Perpaduan Teras Kejayaan

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 8/31/2008 08:26:00 am

0


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YG KE 51

Selamat Bercuti ler......hehehe








Alkesah Asal Tikus

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 8/30/2008 07:18:00 am

0

Ni kira aku buat siri penamat la tentang kisah tikus, kalau boleh lepas ni jangan ada confiusdotcom lagi hal tikus ni, kalau boleh jangan tanya lagi la lanjutan siri haiwan kecil ni skiranya terserempak dgn penulis (aku la tu....hehehe). Malu la kalau dok tanya lebih-lebih, takut tersalah jawab, maklum la kepale udah kurang ingat sgt.

Sebelum ni, sengaja aku bawakan kisah babi, lepas tu kisah leptospirosis kerna nak hubungkan babi dan tikus dari segi logik sains perubatan, yakni kes penyakit bawaannya, kan lebih kurang sama? Saja aku refreshkan penyakit SARS, yakni penyakit unik yg menyerang sistem penafasan manusia, tiada rawatan khusus, nak mencari puncanya pun agak sukar, tp saja aku kaitkan asalnya penyakit tu dengan kegiatan yg berlaku ditempat tu.......hidangan yg famous kat situ selain ‘b$b%’ adalah tikus. Kita kenangkan balik, kenapa Allah turunkan sesuatu bala kalau tidak kerna tangan2 manusia, bagaimana dgn kisah ribut Greg? Tsunami 2004? Di negara kita pun tak terkecuali!

Satu sebab yg paling penting kenapa aku ceritakan kisah2 ni adalah dapat diambil iktibar dari wujud kejadiannya dan terperincinya kejadian Allah. Zaman kejadian berlaku adalah sekadar landasan perjalanan perencanaan.

Sebelum nak cerita ni, jgn rasa boring ekk... sbb nak bawa flashback ke bahtera balik....hehehe.....jgn serik, ini aku tak goreng ikut sukahati kepala otak aku. Dulu ada ler pegi sekolah jgk....:D Ok, berbalik kisah2 dulu, Cerita Babi udah, anjing dan kucing udah, rusa kasturi udah....apa lagi ye nak tahu??? Ok kita sambung sikit la dari kisah babi dulu tu.....hehehe. Setelah wujudnya babi, maka masalah besar dalam bahtera pun selesai ler sekejap, lega ler gelana baginde Nabi (Nuh). Tapiiiiiii.......aisheh.....jgn la mengeluh sedara-sedari.....hehehe, biasa la, cerita, kalau box-office, mesti ada part 2, part 3 n seterusnya bla-bla-bla....hehe tapi ni bab serius ni geng....n jgn gelak ok!

Tapi dah mmg perangai Iblis, mana la nak mengalah maupun mengeluh dalam nak menyesat, menyusah, menjahanamkan umat Adam. Ingat balik tau mcmana keluarnya babi? Iblis ni pun mengusap pula badan sang babi, maka keluar la makhluk tikus ni dari badan babi. Tikus ni apa lagi.....kalo dah kita panggil dia makhluk perosak, maka dia pun keje la merosakkan bahtera, kerit sana, kerit sini, buat lobang, rusak la bahtera dgn lobang2 yg dibuat oleh tikus ini, bocor la sana-sini, satu masalah sudah selesai, satu lagi datang......MasyaAllah.

So, dah paham ekk, kenape aku kaitkan 2 binatang ni?, sbb asalnya sama, bawaannya tentu la sama.

Kisah ni belum habis la tau! Tak syok la kan kalau unhappy story telling....hehehe. Moralnya adalah....... setiap masalah adalah penyelesaian, setiap kesusahan kan ada hikmah yg Allah sirnakan. So, apa lagi geng! (yg tugas berjuang mcm aku ni, research biar kencang ahh, 3 thn kira maksimum ekk....hehehe, saja nak motivate diri la ni). Bak kata Allahyarham Ahmad Nesfu, selagi belum tutup mata, kroje, kroje, kroje....hehehe.

OK iklan pun dah habis.....ni kira satu lagi kisah dalam sejarah yg akan berlaku.
Kenapa aku cerita, perihal kalendar cina dan kisah tahun2 berikonkan haiwan tu? Kan ada kisah maharaja jed buat pertandingan mencari 12 binatang jd ikon. Tp tu cerita mitos cina la, n ni kira pasal taknak mungkir janji, jd aku ceritakan kenapa Kucing pantang jumpa Tikus?

Setelah tikus wujud dalam kapal, masalah kira on balik la, baginda Nabi menadah tangan memohon petunjuk, maka diwahyukan kpdnya agar mengusap badan sang harimau, semena2 keluar la sang kucing (ni sebelum dia gi gaduh dgn anjing), lalu berlari la kucing mengejar si tikus dan menangkapnya. Yehh, kita menang!....hehe.

Kenape kucing mcm sama je dgn harimau? Aisehhhh....nampak semua dah tahu la jawapannya.....so that the story, ok!

Ada pernah aku terbaca dulu tentang binatang babi dan tikus ni, di dalam bible kristian dan judaism yahudi, kedua2 haiwan ni diletakkan dalam kategori ‘unclean animals’, yakni ‘not clean animal’ la kan....hehehe. ‘Clean Animal’ ni mcm ayam, lembu, kambing, ada lagi la (sedara2 boleh la cari sendiri kat mana2, internet ke?, buku kat library ke?), ni ikut kata diorg la, daging dia boleh dimakan dalam apa jua keadaan tanpa memberi mudharat, susu bole minum, byk lagi la, kalau unclean ni kalau tak disediakan secara sebaik2nya akan membawa mudharat, cuba tengok babi, kalau nak simpan lama kena salai umpama mengira bintang dilangit, sampai 1000% kering, kalau tak kalu? Wassalam. Ada juga diorg kata sesetengah seafood pun unclean, ntah la, kita kena ikut panduan ajaran agama kita la, mana haiwan yg diharamkan makan, tentu la ada sbb dan mudharatnya, ini tidak, nak makan ntah apa2....eeeeiiiii!!! Kalau rasa2 nak makan ulor, tukar la menu sikit.....”Makan la Belut!”, sure bergetah beb! Kalau nak makan anak tikus buat ulam, adjust la sikit....order la “Burger Arnab!”, sure kencang beb! Takyah la gi pekena sup testes rimau, sup ekoq atau sup testes kerbau pun tak kalah, sure mcm keluli beb! Dari pekene ikan buntal tiga rasa, baik la landak masak kicap....perhhh! Antum makan sendiri la ehh?
Sekadar coretanku untuk iktibar dan pengajaran......WALLAHU A’LAM

