Fakta Kucing
Posted by 'adasatul 'aini | Posted in Ilmiah | Posted on 6/16/2008 11:11:00 am
Terpandangkan kucing-kucing besar (persian cat) milik jiran sebelahan rumah, terlintas hendak ceritakan kisah kucing. Dulu anakku siap boleh tergolek jatuh dari bangku gerai makan kerna terkejutkan kucing yg menguap, kebetulan disebelahnya. Nak gelak pun ada, walaupun waktu risau takut dia demam terkejut pulak....waktu tu dia baru 3 tahun. Semuanya takutkan kucing, entahla mungkin ada gen tak berapa suka kucing, tak nak mengikut aku nak buat camana. Aku pun tak bela kucing, walaupun semasa kecil dulu banyak kucing dirumahku. Kucing2 aku dulu semua tak dengar kata, berak merata...yang tak tahan tu dah ajar apa yang patut tapi mungkin jenis yang tak gi sekolah ni....alih2 berak kat tepi dapur jugak....kurang asam betul! Tak pandai menguruskan kucing ni, dan bukan calang2 orang yang boleh bela kucing ni. Yang aku suka bela ayam...sebab aku ni suka makan ayam....hehehe, lembu ada jugak bela masa kat kampung tapi sejak orang tua dah takde ni semua dah dijual.Kucing kat sini susah nak jumpa yang kering2, semua jenis baka mahal, itu mahu dalam 3-4 kilo satu...perhh. Species garfield laa!. Kat sini, yang bela kucing ni mungkin yang jenis tak suka anjing. Yang aku pernah dengar dulu, asal orang putih bela anjing ni sebab nak dapatkan haba dari badan binatang tu. Time tidor biasanya haiwan tu tidor kat bahagian kaki tuan dia, jadi haba dia transfer la sikit sebanyak untuk memanaskan tuannya time winter. Maklumlah haiwan ni suhu badannya akan meningkat bila suhu sekeliling meningkat. Kalau di negara kita orang bela anjing kerna nak jaga rumah...bagi tido pun kat rumah dia (luar rumah). Lepas tu golongan elit ni tukar selera pulak gi bela kucing atas sebab musabab yang sama. Sebenarnya kucing adalah binatang yang boleh hidup tanpa tergantung orang lain. Kucing tidak seperti anjing perliharaan kerna tidak pernah menyerah pada keinginan tuannya. Seperti yang mungkin kita sering lihat, kucing mengeow bila merasa lapar, bila ingin di belai, dia menggesekkan badannya ke kaki kita, mendengkur dengan senangnya bila diusap dan maksud-maksud lain dengan aneka tingkah laku mereka.
Sifat nama mahupun sifat kata menggunakan nama kucing ni banyak yang kita dengar, contohnya, Wau Kucing, jalan kucing (catwalk...hehehe), bermisai kucing (hehehe), 'lelaki kucing'....(dah dapat tangkap ke belum malaun ni??). Kucing jugak diguna sifat perangai seperti `alim kucing', `malu-malu kucing', juga untuk kes-kes daring. Aku menganggap kucing memiliki teknik spy yang baik...kerna spy (pengintip) ni, dia bergerak dalam senyap, orang lain tak boleh tahu, ada kisah yang akan aku nukilkan pada post yg akan datang, tu yang dapat nama malu-malu kucing kerna ada unsur timbangtara antara patut dan tak patut, hendak tapi segan la...hehehe. Tak seperti anjing, melabur ikut dan je, tepi tayar kereta org, kat sini depan mesin ATM pun jadi....memang dengki betul la. Kucing kalau nak melabur (berak), dia akan gali dulu lubang, bila selesai dia kambus...tu yang dapat title 'alim' tu...agaknya la. Dalam baik-baik, ada jugak tak baik. Cerita tentang kucing nak melabur ni, teringat kes member aku yang ada bela kucing, tatkala dia baru nak keluar dari jamban (tandas), terlihat akan kucingnya sedang tercegat depan pintu tandas, merenung tepat kepadanya dgn pandangan yang tajam dan sedikit kerutan. Bila saja member aku ni keluar dari tandas, sepantas kilat kucingnya melompat ke dalam tandas, ke atas sebuah kotak yg berisi pasir yang ada dalam tandas tu.......cuba teka...apa kesnya??? Ada ke patut, member aku tu gi ajar kucingnya agar menggunakan tandas bila nak ter..... hehehehe gelak sakan aku!
