yang sama. Sebenarnya kucing adalah binatang yang boleh hidup tanpa tergantung orang lain. Kucing tidak seperti anjing perliharaan kerna tidak pernah menyerah pada keinginan tuannya. Seperti yang mungkin kita sering lihat, kucing mengeow bila merasa lapar, bila ingin di belai, dia menggesekkan badannya ke kaki kita, mendengkur dengan senangnya bila diusap dan maksud-maksud lain dengan aneka tingkah laku mereka.

Sifat nama mahupun sifat kata menggunakan nama kucing ni banyak yang kita dengar, contohnya, Wau Kucing, jalan kucing (catwalk...hehehe), bermisai kucing (hehehe), 'lelaki kucing'....(dah dapat tangkap ke belum malaun ni??). Kucing jugak diguna sifat perangai seperti `alim kucing', `malu-malu kucing', juga untuk kes-kes daring. Aku menganggap kucing memiliki teknik spy yang baik...kerna spy (pengintip) ni, dia bergerak dalam senyap, orang lain tak boleh tahu, ada kisah yang akan aku nukilkan pada post yg akan datang, tu yang dapat nama malu-malu kucing kerna ada unsur timbangtara antara patut dan tak patut, hendak tapi segan la...hehehe. Tak seperti anjing, melabur ikut dan je, tepi tayar kereta org, kat sini depan mesin ATM pun jadi....memang dengki betul la. Kucing kalau nak melabur (berak), dia akan gali dulu lubang, bila selesai dia kambus...tu yang dapat title 'alim' tu...agaknya la. Dalam baik-baik, ada jugak tak baik. Cerita tentang kucing nak melabur ni, teringat kes member aku yang ada bela kucing, tatkala dia baru nak keluar dari jamban (tandas), terlihat akan kucingnya sedang tercegat depan pintu tandas, merenung tepat kepadanya dgn pandangan yang tajam dan sedikit kerutan. Bila saja member aku ni keluar dari tandas, sepantas kilat kucingnya melompat ke dalam tandas, ke atas sebuah kotak yg berisi pasir yang ada dalam tandas tu.......cuba teka...apa kesnya??? Ada ke patut, member aku tu gi ajar kucingnya agar menggunakan tandas bila nak ter..... hehehehe gelak sakan aku!

Bila bab seks je orang kaitkan dengan kucing, mana taknya nama-nama yang popular 'pussycat' la, 'pussydoll' la....alamak loya la...Faktanya, seekor kucing betina boleh melahirkan 20.736 anak kucing dalam empat tahun. Kalau babi mungkin banyak lagi la....

Perihal kucing yang mungkin kita patut tahu, kucing memiliki pandangan sempurna pada malam hari. Ia mampu melihat walaupun dalam gelap. Allah telah menciptakan mata mereka berbeza dari mata-mata lainnya. Dalam gelap pupil matanya membesar dan membulat untuk menerima cahaya sebanyak mungkin. Hal ini menjadikan penglihatannya tajam. Pada mata kucing ada lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum, yang menyebabkan mata kucing berpendar di malam hari. Lapisan pemantul ini dapat menyerap cahaya 6 kali lebih kuat daripada mata manusia, yang memungkinkan kucing untuk dapat melihat di kegelapan. Selalunya bila kita terserempak dengan kucing, ia akan merenung tajam ke arah kita, itu tandanya ia terkejut. Kalau ia terkejut, pupil matanya membesar meskipun di cahaya terang. Cuba kita lawan tenungan kucing, renung ke matanya, bukak mata besar-besar dan kalau boleh nampakkan kegarangan sikit, tengok siapa kalah. Bukan kucing sahaja, speciesnya yang lain pun sama. Kalau jumpa harimau, cuba buat kaedah ni, tapi cari yang kat zoo la, selamat sikit....ala ni kan cuma percubaan dulu. Kang gi cari kat hutan, boleh tak balik-balik kang...hehehe. Faktanya, harimau tidak akan menerkam mangsa dari arah depan kerna ianya alah kepada pandangan manusia, maka ia menerkam dari arah belakang mangsa (tengkuk). Bila jumpa mangsa, harimau akan mundar-mandir mencari arah yang sesuai, kita kalau dalam keadaan ini cuba sentiasa berada dalam posisi berdepan. Tapi kalau datang 3-4 ekor, itu kira jadi lauk dia la, kalau sempat cari la pokok yang besar-tinggi sikit.