Marhaban Ya Ramadhan

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 8/27/2008 09:40:00 pm

0

Ya Allah...pejam celik pejam celik ...dah nak habis dah Syaaban, 3-4 hari lagi dah Ramadhan. Tahun ni terpaksa la aku anak beranak berpuasa kat tempat asing ni, cabaran pada bdk2 ni, boleh ke tidak diorang maintain tahan godaan. Boleh ke tidak diorang ni? Kang semua org bukak lunch pack, diorg mcmana la kesahnya, hai...aku pulak yg tak tentu arah dok gi pikir. Kalau kat sekolah lama dulu, time rehat, ada gak ustazah bawak pelajar gi pederas mengaji iqra' atau dok cerita kesah2 nabi, kat sini wassalamu la, mana nak dapat? Tahun ni, tengok kalendar berbuka mcm ok je, subuh pukul 4.30am, berbuka kat pukul 8 pm untuk hari2 awalnya, pastu nampak serupa waktu Malaysia je. Tahun depan, ada sakit sikit, subuh dalam pukul 3 ke 3 lebih, maghrib 8 lebih ke 9 mlm. Tahun depan2 nye lagi haru.....hehehe....subuh pukul 2 lebih ke 3 am dan maghrib, 9 ke 9 setengah pm. Plan mcm nak usha2 tiket flight utk tahun depan...hehehe.
PaRam toksah crite la kat sini, buat meleleh air liur je. Terawih pun belum tahu lagi apa crite, mana surau/masjid nak redah pun belum tahu lagi, apa2 hal, paling kuat pun, kena buat kat rumah la. Habis operasi harian pun dah pkl 9 atau 9 lebih...sadis betul la kali ni.

Dengan Ihsan dari Ustaz Shamsuri Rifai, yg selalu dia postkan ke emel aku, aku panjangkan Doa yang dibaca pada malam penghujung Syaaban dan juga pada malam pertama Ramadhan. Itupun pada sesiapa yg nak la. Kalau makna lain sikit tu, mmg dari bahasa ibunda Yg Berbahgia Pak Ustaz la sbb dia mmg dari sana. Mana2 yg aku terperasang tu, ada aku ubah sikit kemelayuan dia. Mana2 yang baik tu, amatlah baik juga kalau dikongsikan, semoga YB Pak Ustaz dapat jugak jariah amal solehnya, aku ni kira tumpang la sekaki. Korang nak tumpang, pasang la kaki, no hal, no heart feeling daa...

Marhaban Ya Ramadhan al Mubarak. Ku pohon ampun dan maaf dari kalian semua, sekiranya ada. Halal makan minum yang lepas. Semoga kita semua dilimpahi rahmat-Nya dan digandakan pahala dalam setiap amal soleh kita.
SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد

اَللَّهُمَّ اِنَّ هَذَا الشَّهْرَ الْمُبَارَكَ الَّذِي اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرآنُ وَجُعِلَ هُدَى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ قَدْ حَضَرَ فَسَلِّمْنَا فِيْهِ وَسَلَّمْهُ لَنَا وَتَسَلِّمْهُ مِنَّا فِي يُسْرٍ مِنْكَ وَعَافِيَةٍ، يَا مَنْ اَخَذَ الْقَلِيْلَ، وَشَكَرَ الْكَثِيْرَ، اِقْبَل مِنِّى الْيَسِيْرَ.

Allâhumma inna hâdzasy syahral mubârak alladzî unzila fîhil qur-ân, wa ju’ila hudal linnâsi wa bayyinâtim minal hudâ wal-furqân. Qad hadhara fasallimnâ fîhi wa sallimhu lanâ wa tasallimhu minnâ fî yusrin minka wa ‘âfiyah, yâ man akhadzal qalîl, wa syakaral katsîr, iqbal minnil yastsîr.

Ya Allah, sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan pembeda. Bulan Ramadhan telah datang ,maka selamatkan kami di dalamnya, selamatkan ia bagi kami, dan jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah dariku amal yang sedikit.


اَللَّهُمَّ اِنِّي اَسْاَلُكَ اَنْ تَجْعَلَ لِي اِلَى كُلِّ خَيْرٍ سَبِيْلاً، وَمِنْ كُلِّ مَا لاَ تُحِبُّ مَانِعاً، يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، يَا مَنْ عَفَا عَنِّي وَعَمَّا خَلَوْتُ بِهِ مِنَ السَّيِّئَاتِ، يَا مَنْ لَمْ يُؤَاخِذْنِي بِارْتِكَابِ الْمَعَاصِي، عَفْوَكَ عَفْوَكَ عَفْوَكَ ياكَريمُ.

Allâhumma innî as-aluka an taj’alalî ilâ kulli khayrin sabîlâ, wa min kulli mâ lâ tuhibbu mâni’â, yâ Arhamar râhimîn, yâ Man ‘afâ’annî wa ‘ammâ khalawtu bihi minas sayyiât, yâ Mal lam yuâkhidznî birtikâbil ma’âshî, ‘afwaka ‘afwaka ‘afwaka yâ Karîm.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Engkau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan kejelekan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku karena perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.

اِلَهِي وَعَظتَنِي فَلَمْ اَتَّعِظْ، وَزَجَرْتَنِي عَنْ مَحَارِمِكَ فلَمْ اَنْزَجِرْ، فَمَا عُذْري، فَاعْفُ عَنِّي يَا كَرِيْمُ، عَفْوَكَ عَفْوَكَ.

Ilâhî wa’azhtanî falam atta’izh, wa zajartanî ‘an mahârimika falam azajir, famâ ‘udzrî, fa’fu ‘annî yâ Karîm, ‘afwaka ‘afwaka.

Tuhanku, Kau sedarkan aku, tapi aku belum juga sedar. Kau halau daku dari larangan-Mu, tapi aku belum juga terhalau, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku.


اَللَّهُمَّ اِنِّي اَسْاَلُكَ الرَّاحَةَ عِنْدَ الْمَوْتِ، وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ، عَظُمَ الذَّنْبُ مِنْ عَبدِكَ فَلْيَحْسُنِ التَّجَاوُزُ مِنْ عِنْدِكَ، يا اَهْلَ التَّقْوى وَيا اَهْلَ الْمَغْفِرَةِ، عَفْوَكَ عَفْوَكَ.

Allâhumma innî as-alukar râhata ‘indal maût, wal ‘afwa ‘indal hisâb, ‘azhumadz dzanbu min ‘abdika falyahsunit tajâwuzu min ‘indika, yâ Ahlat taqwâ, yâ Ahlal maghfirah, ‘afwaka ‘afwaka.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku saat amalku dihisab. Besar sudah dosa dari hamba-Mu, maka ampuni daku dengan ampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.


