Sengketa Dalam Sejarah

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 6/27/2008 08:52:00 am

Dari siri khutbah yang terkesan (khutbah yang ku dengar kurang lebih 14 tahun yang lalu), ingin aku nukilkan di sini suatu kisah yang berlaku sekian lamanya, namun masih disebut-sebut hingga kini, yang mana boleh dijadikan ikhtibar kepada kita agar hendaklah saling jaga-menjagai hubungan kita sesama manusia. Kisah ini bukan dongengan, walaupun aku hampir khatam bab dongeng2 ni. Kisah ni merupakan isi khutbah Jumaat dan telah aku buat sedikit rujukan dari kitab2 kat perpustakaan (kena cari, bukan semua tempat ada, nasib aku baik, maka berjayalah aku selongkar kisah ni).

Sedari kecil, kita sering diumpamakan seperti anjing dan kucing, seandainya berlaku perkelahian antara kita adik-beradik ataupun sedara-mara, itupun kalau ada la. Lebih kurang gini lah bunyinya kalau ibu kita menyebut, “Korang ni pantang jumpa, asal jumpa je macam anjing dengan kucing”. Hah! Apa maknanya tu? Kenapa orang-orang tua ibaratkan perkelahian kerabat yang rapat ni, umpama anjing dgn kucing? Baik gi check, pada siapa yang masih tak dapat tangkap maksudnya tu...

Kalau diikutkan dulu-dulu, masa aku kecik-kecik, anjing dan kucing ni memang pantang jumpa, asal jumpa mula la anjing kejar kucing, kucing mencakar anjing, main keluar bunyi-bunyi, tengok siapa macho. Sekarang ni, pada zaman teknologi, anjing dan kucing ni kurang sikit berkeliaran, maka susah sikit nak tengok drama2 ni. Mungkin pelik lagi ada, diorang boleh duduk satu rumah, sama2 makan frieskies....hehehe...itu tandanya dunia hampir kiamat. Ye la, kalau dulu kucing suka makan tikus, sekarang ni kucing dan tikus (hamster) boleh dok sesarang, tak pun kucing takutkan tikus, mana taknya tikus kat KL tu mak datuk besar giler, kucing pun boleh melompat kalau jumpa tapi lain pulak saiz tikus kat UK ni, yg aku jumpa alahai cinonit je! Ingatkan cicak ekor kudung....hehehe. Kisah kucing dan tikus, aku cerita lain kali la ye.... Ni nak cerita kes anjing dan kucing dulu.

Kenapa dua makhluk ni berkelahi? Kalau kalian nak tahu, anjing dan kucing ni start bermusuh sejak dari dalam Bahtera lagi, walaupun pada mulanya tiada persengketaan langsung. Jadi mari kita ambil kisah ni untuk jadikan teladan.

Kisahnya begini, di dalam Bahtera seperti yang telah aku ceritakan atau kalian maklum terdapat berbagai haiwan dan berpasang-pasangan. Kira bahtera tu padat jugak la, walaupun umat Nabi yang beriman sedikit. Disebabkan oleh kepadatan itu, Nabi Nuh Alaihissalam telah memerintahkan semua haiwan agar tidak melakukan pengawanan (hubungan badan), kerna dikhuatiri akan menyebabkan pembiakan berlaku dan akan wujud pula masalah-masalah lain. Perintah ini telah dipatuhi oleh semua haiwan.

Namun dalam kepatuhan mereka, ada satu binatang yang telah ingkar, atau mungkin tidak mampu menahan gejolak hawa nafsunya, iaitu sang anjing. Maka ia pun melakukan hubungan kelamin secara sembunyi, namun perilakunya yang terkutuk itu telah di skodeng oleh kucing. Bersemangatlah sang kucing segera bertemu dengan baginda Nabi, melaporkan perbuatan sang anjing yang tidak akur akan perintah. Maka, baginda Nabi pun menyiasatlah kerna takut ianya tidak betul ataupun tidak dihadirkan dengan sebarang saksi. Apabila sang anjing disoal oleh baginda Nabi, dengan menggunakan segala kepandaian dan tipu muslihatnya menafikan akan perbuatan itu (biasala...tengok muka pun tahu...hehehe), saksi pun tak ada, malah menuduh pula bahwa sang kucing cuba melemparkan fitnah keatasnya, bertujuan untuk memalukannya. Dengan penafian sang anjing itu, amatlah malu sang kucing kepada semua haiwan yang ada dan juga baginda Nabi. Ia pula dituduh menipu dalam usaha menegakkan kebenaran yang sememangnya benar.

