Sesi Tazkirah 3

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 6/10/2008 05:42:00 pm

TETAMU SETIA Kita

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati dikalangan orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Subhana Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh sakaratul maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran sakaratul maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjelaskan mengenai perkara-perkara samiat (ghaib), terutama mengenai hal-hal mati dan hubungannya dengan sakaratul maut.

Sekadar latihan mengira: :-)
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 kali = 20.571 minit
Ini bermakna kita diziarahi sakaratul maut setiap 20 minit.

Renung-renungkanlah...... WALLAHU A'LAM