Kucing boleh dengar bunyi ultrasound. Seekor kucing ada 32 otot di setiap telinganya. Kucing juga ada lebih 100 nada bunyi, manakala anjing ada sepuluh saja. Semua jenis kucing (termasuk Harimau, Cheetah dll) hanya mampu melihat dua warna, yaitu hijau dan biru. Kucing dapat mendengar frekuensi suara hingga 65 kHz, sedangkan manusia hingga 20 kHz. Kemampuan indera penciumannya 14 kali lebih kuat daripada penciuman manusia. Kucing boleh tidur sehingga 16-18 jam sehari. Tapi kalau manusia boleh tidur melebihi masa itu, itu dinamakan "tidur tahap siput" kerna siput boleh tidur hingga 3 tahun lamanya. Kucing boleh melihat jauh lebih baik dari anjing. Tapi kalau bab menghidu kira kalah la kat anjing....tu yang skuad anti-narkotik tak bela kucing...hehehe.

Lagi fakta kucing, air kencing kucing bercahaya dalam gelap, tak caya...gi la cari...hehehe. Kucing terberat yang bernama "Himmy" dari jenis tabby memiliki berat 21.3kg (46lb 15oz) mati pada tahun 1984. Cuba kita perhatikan, kucing selalu jatuh di atas keempat kakinya, sekalipun mereka jatuh dari tempat tinggi. Alasan mengapa kucing jatuh di atas kakinya adalah bahwa mereka menggunakan ekornya untuk menjaga keseimbangan ketika mereka jatuh, dan dengannya dapat menstabilkan pusat graviti tubuh mereka dan mendarat di atas kakinya.

Kucing dikatakan mempunyai 9 nyawa (kepercayaan mitos), ini kerana kucing dilihat mampu selamat walaupun jatuh dari tempat tinggi. Faktanya sebenarnya, jenis kucing apapun juga tidak mempunyai 9 nyawa cadangan. Mereka juga tidak selalu mendarat dengan ujung kakinya. Tapi kucing mampu merawat sakitnya dengan sendiri, kucing kalau sakit (mungkin sakit perut) akan cuba mengunyah-ngunyah rumput atau daun-daun. Tu dia sedang berubat la tu...hehehe. Dikatakan bahwa seekor kucing yang jatuh dari tingkat 20 mempunyai kemungkinan selamat lebih besar dibanding dengan yang jatuh dari tingkat 7, karena seekor kucing memerlukan ketinggian sekurangnya 8 tingkat untuk dapat mengatur tubuhnya agar dapat mendarat dengan kakinya.

Kucing berjalan dengan cara kaki kanan, kaki kanan, kaki kiri, kaki kiri (gaya robot la kalau berkawat...hehehe). Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya, sedangkan pada saat berlari menggunakan kedua kaki kanannya. Satu-satunya binatang yang melakukan hal ini adalah zirafah dan unta. Kucing tidak boleh merasa rasa manis. Dikatakan juga kentut kucing & anjing lebih busuk? Kerana kucing & anjing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya akan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau. Jadi, siapa2 yang kuat makan daging tu...jaga-jaga tang bab angin ni...hehehe. Giler!.....bab kentut binatang pun boleh gi study.....nak tergelak ada la. Kucing juga dikatakan penyebab 50 % Penyakit Asma. Jadi, jaga-jaga la siapa2 yang suka bela kucing tu.

Pakar psikologi dari Amerika Syarikat, Dr Frank S. Caprio berpendapat bahawa manusia yang memiliki kucing terbukti dapat hidup lebih sihat, bahagia dan panjang umur. Fakta ini turut disokong oleh pakar jiwa dari Northeastern Ohio University College of Medicine, Dr James Hodge yang juga menulis buku Uncanny Cats, mengatakan bahawa sikap manja yang dimiliki oleh kucing boleh menghilangkan stress. Katanya," Anda boleh meluahkan semua keluhan anda kepada kucing anda dan ia akan mendengar tanpa bantahan. Selain itu anda juga akan ketawa melihat tingkah lakunya yang lucu. Semua perkara ini mampu merehatkan minda anda. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu. Tang ni, baru aku perasan kenapa ramai orang bela kucing, terutama orang perempuan la. Orang lelaki mungkin ada gak kut.