Bila bab seks je orang kaitkan dengan kucing, mana taknya nama-nama yang popular 'pussycat' la, 'pussydoll' la....alamak loya la...Faktanya, seekor kucing betina boleh melahirkan 20.736 anak kucing dalam empat tahun. Kalau babi mungkin banyak lagi la....
Perihal kucing yang mungkin kita patut tahu, kucing memiliki pandangan sempurna pada malam hari. Ia mampu melihat walaupun dalam gelap. Allah telah menciptakan mata mereka berbeza dari mata-mata lainnya. Dalam gelap pupil matanya membesar dan membulat untuk menerima cahaya sebanyak mungkin. Hal ini menjadikan penglihatannya tajam. Pada mata kucing ada lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum, yang menyebabkan mata kucing berpendar di malam hari. Lapisan pemantul ini dapat menyerap cahaya 6 kali lebih kuat daripada mata manusia, yang memungkinkan kucing untuk dapat melihat di kegelapan. Selalunya bila kita terserempak dengan kucing, ia akan merenung tajam ke arah kita, itu tandanya ia terkejut. Kalau ia terkejut, pupil matanya membesar meskipun di cahaya terang. Cuba kita lawan tenungan kucing, renung ke matanya, bukak mata besar-besar dan kalau boleh nampakkan kegarangan sikit, tengok siapa kalah. Bukan kucing sahaja, speciesnya yang lain pun sama. Kalau jumpa harimau, cuba buat kaedah ni, tapi cari yang kat zoo la, selamat sikit....ala ni kan cuma percubaan dulu. Kang gi cari kat hutan, boleh tak balik-balik kang...hehehe. Faktanya, harimau tidak akan menerkam mangsa dari arah depan kerna ianya alah kepada pandangan manusia, maka ia menerkam dari arah belakang mangsa (tengkuk). Bila jumpa mangsa, harimau akan mundar-mandir mencari arah yang sesuai, kita kalau dalam keadaan ini cuba sentiasa berada dalam posisi berdepan. Tapi kalau datang 3-4 ekor, itu kira jadi lauk dia la, kalau sempat cari la pokok yang besar-tinggi sikit. Kucing boleh dengar bunyi ultrasound. Seekor kucing ada 32 otot di setiap telinganya. Kucing juga ada lebih 100 nada bunyi, manakala anjing ada sepuluh saja. Semua jenis kucing (termasuk Harimau, Cheetah dll) hanya mampu melihat dua warna, yaitu hijau dan biru. Kucing dapat mendengar frekuensi suara hingga 65 kHz, sedangkan manusia hingga 20 kHz. Kemampuan indera penciumannya 14 kali lebih kuat daripada penciuman manusia. Kucing boleh tidur sehingga 16-18 jam sehari. Tapi kalau manusia boleh tidur melebihi masa itu, itu dinamakan "tidur tahap siput" kerna siput boleh tidur hingga 3 tahun lamanya. Kucing boleh melihat jauh lebih baik dari anjing. Tapi kalau bab menghidu kira kalah la kat anjing....tu yang skuad anti-narkotik tak bela kucing...hehehe.
Lagi fakta kucing, air kencing kucing bercahaya dalam gelap, tak caya...gi la cari...hehehe. Kucing terberat yang bernama "Himmy" dari jenis tabby memiliki berat 21.3kg (46lb 15oz) mati pada tahun 1984. Cuba kita perhatikan, kucing selalu jatuh di atas keempat kakinya, sekalipun mereka jatuh dari tempat tinggi. Alasan mengapa kucing jatuh di atas kakinya adalah bahwa mereka menggunakan ekornya untuk menjaga keseimbangan ketika mereka jatuh, dan dengannya dapat menstabilkan pusat graviti tubuh mereka dan mendarat di atas kakinya.
Kucing dikatakan mempunyai 9 nyawa (kepercayaan mitos), ini kerana kucing dilihat mampu selamat walaupun jatuh dari tempat tinggi. Faktanya sebenarnya, jenis kucing apapun juga tidak mempunyai 9 nyawa cadangan. Mereka juga tidak selalu mendarat dengan ujung kakinya. Tapi kucing mampu merawat sakitnya dengan sendiri, kucing kalau sakit (mungkin sakit perut) akan cuba mengunyah-ngunyah rumput atau daun-daun. Tu dia sedang berubat la tu...hehehe. Dikatakan bahwa seekor kucing yang jatuh dari tingkat 20 mempunyai kemungkinan selamat lebih besar dibanding dengan yang jatuh dari tingkat 7, karena seekor kucing memerlukan ketinggian sekurangnya 8 tingkat untuk dapat mengatur tubuhnya agar dapat mendarat dengan kakinya.