اَللَّهُمَّ اِنِّي عَبْدُكَ ابْنُ عَبْدِكَ وَابنُ اَمَتِكَ، ضَعيْفٌ فَقِيْرٌ اِلَى رَحْمَتِكَ وَاَنْتَ مُنْزِلُ الْغِنَى والْبَرَكَةِ عَلَى الْعِبَادِ قَاهِرٌ مُقْتَدِرٌ اَحْصَيْتَ اَعْمَالَهُمْ، وَقَسَمْتَ اَرْزَاقَهُمْ، وَجَعَلْتَهُمْ مُخْتَلِفَةً اَلْسِنَتُهُمْ وَاَلْوَانُهُمْ خَلْقاً مِنْ بَعْدِ خَلْقٍ، وَلاَيَعْلَمُ الْعِبَادُ عِلْمَكَ، وَلاَ يَقْدِرُ الْعِبَادُ قَدْرَكَ، وَكُلُّنَا فَقِيْرٌ اِلَى رَحْمَتِكَ، فَلاَ تَصْرِفْ عَنِّي وَجْهَكَ، وَاجْعَلْنِي مِنْ صَالِحِي خَلْقِكَ الْعَمَلِ وَاْلاَمَلِ وَالْقَضَاءِ وَالْقَدَرِ.

Allâhumma innî ‘abduka ibnu ‘abdika wabnu âmatika, dha’îfun faqîrun ilâ rahmatika wa Anta munzilul ghinâ wal-barakah ‘alal ‘ibâdi, qâhirun muqtadir ahshayta a’mâlahum, wa qasamta arzâqahum, wa ja’altahum mukhtalifatan alsinatuhum wa alwânuhum khalqan min ba’di khalqin, wa lâ ya’lamul ‘ibâhu ‘ilmaka wa lâ yaqdirul ‘ibâdu qadraka. Wa kullunâ faqîrun ilâ rahmatika, falâ tashrif ‘annî wajhaka, waj’alnî min shâlihî khalqika al-‘amali wal-amali, wal-qadhâa wal-qada.

Ya Allah, aku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, lemah dan mengharap pada rahmat-Mu. Sementara Engkau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkahan pada semua hamba-Mu, Engkau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Engkau menghitung semua amal mereka, Engkau yang memberikan rizki mereka. Engkau ciptakan mereka berbeza-beza dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan kuasa pada kekuasaan-Mu. Kami semua mengharap pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan aku tergolong pada hamba-Mu yang sholeh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.


اَللَّهُمَّ اَبْقِنِي خَيْرَ الْبَقَاءِ، وَاَفْنِنِي خَيْرَ الْفَنَاءِ عَلَى مُوَالاَةِ اَوْلِيَائِكَ وَمُعَادَةِ اَعْدَائِكَ، والرَّغْبَةِ اِلَيْكَ، وَالرَّهْبَةِ مِنْكَ وَالْخُشُوعِ وَالْوَفَاءِ وَالتَّسْلِيْمِ لَكَ وَالتَّصْدِيقِ بِكِتَابِكَ وَاتِّبَاعِ سُنَّةِ رَسُوْلِكَ.

Allâhumma abqinî khayral baqâ’, wa afninî khayral fanâ’ ‘alâ muwâlâti awliyâika wa mu’âdati a’dâika, war-raghbati ilayka, war-rahbati minka wal-khusyû’i wal-wafâ’, wat-taslîmi laka wat-tashdîqi bikitâbika wat-tibâ’i sunnati rasûlika.

Ya Allah, hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.


اَللَّهُمَّ مَا كَانَ فِي قَلْبِي مِنْ شَكٍّ اَوْ رَيْبَةٍ، اَوْ جُحُودٍ اَوْ قُنُوط،ٍ اَوْ فَرَحٍ اَوْ بَذَخٍ، اَوْ بَطَرٍ اَوْ خُيَلاَءِ، اَوْ رِيَاءٍ اَوْ سُمْعَة،ٍ اَوْ شِقَاقٍ اَوْ نِفَاقٍ اَوْ كُفْر،ٍ اَوْ فُسُوقٍ اَوْ عِصْيَانٍ، اَوْ عَظَمَةٍ اَوْ شَيء لا تُحِبُّ.

Allâhumma mâ kâna fî qalbî min syakkin aw rawbatin, aw hujudin aw qunûth, aw farahin aw badzakh, aw batharin aw khuyalâ’, aw riyâin sum’ah, aw syiqâqin aw nifâqin aw kufr, aw fusûqin aw ‘ishyân, aw ‘azhamatin aw syay-in lâ tuhibbu.

Ya Allah, semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riya’ atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Engkau redhai.


فَاَسْأَلُكَ يَا رَبِّ أنْ تُبَدِّلَنِي مَكَانَهُ اِيْمَاناً بِوَعْدِكَ، وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ، وَرِضاً بِقَضَائِكَ، وَزُهْداً فِي الدُّنْيَا، وَرَغْبَةً فِيْمَا عِنْدَكَ، وَاَثَرَةً وَطُمَأنِيْنَةً وَتَوْبَةً نَصُوحًا اَسْاَلُكَ ذَلِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Fa as-aluka yâ Rabbi an tubaddilanî makânahu îmânan biwa’dika wa wafâan bi’ahdika, wa ridhan biqadhâika, wa zuhdan fit dun-yâ, wa raghbatan fîmâ ‘indaka, wa atsaratan wa thuma’nînatan wa tawbatan nashûhâ, as-aluka yâ Rabbal ‘alamîn.

Aku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, pemenuhan pada perintah-Mu, redha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, ketenteraman dan taubat yang sebenarnya; aku memohon semua itu kepada-Mu ya Rabbal ‘alamin.


اَِِلهِي اَنْتَ مِنْ حِلْمِكَ تُعْصَى، وَمِنْ كَرَمِكَ وَجُودِكَ تُطَاعُ، فَكَانَّكَ لَمْ تُعْصَ وَاَنَا وَمَنْ لَمْ يَعْصِكَ سُكَّانُ اَرْضِكَ، فَكُنْ عَلَيْنَا بِالْفَضْلِ جَوَاداً، وَبِالْخَيْرِ عَوَّاداً يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِهِ صَلاَةً دَائِمَةً لاَتُحْصَى وَلاَتُعَدُّ وَلاَيَقْدِرُ قَدْرَهَا غَيْرُكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Ilâhî Antal min hilmika tu’shâ, wa min karamika wa jûdika tuthâ’, faka-annamâ lam ya’shika sukkânu ardhika. Fakun ‘alaynâ bil-fadhli jawâdan, wa bil-khayri ‘awwâdan, yâ Arhamar râhimîn. Wa shallallâhu ‘alâ Muhammadin wa âlihi shalâtan dâimah lâ tuhshâ wa lâ ta’uddu, wa lâ yaqdiru qadraha ghayruka yâ Arhamar râhimîn.

Tuhanku, Engkau dimaksiati kerana santun-Mu, Engkau ditaati kerana kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Engkau tidak pernah dimaksiati olehku dan oleh seluruh penghuni bumi. Maka jadilah Engkau bagi kami Yang Maha Dermawan dengan segala kurnia-Mu, Yang Maha Peduli dengan segala kebaikan-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Semoga shalawat senantiasa tercurahkan kepada Muhammad dan keluarganya, shalawat yang abadi yang tak terhitung jumlahnya dan tak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.

(Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)

Babi + Tikus = LEPTOSPIROSIS

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 8/20/2008 08:00:00 am

0

LEPTOSPIROSIS antara penyakit yang kerap dikaitkan dengan banjir. Penyakit ini berpunca daripada bakteria leptospira yang bukan saja terdapat dalam air kencing dan najis tikus malah pada haiwan lain termasuk babi. Leptospirosis sebenarnya satu daripada penyakit bawaan air yang boleh menyebabkan kerosakan kepada hati (liver) dan buah pinggang.

Virus dalam perut babi walau banyak macamana pun tak berkaitan la dengan kita sbb kita tak makan babi, tapi pencemaran yang dibawa dari penternakan babi ni tetap menimpa semua orang. Satu lagi binatang paling biasa kita terternak (jgn salah paham, ni secara tak sengaja la), kalau tak di rumah kita, di kawasan2 rumah kita, atau rumah jiran kita, atau kedai makan yg menjadi favorite kita adalah tikus selain dari lipas. Unsur pembawa dari tikus juga, perlu diberi perhatian, bahaya dia bole tahan la jugak.

Dulu mungkin kita pernah dengar penyakit SARS (http://en.wikipedia.org/wiki/SARS ) yang melanda dunia sekitar tahun 2003, penyakit misteri yang masih jadi tanda tanya unsur pembawaan penyakitnya tapi dikatakan berasal/mula2 ditemui di Guandong. Sebenarnya kat situ ada hidangan marvelous....hehehe.
Feng Shui cina, shio menyatakan haiwan yang ada hubungan dengan air adalah haiwan seperti babi dan tikus.

Penyakit Bawaan Daripada Babi
Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi. Di antaranya ialah:
*Anthrax *Ascaris suum *Botulism *Brucella suis *Cryptosporidiosis *Entamoeba polecki *Erysipelothrix shusiopathiae *Flavobacterium group IIb-like bacteria *Influenza *Leptospirosis

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [Surah al-Baqarah : 173]

Firman Allah swt :”Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor” -[Surah al-Anaam : 145]

Sumber:-
http://muhammadkamal.wordpress.com/2007/09/08/sinonimnya-babi-dengan-kaum-cina/
http://www.mrmcmed.org/pigs.html
http://fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat215/nasihat215.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Japanese_Encephalitis

Penyakit Bawaan Tikus
Ni ada la sikit disenaraikan wabak penyakit yang dibawa oleh tikus, boleh tahan la jugak, maka baik berhati-hati la kalau makan makanan yang terdedah, bilas la dulu pinggan2 walaupun dah basuh, tin2 makanan kalau beli kat kedai tu sebelum dibuka, basuh la dulu, kalau bukan utk kita, pikir la untuk anak2 kita. Antaranya adalah:-

*Hantavirus Pulmonary Syndrome (HPS) *Murine Typhus *Rat-bite fever (RBF) *Salmonella enterica serovar Typhimurium *Leptospirosis *Eosinophilic Meningitis

Sumber:-
kosmo online, 6hb. Ogos 2008 –
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0806&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
http://www.orlandorats.com/diseases.htm

Persamaan Babi dan Tikus kat sini adalah wabak yang dibawa oleh mereka iaitu Lestospirosis. Kenapa sama? Macamana bole sama? Tunggu post yang seterusnya.......sabar, kalau cerita kat sini, berjela panjang dia tuan, so sabar ekk...hehehe

Dari Fakta Kesihatan:
Apa Itu Lestospirosis
Leptospirosis sesungguhnya tergolong penyakit haiwan yang boleh menjangkiti manusia juga, atau disebut zoonosis. Leptospirosis adalah penyakit yang disebabkan oleh infeksi bakteria Leptospira berbentuk spiral yang menyerang haiwan dan manusia dan dapat hidup di air tawar selama lebih kurang 1 bulan. Tetapi dalam air laut, ianya akan cepat mati.


Sumber Penularan
Haiwan yang menjadi sumber penularan adalah tikus , babi, dan beberapa haiwan lain. Sedangkan penularan langsung dari manusia ke manusia jarang terjadi.

Komplikasi Leptospirosis
Pada hati : kekuningan yang terjadi pada hari ke 4 dan ke 6
Pada ginjal : kegagalan ginjal yang dapat menyebabkan kematian.
Pada jantung : berdebar tidak teratur, jantung membengkak dan kegagalan jantung yang dapat mengakibatkan kematian mengejut.
Pada paru-paru : batuk darah, sakit dada, sesak nafas. Perdarahan karena adanya kerosakan pembuluh darah dari saluran pernafasan, saluran pencernaan, ginjal, saluran genitalia, dan mata (konjungtiva).
Pada kehamilan : keguguran, prematur, bayi lahir cacat dan lahir mati

Sedutan email dari hamba Allah tentang musibah yg melanda beliau kerna musibat tikus.

Ceritanya begini: "Tiga tahun lalu ketika pregnant anak sulung, saya berada di semester akhir di Universiti. Ketika kandungan berusia berusia 5 bulan lebih Doktor dapati kelainan pada perut saya dan di refer ke GH di Klang. Setelah di scan didapati hati dan limpa saya membengkak dan Dr suspect hepatitis. Kemudian kerana tak selesa dengan keadaan di hospital itu saya berjumpa Dr Hamid Arshat dan buat pemeriksaan darah. Sebulan selepas itu saya mendapat demam panas selama seminggu dan suatu hari saya merasa sakit dan sukar bernafas. Lalu saya minta untuk ditahan di hospital swasta di Bangsar. Ketika itu kandungan masih baik dan bergerak. Selepas di X-ray saya ditahan di ICU. Keesokan harinya saya merasa begitu sukar bernafas dan anak tidak bergerak lagi dalam perut. Saya merasakan seperti Allah ingin mengambil nyawa dan sempat meminta ampun kepada ayah dan suami yang ada berhampiran. Doktor terpaksa komakan saya kerana kesukaran bernafas dan saya tidak sedar selama 8 hari. Hari ketiga dimasukkan ke hospital. Dr Hamid dapati kandungan sudah turun dan beliau mengeluarkan bayi secara forcep dan menurut beliau bayi saya masih panas bermakna baru meninggal. Ketika itu kandungan berusia 29 minggu. Saya mengalami pendarahan yang teruk dimana darah keluar melalui salur peranakan, mulut dan hidung. Darah baru terpaksa dimasukkan hingga berpuluh-puluh pain mujur ramai datang derma hingga terlebih.

WOWWW!! Aku Kaya!