Mungkin semua antara kita pernah mendengar nama periwayat hadis nabi yang terkenal 'Abu Hurairah'. Beliau sebenarnya bernama Abdul Rahman bin Sakhr tetapi telah diberi gelaran oleh Rasulullah S.A.W dengan nama Abu Hurairah (bermaksud "Bapa Kucing") atas sebab suatu peristiwa. Ceritanya begini, tatkala beliau yang dalam perjalanan menuju ke Masjid Nabawi telah menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya, lalu berasa kasihan kepada anak kucing itu, lantas diambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. Tibanya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing). Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahu anhu meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan."

Perihal tentang tafsir mimpi, jika anda bermimpi didatangi banyak kucing, bertanda akan ada kebajikan dari orang. Atau anda memimpikan melihat kucing, bersirat baik sekali iaitu kehidupan rumah tangga yang sempurna.

Teringat aku akan Masjid Kucing, iaitu sebuah masjid yang ada di Mekah. Masjid Kucing adalah jolokan untuk Masjid Abu Hurairoh, konon dulu Rasulullah SAW sedang sholat berjamaah dengan para sahabat, waktu Rasulullah S.A.W sedang sujud ada kucing yang naik ke atas punggungnya. karena sayangnya Rasulullah S.A.W kepada kucing, Beliau menunggu sampai kucing itu turun dari punggungnya, Beliau tidak mengusirnya.

Bagi masyarakat Mesir purba, mereka menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh kerana itu, mereka akan mencukur kening mereka apabila kucing peliharaan mereka mati. Begitu juga kisahnya dengan ajaran Guru Nanak (kaum sikh), yang mana pengikutnya menganggap mengikat kucing sewaktu upacara keagamaan adalah suatu ritual yang perlu. Anda boleh baca kisah ni kat http://saifulislam.com/?p=1804

Kucing juga menjadi suatu simbol mistik, terutamanya kucing hitam. Di Jerman, ada kepercayaan bahwa apabila ada seekor kucing hitam yang lompat ke tempat tidur orang sakit, kematian akan datang pada orang yang sakit itu. Di China, kehadiran seekor kucing hitam merupakan pertanda bahwa mereka akan terkena penyakit atau akan jatuh miskin. Jangankan kat negara luar, di negara kita sendiri pun ada orang percaya. Bila kucing hitam melompat tanah kubur, yang pasti lepas tu ada mayat bangkit. Itu momokan filem dulu-dulu. Jeng-jeng-jeng....'hantu kucing'...hehehe.

Ceritanya sedikit berubah ditempat lain, di India, jiwa yang bereinkarnasi dapat dibebaskan dengan melempar kucing hitam ke api. Ada satu legenda dari Bengali bahwa ada seorang wanita yang dapat merubah jiwa manusia menjadi seekor kucing hitam, dan setiap kucing hitam yang disakiti akan menyakiti wanita itu juga.
Apa yang tertulis tidak saja semua dari ilmu pengetahuanku, ianya juga dirujuk....


WALLAHU A'LAM.

Minyak Oh Minyak

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 6/14/2008 08:12:00 am


Sesi Tazkirah 3

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 6/10/2008 05:42:00 pm

TETAMU SETIA Kita

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati dikalangan orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Subhana Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh sakaratul maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran sakaratul maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjelaskan mengenai perkara-perkara samiat (ghaib), terutama mengenai hal-hal mati dan hubungannya dengan sakaratul maut.

Sekadar latihan mengira: :-)
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 kali = 20.571 minit
Ini bermakna kita diziarahi sakaratul maut setiap 20 minit.

Renung-renungkanlah...... WALLAHU A'LAM

Khutbah yang Terkesan

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 6/01/2008 07:47:00 am

Boleh dikatakan saban Jumaat, aku akan bersolat di UoN dan agak lama jugak dah tak buat kat Karimia. Jumaat mmg hari penting sekali buat aku untuk ada di school, hari meetingku, hari progress perlu dilaporkan. Tapi ni bukan cerita pengajian, sv atau seumpamanya. Ini kisah ttg khutbah pada hari tu.

Jarang aku tersentuh, boleh dibilang dengan jari. Bukan kerna selalu leka semasa khutbah, setiap jumaat aku dengar, ttg kefahaman....biasa saja, ada yang baik, ada yang sangat baik tp yang terkesan dihati ni, suatu benda yang subjektif. Biasa org lupa jugak isi khutbah, kalau lama-lama. Yang dikatakan terkesan ni, mana-mana yang aku boleh ingat isinya dari A hingga Z walaupun sekian lamanya. Kalau yang biasa tu, minggu ni dengar, minggu depan mungkin lupa. Kalau suruh terangkan balik, boleh lah tp mungkin point-point utama la kot.