Kucing berjalan dengan cara kaki kanan, kaki kanan, kaki kiri, kaki kiri (gaya robot la kalau berkawat...hehehe). Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya, sedangkan pada saat berlari menggunakan kedua kaki kanannya. Satu-satunya binatang yang melakukan hal ini adalah zirafah dan unta. Kucing tidak boleh merasa rasa manis. Dikatakan juga kentut kucing & anjing lebih busuk? Kerana kucing & anjing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya akan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau. Jadi, siapa2 yang kuat makan daging tu...jaga-jaga tang bab angin ni...hehehe. Giler!.....bab kentut binatang pun boleh gi study.....nak tergelak ada la. Kucing juga dikatakan penyebab 50 % Penyakit Asma. Jadi, jaga-jaga la siapa2 yang suka bela kucing tu.
Pakar psikologi dari Amerika Syarikat, Dr Frank S. Caprio berpendapat bahawa manusia yang memiliki kucing terbukti dapat hidup lebih sihat, bahagia dan panjang umur. Fakta ini turut disokong oleh pakar jiwa dari Northeastern Ohio University College of Medicine, Dr James Hodge yang juga menulis buku Uncanny Cats, mengatakan bahawa sikap manja yang dimiliki oleh kucing boleh menghilangkan stress. Katanya," Anda boleh meluahkan semua keluhan anda kepada kucing anda dan ia akan mendengar tanpa bantahan. Selain itu anda juga akan ketawa melihat tingkah lakunya yang lucu. Semua perkara ini mampu merehatkan minda anda. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu. Tang ni, baru aku perasan kenapa ramai orang bela kucing, terutama orang perempuan la. Orang lelaki mungkin ada gak kut.
Mungkin semua antara kita pernah mendengar nama periwayat hadis nabi yang terkenal 'Abu Hurairah'. Beliau sebenarnya bernama Abdul Rahman bin Sakhr tetapi telah diberi gelaran oleh Rasulullah S.A.W dengan nama Abu Hurairah (bermaksud "Bapa Kucing") atas sebab suatu peristiwa. Ceritanya begini, tatkala beliau yang dalam perjalanan menuju ke Masjid Nabawi telah menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya, lalu berasa kasihan kepada anak kucing itu, lantas diambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. Tibanya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing). Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahu anhu meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan."
Perihal tentang tafsir mimpi, jika anda bermimpi didatangi banyak kucing, bertanda akan ada kebajikan dari orang. Atau anda memimpikan melihat kucing, bersirat baik sekali iaitu kehidupan rumah tangga yang sempurna.
Teringat aku akan Masjid Kucing, iaitu sebuah masjid yang ada di Mekah. Masjid Kucing adalah jolokan untuk Masjid Abu Hurairoh, konon dulu Rasulullah SAW sedang sholat berjamaah dengan para sahabat, waktu Rasulullah S.A.W sedang sujud ada kucing yang naik ke atas punggungnya. karena sayangnya Rasulullah S.A.W kepada kucing, Beliau menunggu sampai kucing itu turun dari punggungnya, Beliau tidak mengusirnya.
Bagi masyarakat Mesir purba, mereka menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh kerana itu, mereka akan mencukur kening mereka apabila kucing peliharaan mereka mati. Begitu juga kisahnya dengan ajaran Guru Nanak (kaum sikh), yang mana pengikutnya menganggap mengikat kucing sewaktu upacara keagamaan adalah suatu ritual yang perlu. Anda boleh baca kisah ni kat http://saifulislam.com/?p=1804
Kucing juga menjadi suatu simbol mistik, terutamanya kucing hitam. Di Jerman, ada kepercayaan bahwa apabila ada seekor kucing hitam yang lompat ke tempat tidur orang sakit, kematian akan datang pada orang yang sakit itu. Di China, kehadiran seekor kucing hitam merupakan pertanda bahwa mereka akan terkena penyakit atau akan jatuh miskin. Jangankan kat negara luar, di negara kita sendiri pun ada orang percaya. Bila kucing hitam melompat tanah kubur, yang pasti lepas tu ada mayat bangkit. Itu momokan filem dulu-dulu. Jeng-jeng-jeng....'hantu kucing'...hehehe. Ceritanya sedikit berubah ditempat lain, di India, jiwa yang bereinkarnasi dapat dibebaskan dengan melempar kucing hitam ke api. Ada satu legenda dari Bengali bahwa ada seorang wanita yang dapat merubah jiwa manusia menjadi seekor kucing hitam, dan setiap kucing hitam yang disakiti akan menyakiti wanita itu juga.
WALLAHU A'LAM.