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 8/16/2008 11:35:00 pm

0

Dunia ni macam-macam manusia ada. Manusia ni macam-macam perangai ada. Munafik, tamak, loba, penipu, penyanggak, penjahat, hati iblis, jahanam tak reti nak mampus......perhhh! mulut, sabar bang! Astargfirullah, Astargfirullah, mengucap, mengucap.......hehehehe. Inilah sebahagian dari cabaran dunia hari ini. Yang baik dan budiman pun ada.
Hari ni aku terima 3 kali sms ke no. maxis aku. Kalo sekali terima, aku akan menjadi kaya, bermakna hari ni aku menjadi kaya 3 kali...........hehehehe...........ke KAYAP. Kalo re-call dialog apek cerita P.Ramlee "Do Re Mi", "Banyeak cilakak, tipuu punyeee olang" , "Muka a'tha simyuum", hehehehe...... "Buushuuuk punyeee olang" .......hehehe.



Korang baca la sms yg aku terima ni (di bawah), agak-agak siapa la dajal yang nak bagi aku kayap ni?

From:+60128015287
16-Aug-2008
09:23 AM

TAHNIAH No: Sim-Card anda Memenangi Hadiah Utama dari "PETRONAS" Wang Tunai RM30.000.00
Sila Call: 012 8184659
Terimah kasih.

Malaun ni ingat aku ni kurang biasa dgn permainan ni, kalo aku tahu nama korang, nama mak bapak korang.....hai! kencing beser la malam ni....

Saper2 yang ada terima SMS yg macam ni, takyah gi baca la, kalo nak baca ok la tp Delete la lepaih tu. Mana ada robinhood sekarang ni, aku ni ha dok kat kampung dia lagi ni haa, alih2 terima SMS dari robinhood dari negara sendiri.....hampehh! Eja terima kasih pun dah terlebih h. Agak2 org mane ni ekk??

Perkara2 Phishing macam ni kadang2 ada gak orang gi percaya, Petronas pun nak buat untung, mana ada nak sedekah2 kat orang senang2. Minyak pun bagi naik pasal tak nak rugi, dah tu nak gi bagi hadiah ni, apa ke Paedahnye pulak!!! Ni keje penyamun la ni.
Ni ada artikel/berita keluar kat Metro Harian pasal bende ni dan banyak lagi la url2 lain yg dok discuss pasal bende ni. Gi ke link ni TAHNIAH Sim Card anda memenangi Peraduan...


Moralnya: Jangan dok layan la SMS ni @ Delete. Muktamad 3x.

Hati Tikus

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 8/14/2008 08:44:00 am

0

Hari ni, ada dah yang tanya apsal tak update blog? Rasa2 ni mesti ada yg dok rindu post baru ni....hehehe. Sebenarnya, kepala tgh risau ttg progress......aduii very slowww la kepala otak ni. Ok lah, ni nak corat-coret sikit la....buat hilang gelisah diri pada saat ini. Bila dengar, kawan-kawan ditimpa musibah, sedih jugak walaupun kita semua ada yang menunggu di depan, samada hiba atau ceria. Mungkin ada yang sudah berjumpa duka, akan berjumpa ceria, mungkin juga masih ada sapaan duka. Buat kawanku, bersabarlah dan tabah la. Allah sembunyikan matahari, turunkan hujan, ribut dan petir kerna nak bagi kita pelangi yang indah.

Mungkin agak lambat posting ni keluar, tapi tak kisah la ye...hehehe. Ni saje nak mengarut tentang Horoskop Cina. Sebanyak 12 ekor binatang terpilih sebagai simbol kepada tahun tersebut. Binatang tersebut ialah tikus, lembu, arnab, anjing, ayam, naga, monyet dan babi. Pada tahun 2008 ini, giliran sang tikus mendapat penghormatan, atau dengan lebih tepat lagi, tahun ini adalah tahun tikus, nak terperinci lagi Tahun Tikus Tanah…...
Kenapa tikus? Kan tikus ada dalam kalendar cina tu, ni kira restart balik kalendar tu sebab dalam 12 ekor binatang tu, tikus dok nombor satu. Kenapa tanah? Ni kira ikut unsur Ying Yang la, ada tanah, air, api, kayu, logam. Kalo ikut mentera pendekar pinang sebatang, unsur kayu ngan logam takde. Kira tok guru lain la ni. :D


Aku sendiri tak tahu menahu tentang feng shui ni, walaupun selalu gak tengok slot The Lillian Too Show (http://www.lillian-too.com/) kat Astro dulu, tapi sedar tak sedar dah 3 kali tikus ni buat pusingan sejak wujudnya aku kat dunia ni. Satu lagi, aku ada sebab lain berkenaan tikus ni.....tapi mohon bersabar la, kita sembang bab kalendar tikus dulu...hehehe.

Kita flashback sikit Karakter orang yang lahir dalam shio tikus ni, 1900, 1912, 1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008.

Lupakan dulu bab bawaan penyakitnya, di China mahupun Jepun, binatang ini dikenali sebagai penghibur yang baik dan kemampuannya dalam menggali dan menjaga nilai-nilai yang ada; Tikus dikenal sebagai simbol keberuntungan dan kesejahteraan. Pintar dan gerak cepat, Shio Tikus sangat luar biasa. Sangat menyukai rasa enak, Shio ini selalu meninggikan dirinya disetiap kesempatan. Adalah sifat biasanya yang menyenangkan dan tuturkata yang tajam, lucu dan menjadi teman yang baik untuk semua orang. Tikus suka ingin tahu siapa yang menjadi temannya dan akan memperlakukan semua teman yang setia dengan perlindungan dan kemurahan yang luar biasa.
Dibalik senyum manisnya, Tikus sering memiliki agenda sendiri. Shio ini dimotivasi oleh kepentingan diri sendiri, yang sering kali jika berhubungan dengan wang; kerakusan menjadi masalah utama jika Tikus tidak berhati-hati menjaga kepentingannya. Tikus sangat murah hati terhadap teman-teman setiaannya atau keluarga. Orang lain mungkin menganggap mereka mudah marah dan bermulut lancang. Kepuasan verbal sangat bererti bagi Tikus, Shio yang mudah dikenal orang lain untuk dicintai atau dibenci.
Tikus sering menyukai melihat dari luar, kerna dari sana dia boleh melihat bagaimana cara kerja suatu sistem atau situasi. Tikus selalu mencari pengetahuan yang baru, untuk disimpan atau dibuang. Shio yang selamanya ingin tahu ini, juga mempersilakan sesiapa yang ingin bersaing dengannya. Tikus juga tahu bagaimana caranya menenangkan diri sendiri.
Pelajaran berharga untuk para Tikus adalah belajar untuk mempertimbangkan kepentingan orang lain. Jika mereka dapat meningkatkan nilai diri dan menyedari untuk memberikan ruang bagi orang lain, Tikus akan menemukan kebahagiaan sejati. Pasangan paling cocok untuk Tikus adalah Naga atau Monyet.