Mendengar khutbah merupakan satu kesempurnaan solat Jumaat, tp kalau pun tak dengar tu (ini dalam erti kata bukan sengaja la) mmg masih sah solat tu. Kalau aku buat kat karimia, alamatnya tak tahu hujung pangkal la.....biasa la....zendegi he sapar.....sekali bollywood la.....:P Ya lah kalau dengar khutbah di Masjidil-Haram pun kalau tak tahu bahasa arab, nak faham tu....Haraam......(kata org kampung...hehehe). Tapi ada jugak tok guru mengajar kitab ada dalam bahasa melayu kat sana...tak caya gi la tgk sendiri.

Minggu ni mmg pelik, dalam sejarah khutbah BI, ini yang pertama yang terkesan padaku. Dulu sekali di ITM Arau, perihal 15 golongan didatangkan Ri'ul Ahmar, sampai aku siap gi mintak huraian lagi ttg makhluk tu dgn khatib (ustaz aku masa tu). Lepas tu Masjid Negeri SA, perihal pertingkahan 2 makhluk Allah, sampai aku gali dari buku-buku agama dan beberapa lagi la secara peribadi aku masih ingat walaupun kebanyakan sudah lebih dari sedekad berlalu.

Khutbah semalam ada 2 point utama yang hendak disampaikan oleh khatib, pertama tentang kelalaian akan solat Subuh dan keduanya ttg bagaimana menahan marah. Mmg tak ku nafikan akan kesukaran yang dialami ketika ini (di negara aku tgh dok ni) ttg solat subuh, kerana ramai yg kesiangan, kalau ada pun subuh gajah. Mana taknya waktunya masuk jam 2 lebih pagi. Isyak dah la lewat, 11 lebih, kalau nak tunggu sampai subuh, sure mengantuk giler keesokannya. Kalau tak tunggu, takut tak leh nak bangun pulak......dah melepas.......Malay dilema betul la. Tok khatib ibaratkan, org yang tak buat subuh atau isyak, lebih kurang jatuh dalam geng munafik la. Ya lah, waktu lain punya la on time or in time, bila bab isyak dan subuh siap terbabas lagi. Kalau di negara kita, no hal la benda ni, walaupun ada terjadi kepada yang sengaja tak nak buat tu......itu tepuk dada tanya iman la....hehehe. Sekadar point pertama saja yang nak ku tekankan di sini.

Bila teringat cerita org tak nak buat ni, atau buat tak lengkap 5 waktu sehari semalam, terkenang kisah lama (zaman kecilku), kisah di dalam sebuah bas....terkenal waktu tu...di kota KL yang juga sibuk, kisah aku menjadi tempat meluahkan keluhan/rungutan sipolan ni (seorang konduktor bas) terhadap seorang lagi sipolan (juga seorang konduktor bas tp warak, berserban lagi waktu itu...hebat....mana nak cari) tentang tuduhan konduktor berserban kepadanya, yang dia ni munafik dan boleh jadi Kaf Fa Ro kerana tak bersolat. Sipolan ni marah sgt kerna tuduhan itu (walaupun betul...hehehe), beliau menerangkan kpd ku yang dia ada jugak bersolat walaupun tak cukup 5 waktu, ya lah kengkadang 3 waktu, kengkadang 2 waktu. Jadi tak boleh la kata dia Kaf Fa Ro, alasannya kalau 5 itu adalah markah penuh (5/5), maka kalau buat 3 jadi 3/5, kalau diikutkan pembelajaran sekolah dah lulus apa??....3/5 x 100% = 60%. So, ketika tu aku masih kecil, jadi tukang dengar je la, nak kata banggang takut kena hamun pulak, nak kata ya aku pulak yang banggang....dalam hati tu,.....ada jugak makhluk macam ni...hehehe. Hai! hidup lagi ke brader tu, tp dia baik dgn ku, aku selalu dpt tambang free kalau dia jadi konduktor.

Khatib siap beri formula lagi macam mana nak bangun malam utk solat subuh kat sini. So, ada jugak la formula, yang selalu aku guna-pakai utk qiyaimullai, tp bila org nak ajar benda baik ni, apa salahnya cuba. Step macam sama tp bacaan lain, bacaan yang mudah je, cuma 3 Qul. Aku pun cuba la semalam, walaupun aku tidor lambat (pkl 2), tp aku berniat nak bangun pukul 4.......mmg sah makbul, mmg jadi lah. Terima kasih lah ya sheikh. WALLAHU A'LAM.