Khutbah yang Terkesan
Posted by 'adasatul 'aini | Posted in Ilmiah | Posted on 6/01/2008 07:47:00 am
Boleh dikatakan saban Jumaat, aku akan bersolat di UoN dan agak lama jugak dah tak buat kat Karimia. Jumaat mmg hari penting sekali buat aku untuk ada di school, hari meetingku, hari progress perlu dilaporkan. Tapi ni bukan cerita pengajian, sv atau seumpamanya. Ini kisah ttg khutbah pada hari tu.

Jarang aku tersentuh, boleh dibilang dengan jari. Bukan kerna selalu leka semasa khutbah, setiap jumaat aku dengar, ttg kefahaman....biasa saja, ada yang baik, ada yang sangat baik tp yang terkesan dihati ni, suatu benda yang subjektif. Biasa org lupa jugak isi khutbah, kalau lama-lama. Yang dikatakan terkesan ni, mana-mana yang aku boleh ingat isinya dari A hingga Z walaupun sekian lamanya. Kalau yang biasa tu, minggu ni dengar, minggu depan mungkin lupa. Kalau suruh terangkan balik, boleh lah tp mungkin point-point utama la kot.
Mendengar khutbah merupakan satu kesempurnaan solat Jumaat, tp kalau pun tak dengar tu (ini dalam erti kata bukan sengaja la) mmg masih sah solat tu. Kalau aku buat kat karimia, alamatnya tak tahu hujung pangkal la.....biasa la....zendegi he sapar.....sekali bollywood la.....:P Ya lah kalau dengar khutbah di Masjidil-Haram pun kalau tak tahu bahasa arab, nak faham tu....Haraam......(kata org kampung...hehehe). Tapi ada jugak tok guru mengajar kitab ada dalam bahasa melayu kat sana...tak caya gi la tgk sendiri.
Minggu ni mmg pelik, dalam sejarah khutbah BI, ini yang pertama yang terkesan padaku. Dulu sekali di ITM Arau, perihal 15 golongan didatangkan Ri'ul Ahmar, sampai aku siap gi mintak huraian lagi ttg makhluk tu dgn khatib (ustaz aku masa tu). Lepas tu Masjid Negeri SA, perihal pertingkahan 2 makhluk Allah, sampai aku gali dari buku-buku agama dan beberapa lagi la secara peribadi aku masih ingat walaupun kebanyakan sudah lebih dari sedekad berlalu.
Khutbah semalam ada 2 point utama yang hendak disampaikan oleh khatib, pertama tentang kelalaian akan solat Subuh dan keduanya ttg bagaimana menahan marah. Mmg tak ku nafikan akan kesukaran yang dialami ketika ini (di negara aku tgh dok ni) ttg solat subuh, kerana ramai yg kesiangan, kalau ada pun subuh gajah. Mana taknya waktunya masuk jam 2 lebih pagi. Isyak dah la lewat, 11 lebih, kalau nak tunggu sampai subuh, sure mengantuk giler keesokannya. Kalau tak tunggu, takut tak leh nak bangun pulak......dah melepas.......Malay dilema betul la. Tok khatib ibaratkan, org yang tak buat subuh atau isyak, lebih kurang jatuh dalam geng munafik la. Ya lah, waktu lain punya la on time or in time, bila bab isyak dan subuh siap terbabas lagi. Kalau di negara kita, no hal la benda ni, walaupun ada terjadi kepada yang sengaja tak nak buat tu......itu tepuk dada tanya iman la....hehehe. Sekadar point pertama saja yang nak ku tekankan di sini.
Bila teringat cerita org tak nak buat ni, atau buat tak lengkap 5 waktu sehari semalam, terkenang kisah lama (zaman kecilku), kisah di dalam sebuah bas....terkenal waktu tu...di kota KL yang juga sibuk, kisah aku menjadi tempat meluahkan keluhan/rungutan sipolan ni (seorang konduktor bas) terhadap seorang lagi sipolan (juga seorang konduktor bas tp warak, berserban lagi waktu itu...hebat....mana nak cari) tentang tuduhan konduktor berserban kepadanya, yang dia ni munafik dan boleh jadi Kaf Fa Ro kerana tak bersolat. Sipolan ni marah sgt kerna tuduhan itu (walaupun betul...hehehe), beliau menerangkan kpd ku yang dia ada jugak bersolat walaupun tak cukup 5 waktu, ya lah kengkadang 3 waktu, kengkadang 2 waktu. Jadi tak boleh la kata dia Kaf Fa Ro, alasannya kalau 5 itu adalah markah penuh (5/5), maka kalau buat 3 jadi 3/5, kalau diikutkan pembelajaran sekolah dah lulus apa??....3/5 x 100% = 60%. So, ketika tu aku masih kecil, jadi tukang dengar je la, nak kata banggang takut kena hamun pulak, nak kata ya aku pulak yang banggang....dalam hati tu,.....ada jugak makhluk macam ni...hehehe. Hai! hidup lagi ke brader tu, tp dia baik dgn ku, aku selalu dpt tambang free kalau dia jadi konduktor.
Khatib siap beri formula lagi macam mana nak bangun malam utk solat subuh kat sini. So, ada jugak la formula, yang selalu aku guna-pakai utk qiyaimullai, tp bila org nak ajar benda baik ni, apa salahnya cuba. Step macam sama tp bacaan lain, bacaan yang mudah je, cuma 3 Qul. Aku pun cuba la semalam, walaupun aku tidor lambat (pkl 2), tp aku berniat nak bangun pukul 4.......mmg sah makbul, mmg jadi lah. Terima kasih lah ya sheikh. WALLAHU A'LAM.