Sumber: http://www.gemintang.com/

Korang tahu kenapa tikus dan kucing pantang jumpa, kalo jumpa tikus tentu ca alif but dulu.....Ni aku cerita kisahnya.....tapi cerita donggeng la dulu ekk...ikut tema la, post yg akan datang baru cerita yang sebenar, saja la nak simpan2 sikit idea, kang bagi semua, nanti cepat sangat habis modal. Korang jugak yang rugi, kata aku tak update la. Bukan apa....nak mengingat bab fakta ni, kena ambik masa sikit, dulu datang sini lupa nak bawak kitab. Umur pun dah lebih sikit 3 kali pusingan tikus ni...ada la kurang sikit.....kepala pun dah keluar bunga2 lalang, paham2 la ekk.

Dari berbagai versi dongeng, aku ambik yang ini la buat garapan cerita tikus masuk kalendar cina dan macamana dia boleh gi gaduh ngan kucing ni....hehehe. Tersebut la kisah, Maharaja Cina pada zaman dahuluuuuu... telah membuat tawaran kepada semua binatang yang berminat untuk dijadikan ikon (ceehwah!!) setiap tahun. Tawaran maharaja tersebut disambut oleh pelbagai haiwan daripada pelbagai kategori.

Oleh kerana terlalu banyak spesies haiwan yang berminat menjadi ikon sepanjang tahun tersebut, maka maharaja menghadkan untuk memilih 12 ekor binatang sahaja. Ini bermakna, setiap tahun seekor binatang dipilih. Apabila sampai ke tahun 13, maka binatang pada tahun pertama tadi terpilih semula. Begitulah tahun-tahun seterusnya. Syarat untuk menjadi ikon tahun baru amat mudah. Mana-mana spesies binatang yang paling awal sampai ke istana Maharaja pada hari yang ditetapkan akan terpilih sebagai ikon tahun baru.

Pada tarikh yang dijanjikan, pelbagai spesies haiwan berlumba-lumba untuk menjadi haiwan paling awal melapor diri ke istana maharaja. Berbagai-bagai cara, teknik, strategi dan kenderaan digunakan untuk sampai ke istana dengan segera.

Ada yang sudah berkampung sejak sekian lama di kawasan yang berhampiran dengan istana. Ada juga yang membuat spekulasi bahawa bukan tarikh ini, tapi tarikh yang lain. Ada juga haiwan kecil yang menunggang haiwan yang besar. Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai cita-cita yang diinginkan iaitu menjadi ikon sepanjang tahun.

Pada ketika itu, tikus dan kucing merupakan sahabat karib dan tinggal sebumbung. Kemana sahaja mereka pergi tentu bersama, jadi bila mendengar hal pertandingan ikon tahunan tersebut, mereka berdua sepakat akan berduet untuk menyertainya. Namun igauan indah sekadar manis dibibir sahaja, sang tikus bertindak solo tatkala sang kucing dibuai mimpi.

Selepas tamat pertandingan, diumumkan binatang terawal sampai ialah sang tikus dan diikuti oleh lembu, arnab, anjing, ayam, naga, monyet dan paling akhir ialah babi, ceh masuk jugak tonyok ni. Pelbagai andaian menyatakan bahawa kemenangan tikus menjadi haiwan terawal dan terpilih di kalangan 12 terbaik adalah tidak sah. Ini kerana sang tikus menaiki pelbagai jenis haiwan untuk sampai ke istana.

Antara haiwan yang menjadi tunggangan tikus ialah naga, harimau, dan akhir sekali ialah lembu. Oleh kerana pintu istana belum lagi dibuka ketika itu, maka haiwan yang berbadan besar tidak boleh berbuat demikian. Mereka terpaksa menunggu sehingga pintu dibuka sepenuhnya.
Seperti yang dijangkakan, sang tikus mengambil kesempatan daripada badannya yang kecil itu untuk masuk melalui lubang kecil di pagar istana. Akhirnya, tikus menjadi haiwan terawal dan tahun tersebut diisytiharkan sebagai tahun tikus.

Kejayaan tikus menimbulkan kemarahan 11 binatang yang lain kerana dianggap melanggar peraturan. Walaubagaimanapun tiada bukti kukuh menunjukkan hal yang demikian. Selain itu, kemarahan 11 binatang tersebut reda kerana mereka pun akan mendapat penghormatan serupa pada tahun-tahun berikutnya.

Berita kejayaan tikus tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan sahabat baiknya iaitu kucing. Apabila mendengar berita tersebut, kucing cukup marah kerana tikus tidak mengingatkannya tentang tarikh yang ditetapkan itu. Kucing marah kerana tikus hanya mementingkan diri sendiri dan cuma mahu beroleh kejayaan seekor diri. Bagi kucing, ia sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang rakan karib.

“Sampai hati tikus pergi sendirian dan tidak memberitahu aku. Bukankah maharaja akan memilih 12 haiwan yang terawal? Jadi, alangkah baiknya jika dua sahabat baik mendapat tempat antara 12 terawal” rungut sang kucing sendirian.
Ini tak boleh jadi. Mulai hari ini, kau bukan sahabatku lagi. Aku akan cari kau sampai dapat. Aku akan jadikan kau sebagai makanan aku,” kucing terus berdendam. Sejak itu, hubungan tikus dan kucing bukan lagi sebagai sahabat baik. Sebaliknya, tikus dianggap makanan paling digemari sang kucing.
Setelah masa berlalu, sang kucing terserempak dengan sang tikus. Menyedari kesilapan besarnya, tikus segera melarikan diri. Berbagai-bagai jalan dilalui, pelbagai lorong diikuti, bermacam-macam susur direntasi dan berbilang denai disusuri, namun kucing terus mengekori. Tu yang keluar nama lorong tikus.

Tikus bernasib baik apabila berjaya menjumpai lubang kecil yang boleh sampai ke sebuah gua. Tikus selamat daripada kucing kerana lubang tersebut hanya muat untuk dirinya sahaja. Tu yang keluar nama lubang tikus.