Dari peristiwa itu, sang kucing telah menanamkan iltizam yang dia akan cuba membuktikannya adalah di pihak yang benar. Dalam hatinya dibisikkan kata2, “Jagalah kau anjing, kalau aku nampak sekali lagi, kau tahulah nasib kau nanti”. Begitulah kata-kata kucing sekadar lebih kurang. Bunga-bunga sengketa pun bermula. Namun pada aku, sifat kucing ini, jujur dan juga kurang pandai berdalih (lurus). Kita cuba perhatikan perangai kucing, kalau ia berjalan cukup berhati-hati, kalau kita perasan pun akan kelibatnya, itupun setelah dengar bunyi periuk jatuhla atau sebagainya. Tapi macamana dia masuk, cukup licik dan yang hebatnya tanpa bunyi. Itu adalah pewarisan perangai dari zaman dahulu. Aku gelarkan kucing ini sebagai pengintip yang baik. Tatkala ia berjalan, pasti akan menoleh ke belakang sebentar.......kenapa???

Maka selamat lah si anjing jantan-betina, malu besar si kucing. Pada sangkaan sang anjing, kucing tidak berani lagi membuat spekulasi selepas itu dan menganggap kes mereka selesai. Memang dasar tak boleh tahan nafsu dan tak reti insaf, tatkala dirasakan sesuai dan secara sembunyi, anjing masih berhubung sulit jantan-betina. Ini satu peringatan kepada kita sebagai manusia, kalau ada yang macam tu.....hehehe...paham-paham la.

Ketika sang anjing kedua sedang ‘??%&8*?/’ dan bertukus-lumus, biasalah tengah sedap, mana lah nak perasan mata-mata liar yg lain. Nun, di satu sudut lain.....hehehe....kantoi!!!, sang kucing sedang dok spy, dan kali ini ia bertindak bijak, secara senyap dan teliti, ia bergegas kepada baginda Nabi dan juga haiwan2 yang lain agar segera melihat perilaku sang anjing yang tidak patuh. Maka segeralah mereka mendatangi sang anjing secara tidak sedar, dan memerhatikan gelagat berahinya dengan fokus. Akhirnya, mata-mata yang memerhati ketahuan sendiri oleh anjing, dan biasa lah dengan malu-malu anjing (rupa sengih dia mcm anjing katun yg dengki tu la gamaknya....hehehe), ia cuba ingin berdalih lagi. Bukti sudah nyata....Banggang!!

Murka benar baginda Nabi, sudah lah melanggar perintah, malah menuduh pula sang kucing sengaja membuat fitnah. Maka detik itulah bermulanya, anjing menjadi najis kerna sumpah baginda. “Jadilah kau makhluk yang hina di muka bumi ini”, demikian lah sabdanya secara lebih kurang. Tapi masih tak boleh lawan hina sang babi....kesian. Malu benar sang anjing akan perbuatannya dan berbaralah marahnya juga akan sang kucing. Bersumpahlah ia akan memusuhi kucing hingga bila-bila. Di samping itu, ia juga menadah ke hadrat Ilahi, Allah Taala memohon ampun akan perilakunya, juga memanjatkan doa agar Allah Taala menghina juga sang kucing. Beginilah doanya lebih kurang, “ Ya Allah, Kau hinakanlah kucing sebagaimana hinanya aku pada hari ini”.

Perlu diingat oleh kita semua, agar tidak berbuat keji sesama manusia apatah lagi sesama Islam. Doa orang teraniaya tiada hijab (dinding yakni penghalang) disisi Allah S.W.T.

Dari Mu'adz Bin Jabal R.A: "Aku telah mendengar Rasullulah SAW bersabda: "Takutlah kepada doa orang-orang teraniaya kerana doa mereka adalah yang paling mustajab. Sesungguhnya tidak ada hijab antara doa mereka dan Allah SWT."

Hadis riwayat Ibnu Majah: "Tiga jenis doa yang diperkenankan tanpa ada keraguan, iaitu doa orang yang dianiaya, doa orang musafir dan doa bapa kepada anaknya."

Hadis riwayat Ahmad dan Tarmidzi: "Doa orang yang dianiaya itu akan diangkat oleh Allah ke atas awan, dan dibuka untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman, "Demi kemuliaan-Ku, sungguh akan Aku tolong kamu walaupun hanya setelah beberapa saat."

Doa sang anjing dimakbulkan Allah, jatuhlah azab ke atas kucing atas dunia hingga dibawa hingga bila-bila sepertimana anjing. Satu disebabkan oleh kehinaan, satu lagi disebabkan doa tanpa hijab. Satu yang amat zahir disini adalah sengketa mereka berzaman lama hingga tiba hari akhir yakni Yaumul-Qiamah. Mungkin ada antara kita biasa dengan cerita kartun Tom and Jerry, Tom si kucing kan selalu bergaduh bila berjumpa dengan Spike si anjing, tu pun kalau si Tom tak gaduh dengan Jerry si tikus. Itu fakta sebenarnya weh!