Kebetulan dalam lubang gua tersebut tinggal seorang ahli sihir. Sang tikus pun mengadu halnya yang ketakutan dikejar kucing kepada ahli sihir tersebut. Tikus memohon ahli sihir mengubahnya menjadi seekor kucing supaya tidak takut lagi kepada kucing.
Ahli sihir merasa kasihan lalu memperkenankan permintaan tikus. Tikus itu kini berubah fizikalnya menjadi seekor kucing. Setelah mengucapkan terima kasih, tikus berbadankan kucing pun beredar dari gua dengan riang. Dia kini tidak takut lagi kepada kucing.
Setelah beberapa minggu, dia dikejar oleh anjing. Dia berlari menuju ke gua dan meminta ahli sihir menukarnya kepada anjing. Kali ini dia dikejar pula oleh serigala yang menggerunkan. Dia pun meminta lagi agar ditukarkan kepada seekor serigala.
Kemudian dia diburu pula oleh singa. Seperti biasa, dia meminta pula dijadikan seperti singa. Ahli sihir masih sabar dengan kerenahnya lalu menukarkannya menjadi seekor singa.
Walaupun telah menjadi seekor singa yang bengis, sifat takut masih ada dalam dirinya. Dia begitu takut kepada makhluk bernama manusia yang seringkali memburu singa menggunakan senapang. Dia meminta pula dijadikan sebagai manusia. Ahli sihir menukarkannya menjadi seorang gadis yang ayu.
Pada suatu hari, si gadis ayu begitu terkejut dan takut dengan kehadiran seekor tikus di rumahnya. Lantas dia berjumpa dengan ahli sihir agar menukarnya kembali kepada asal iaitu seekor tikus semula.
Setelah menukarkannya kepada sang tikus, ahli sihir pun memberi nasihat ikhlas kepadanya “Aku telah tukarkan kau kepada pelbagai bentuk. Sebut sahaja apa yang kau mahu, aku ikutkan. Mula-mula kucing, selepas itu anjing, kemudian serigala dan diikuti pula dengan singa. Tidak berapa lama kemudian kau mahu jadi manusia. Sekarang kau kembali menjadi tikus semula. Tahukah kamu kenapa kamu sentiasa berasa takut wahai sang tikus?"
Sang tikus menjawab “Tidak tahu, wahai ahli sihir”

Ahli sihir memberi tip paling berguna buat tikus “Walaupun, fizikal kau berubah menjadi pelbagai bentuk, namun hati kau tetap hati tikus”. Tu yang keluar simpulan bahasa, Badan je besor, tapi hati, tikus....hehehe”. Ni kira kes bersalah la ni.

Kuku

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 8/07/2008 03:52:00 pm

0

Kuku adalah bahagian badan manusia/haiwan yang terdapat atau tumbuh di hujung jari. Kuku tumbuh dari sel lembut yang mati, mengeras, dan kemudian terbentuk mulai tumbuh dari hujung jari. Kulit ari pada pangkal kuku berfungsi melindungi dari kotoran.
Fungsi utama kuku adalah melindungi hujung jari yang lembut dan penuh urat saraf, serta mempertinggi daya sentuh. Secara kimia, kuku sama dengan rambut yang antara lain terbentuk dari keratin protein yang kaya akan sulfur.
Pada kulit di bawah kuku terdapat banyak pembuluh darah dan sekiranya ditekan/picit akan menimbulkan warna kemerah-merahan. Seperti tulang dan gigi, kuku merupakan bahagian terkeras dari tubuh kerana kandungan airnya sangat sedikit.
Pertumbuhan kuku jari tangan adalah 4 kali lebih cepat dari pertumbuhan kuku jari kaki dimana rata-rata antara 0.5 - 1.5 mm seminggu (3mm sebulan). Pertumbuhan kuku juga dipengaruhi oleh panas tubuh.

Kalau cerita bab memotong kuku ni, nanti ramai kata tak jumpa hadis la, khilaf la, hadis dhaif la, tak pernah dengar la, selalu isteri/mak tolong potong la, kedai potong la (manicure) tapi aku mengambil apa yang baik dari tidak mengambil endah langsung. Jadi amalan memotong kuku ni lebih kurang begini la, aku masukkan la mana2 hadis yg aku jumpa, adabnya juga, asalnya aku pernah dengar ceramah ustaz tentang perkara² yg menyebabkan kita mewarisi kepapaan yakni kebinasaan. Tak nak ikut suka hati la, benda baik ni bukan senang nak tarbiyah orang. Bak kata Raja Lawak, "Lu sendiri pikiiiir laaa!" Lagi satu, kata org tua2 dulu, orang kuku panjang ni sepupu-sepapat langsuyor...hehehe.

Hukum Memotong Kuku
Memotong kuku termasuk amalan sunat.
Hal ini disebutkan dalam Hadis riwayat Muslim, daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya: “Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.”
Setelah dipotong, disunatkan kita menanamnya.

Doa Ketika Memotong Kuku
Berkata Syaidina Jaafar r.a:-
"Barangsiapa mengerat atau memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari Jumaat dan berdoa ketika memotongnya:



Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang hamba sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati".

Bahagian Kuku Tangan


Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari. Kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari. (ikut turutan/tertib seperti dlm gambar)


Bahagian Kuku Kaki

Sementara, kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari mngikut tertib. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking.




Hari-Hari Yang Disunatkan Memotong Kuku

Menurut Ibnu Hajar, sunat memotong kuku pada Khamis, pagi Jumaat atau Isnin.

Terdapat dalam sebuah hadis Nabi SAW, sabdanya:
"Barangsiapa memotong atau mengerat kuku pada:-
HARI SABTU - Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
HARI AHAD - Hilang Barakah
HARI ISNIN - Mempusakai alim Fadhil (orang yang berilmu dan mempunyai kelebihan)
HARI SELASA - Mempusakai kebinasaan
HARI RABU - Mempusakai jahat perangai
HARI KHAMIS - Mempusakai kaya
HARI JUMAAT - Mempusakai ilmu dan lemah lembut".


Memotong kuku ketika berhadas besar (haid, nifas dan junub)
Menurut kitab Al-Ihya, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, seboleh-bolehnya jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi wajib. Jika terpaksa juga, hendaklah dikutip dan dibawa ketika mandi wajib. Hal ini kerana segala potongan itu akan kembali kepadanya pada akhirat kelak dengan keadaan berhadas besar dan akan menuntut haknya.



sumber: wikipedia, sumber hadis, Forum MyMasjid (http://www.mymasjid.net.my/forum/display/366244/kerat-kuku-jgn-kerat-sebarangan/)

Haruman Kasturi

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 8/01/2008 12:01:00 am

0

Bila sebut Kasturi, rasanya semua orang tahu dengan nama tu. Banyak jugak nama yang dihubungkan dengan kasturi ni, contohnya Hang Kasturi, Limau Kasturi, pendek kata banyak la nama orang yang guna perkataan ni, terutama orang India la, nama tok sami brahmin dia la, nama awek manis dia la, nama stesen TV dia la, nama restoran dia la, sampai Aziz M Osman pun buat cerita Hang Kasturi tu bangsa India dalam slot Pendekar 5....lawak2.

Ok tu intro je, cerita sebenarnya adalah bau kasturi yang selalu orang pakai dalam minyak wangi (minyak atar), mana datangnya ekk?

Teringat satu kisah dalam Israk Mikraj,
Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui.
Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.


"Materainya itu ialah kasturi." (pangkal ayat 26, Surah Al-Muthaffifin). Kasturi adalah lambang keharuman. Kasturi tergantung pada pinggang kijang atau rusa di hutan. Kasturi dikenal harumnya dan sukar mendapatnya; inilah yang dilambangkan atas keharuman dan kewangian minuman syurga. Sedang sumbat dan materai penyumbat botolnya lagi harum terdiri dari kasturi, betapa lagi isinya; "Dan pada hal yang demikian itu biarlah berlumba orang-orang yang hendak berlumba.'' (ujung ayat 26)

“…mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dan indah di sisi Allah dari bauan wangian kasturi”(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' (hadith riwayat Al-Bazzar)

“Dari Abu Musa r.a dari Nabi S.A.W, baginda bersabda: Perumpamaan berkawan dengan orang sholeh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti orang yang membawa wangian kasturi dan peniup api tukang besi. Orang yang membawa kasturi, samada akan memberikannya kepadamu, atau engkau membeli darinya atau engkau akan mendapati bau harum daripadanya. Sedangkan orang yang meniup api tukang besi, samada dia akan membakar pakaianmu, atau kamu akan mendapati bau yang busuk darinya.

Ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

Ni pasal dah janji dengan kawan nak cerita ttg kisah riak, maka cari punya cari, ingat punya ingat, teringat la cerita ni, bukan pasal riak tapi niat. Pernah dengar Rusa Kasturi (‘musk deer’ kalo ikut istilah omputih ler)?

Bagaimana Rusa Kasturi mendapat nama?

Selain rusa atau kijang ni, ada beberapa binatang lagi yang ada ditambah kasturi kat belakang dia, contohnya tikus, lembu, musang dan kura2, tapi cerita menatang2 ni aku belum khatam lagi, Cuma ada la dengar2 namanya orang sebut, kalo nak tahu sahih ke tidak, pi la cari kat ensiklopedia haiwan.

Kasturi tu nama bauan yg wangi la maksudnya. Orang belah pantai timur panggil ‘Jebat’. Rusa ni ada banyak jenis, walaubagaimanapun hanya satu je spesis ni kat mukabumi ni, yang lain bau hapak, hamis dan segala maknika bau la....hehehe. Rusa Kasturi ni, saya pun belum gi tengok lagi, tapi ikut kata gemolah guru saya ada di kawasan belah2 Timur Jauh, Siberia, Pakistan, India, Bhutan, Mongolia dan senang cerita kat belah2 pergunungan Himalaya la. Setiap 6 bulan sekali rusa2 ni akan gugurkan buntil pusatnya dan penternak rusa ni akan kutip la buntil tu untuk diproses menjadi bauan kasturi yang dicampur dan ditambah dalam minyak wangi agar berbau kasturi. Buntil pusat tu kira macam taik pusat la....hehehe. Amacam? Kalau rasa tak percaya, cukupla bacaan anda sehingga perenggan ni tapi kalau nak tahu lagi.....so u may proceed further....hehehe.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.
Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh rusa tersebut, buntil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras. Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

Cerita haiwan ni mendapat bau wangi ni macam ni......Kisah berlaku di zaman Nabi Adam Alaihissalam.

Nabi Adam dan Hawa selepas memakan buah khuldi atas hasutan Iblis, telah dikeluarkan (ni terpaksa pakai ayat yg baik sikit...sebab ni tok nenek kita semua tau) dari syurga, dan diturunkan ke dunia. Maka terpisahlah Adam dan Hawa selama 40 tahun sebelum diketemukan di Jabbal Rahmah. Sewaktu Adam A.S menjejakkan kaki ke bumi, heboh berita itu kedengaran kepada sekalian makhluk di dunia. Begitu juga pada satu kelompok rusa ini, maka mereka berpakat la sesama mereka berkenaan tujuan mulia mereka. Setelah dipersetujui sebulat suara, maka bergerak la mereka mencari dan menyambut kedatangan Nabi Adam A.S, khalifah mulia yang diutuskan Allah Taala ke mukabumi, dengan riak wajah yang ceria lagi gembira.

Hal yang sama dirasakan oleh Baginda Nabi, rasa gembira, syukur akan rahmatNya kerana masih dirai olehnya. Dengan perasaan yang amat suka, diraupnya (diusap) setiap satunya rusa-rusa tersebut dengan belaian mesra. Binatang yang ada nama lain tu penulis tak pasti la pulak ada datang ke tidak??? Mohon Maaf, kisah berkisar rusa kasturi je.

Kumpulan rusa tadi kembali lah ke tempat mereka datang dengan perasaan yang lebih gembira kerna sesuatu yang pelik telah terjadi. Di sana mereka bertemu la dengan kumpulan rusa2 dan binatang yang lain, yang tidak bersama dalam ekspedisi mulia tadi. Maka, hairan la akan rusa2 dan haiwan2 lain, macamana tubuh badan mereka yang sama tetapi mempunyai bauan yang amat wangi dan tidak seperti sebelum ini. Lalu bertanya lah mereka akan keajaiban apa yang berlaku ini, maka berceritalah mereka akan kronologi kejadian yang berlaku sehinggalah mereka balik ke hutan tempat mereka bertemu ini.

Kejadian itu telah menarik perhatian rusa2 yang lain, maka mana2 yang belum wangi tu berpakatlah dan berebut2 pergi beramai2 bertemu dan menyambut Baginda nabi. Nabi Adam A.S. seperti sebelum ini, melayan kunjungan hormat haiwan2 tersebut tanpa apa2 perasaan syak, baginda sangat gembira sekali dan setiap haiwan itu juga diusap seperti sebelumnya.

Setelah itu kembalilah mereka semula ke dalam hutan (ekologi asal), namun hasrat mereka setiapnya tidak tercapai, tubuh badan mereka tidak berbau wangi seperti rusa2 yang sebelum mereka. Dan wujudlah seperti mana mereka sehingga kini. Rusa yang berbau wangi tadi dinamakan Rusa Kasturi kerana bauan badannya adalah bauan kasturi.

Pengajaran yang boleh diambil disini adalah setiap perkara ingin dilakukan mestilah kerana niat. Kalau melakukan kerana ALLAH, pasti besar ganjarannya yang diperolehi, namun kalau dilakukan kerana kebendaan atau keduniawi, tiada sedikit pun adalah niat sadaqah atau berharapkan balasan, pasti tiada satu kebajikan pun yang akan tercatit sudahnya. Kelompok rusa yang pertama keluar bertemu Baginda Adam A.S. kerana NIAT meraikan nabi besar ketika itu, yang dijadikan ALLAH sebagai khalifah di mukabumi ini, manakala kelompok kedua keluar bertemu kerna mengharapkan agar bauan wangi tubuh Baginda Nabi hinggap ke tubuh mereka. Peranan sama, namun niat berbeza, ganjaran ALLAH juga berbeza.

Fasal Niat ni terlalu luas dan besar untuk diulas disini, sekadar mengisahkan perihal Asal Kasturi...................WALLAHU A’LAM.


Lagi berita pasal rusa kasturi:

rujuk kosmo online 13 Julai 2008