Semua mungkin nak tahu apa azab Allah ke atas kucing demi memalukannya. Sedikit research ada aku buat......... ceewah.....hehehe......demi untuk mensahihkan perkara ni. Ini semua info berguna untuk semua, kalau hang rasa aku ni borak, cuba la gi check tengok benda ni dulu. Ini orang panggil fakta yang aku dapat dari ‘life-long learning’.....hehehe. Perangai anjing yang suka ber’toooot’ tu boleh dilihat hingga sekarang, kalau dia tengah dok sedap-sedap tu, kita dok perhati pun dia buat derk je, tak lepas...kira macam perkara normal aje...hehehe. Kalau kita jahat dan sedikit zalim, cuba gi silangkan jari kelingking dengan kelingling, sure dia tak boleh lepas punya.....kesian! Manusia kalau ada yang jenis tak segan-silu tu kira umpama species ni la gambarannya. Kita lihat hinanya anjing ni, bila ia dalam jatuh kategori tak boleh disentuh basah sama basah, kering sama basah. Pada aku, asal tersentuh aje, payah nak teka keadaan kering ke, basah ke, kira dalam pikiran tu....alamak kena samak la ni. Di negara yang aku tengah duduk ni, boleh dikatakan majoriti bela anjing, omputih apalagi. Sejak dari aku datang ke sini dah disambut oleh anjing kat airport, sampai melompat anak2 aku, satu takut kena gigit, satu takut kena samak. First time aku gi carboot, setiap mat salih ni dok bawak sama binatang ni, terencat terus aku dan orang rumah aku nak menengok2 barang, mana taknya dia dok tunjuk macho sama2 dia, dok terkam-menerkam, biasalah kalau kita terjumpa member2 mesti salam-salam dulu, dog2 ni pun sama la, sisa2 dia pun merata....takut terpijak pun satu. Perhhh! Banyak lagi contoh2 perilaku anjing ni.

Kalau anjing jatuh kepada jenis tak tahu malu, bila kita cerita kes ‘tooooot’, kucing pula masuk dalam kategori pemalu, susah nak kita lihat adegan2 tangkap basah ni. Tapi dek kerana doa anjing, maka apa yang telah Allah tetapkan padanya adalah bila setiap kali si kucing melakukan hubungan badan, ianya akan diikuti oleh satu jeritan yang kuat oleh si betina. Ini adalah bagi memalukan si kucing agar perbuatannya akan didengari oleh sekalian makhluk yang berdekatan dan tak pekak la. Dulu aku juga kurang percaya, tetapi bila suatu hari aku terdengar suara kucing mengeow lain macam je, lalu aku cari takut-takut ada kucing cedera ke, apa ke, last2 terjumpa pulak kes porno ni....kantoi kau kucing....hehehe....aduii terbabit...:D

Bila mana kucing bertemu anjing, biasanya kucing akan mengelak mencari jalan lain dan anjing buat-buat biasa la. Kalau tak dapat dielakkan mereka bertemu, maka jadilah percakaran mereka. Sekarang dunia dah akhir zaman, ada juga kita lihat orang bela anjing dan kucing tapi mereka bukan tak bergaduh langsung tapi kurang sikit bergaduh. Hakikatnya mereka masih bermusuh sejak keturunan yang terdahulu. Jika tidak, mana tak disebut-sebut ‘Umpama Anjing dengan Kucing’, Ya Tak?

Ikhtibarnya dari kisah ini adalah, kita sesama umat Islam khususnya dan sesama manusia umumnya, janganlah bersikap ‘membuka aib orang’, kalau ianya akan menjatuhkan air muka seseorang, maka haruslah bagi kita melindunginya. Semoga dengan menjaga aib orang, Allah akan menjaga juga aib kita kelak. Seorang guru seharusnya menjaga aib pelajarnya, timbang dulu teguran untuk setiap pelajar, samada selayaknya diberikan secara khalayak ataupun secara peribadi. Pelajar yang malu akan akibat teguran guru, mungkin ada yang bertindak agresif, mungkin juga akan menjadikannya seorang ‘inferiority complex’. Pelajar juga selayaknya, tidak menunjukkan sikap kurang adab, ada juga pelajar yang cuba mencari kesalahan gurunya, walaupun ianya tidak disengajakan oleh guru. Ibubapa juga cuba menceritakan keaiban anak-anak kepada orang, begitu juga tidak selayaknya anak2 menceritakan keburukan kedua ibubapanya. Kawan2 kalau ingin menegur sesama kengkawan perlulah tunjukkan sifat menjaga aib masing2, bagi mengelakkan sengketa berpanjangan.

yang baik datang dari Allah, yang tidak baik berpunca dari kelemahan aku sendiri

~WALLAHU A'LAM~