Babi + Tikus = LEPTOSPIROSIS

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 8/20/2008 08:00:00 am

LEPTOSPIROSIS antara penyakit yang kerap dikaitkan dengan banjir. Penyakit ini berpunca daripada bakteria leptospira yang bukan saja terdapat dalam air kencing dan najis tikus malah pada haiwan lain termasuk babi. Leptospirosis sebenarnya satu daripada penyakit bawaan air yang boleh menyebabkan kerosakan kepada hati (liver) dan buah pinggang.

Virus dalam perut babi walau banyak macamana pun tak berkaitan la dengan kita sbb kita tak makan babi, tapi pencemaran yang dibawa dari penternakan babi ni tetap menimpa semua orang. Satu lagi binatang paling biasa kita terternak (jgn salah paham, ni secara tak sengaja la), kalau tak di rumah kita, di kawasan2 rumah kita, atau rumah jiran kita, atau kedai makan yg menjadi favorite kita adalah tikus selain dari lipas. Unsur pembawa dari tikus juga, perlu diberi perhatian, bahaya dia bole tahan la jugak.

Dulu mungkin kita pernah dengar penyakit SARS (http://en.wikipedia.org/wiki/SARS ) yang melanda dunia sekitar tahun 2003, penyakit misteri yang masih jadi tanda tanya unsur pembawaan penyakitnya tapi dikatakan berasal/mula2 ditemui di Guandong. Sebenarnya kat situ ada hidangan marvelous....hehehe.
Feng Shui cina, shio menyatakan haiwan yang ada hubungan dengan air adalah haiwan seperti babi dan tikus.

Penyakit Bawaan Daripada Babi
Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi. Di antaranya ialah:
*Anthrax *Ascaris suum *Botulism *Brucella suis *Cryptosporidiosis *Entamoeba polecki *Erysipelothrix shusiopathiae *Flavobacterium group IIb-like bacteria *Influenza *Leptospirosis

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [Surah al-Baqarah : 173]

Firman Allah swt :”Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor” -[Surah al-Anaam : 145]

Sumber:-
http://muhammadkamal.wordpress.com/2007/09/08/sinonimnya-babi-dengan-kaum-cina/
http://www.mrmcmed.org/pigs.html
http://fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat215/nasihat215.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Japanese_Encephalitis

Penyakit Bawaan Tikus
Ni ada la sikit disenaraikan wabak penyakit yang dibawa oleh tikus, boleh tahan la jugak, maka baik berhati-hati la kalau makan makanan yang terdedah, bilas la dulu pinggan2 walaupun dah basuh, tin2 makanan kalau beli kat kedai tu sebelum dibuka, basuh la dulu, kalau bukan utk kita, pikir la untuk anak2 kita. Antaranya adalah:-

*Hantavirus Pulmonary Syndrome (HPS) *Murine Typhus *Rat-bite fever (RBF) *Salmonella enterica serovar Typhimurium *Leptospirosis *Eosinophilic Meningitis

Sumber:-
kosmo online, 6hb. Ogos 2008 –
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0806&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
http://www.orlandorats.com/diseases.htm

Persamaan Babi dan Tikus kat sini adalah wabak yang dibawa oleh mereka iaitu Lestospirosis. Kenapa sama? Macamana bole sama? Tunggu post yang seterusnya.......sabar, kalau cerita kat sini, berjela panjang dia tuan, so sabar ekk...hehehe

Dari Fakta Kesihatan:
Apa Itu Lestospirosis
Leptospirosis sesungguhnya tergolong penyakit haiwan yang boleh menjangkiti manusia juga, atau disebut zoonosis. Leptospirosis adalah penyakit yang disebabkan oleh infeksi bakteria Leptospira berbentuk spiral yang menyerang haiwan dan manusia dan dapat hidup di air tawar selama lebih kurang 1 bulan. Tetapi dalam air laut, ianya akan cepat mati.


Sumber Penularan
Haiwan yang menjadi sumber penularan adalah tikus , babi, dan beberapa haiwan lain. Sedangkan penularan langsung dari manusia ke manusia jarang terjadi.

Komplikasi Leptospirosis
Pada hati : kekuningan yang terjadi pada hari ke 4 dan ke 6
Pada ginjal : kegagalan ginjal yang dapat menyebabkan kematian.
Pada jantung : berdebar tidak teratur, jantung membengkak dan kegagalan jantung yang dapat mengakibatkan kematian mengejut.
Pada paru-paru : batuk darah, sakit dada, sesak nafas. Perdarahan karena adanya kerosakan pembuluh darah dari saluran pernafasan, saluran pencernaan, ginjal, saluran genitalia, dan mata (konjungtiva).
Pada kehamilan : keguguran, prematur, bayi lahir cacat dan lahir mati

Sedutan email dari hamba Allah tentang musibah yg melanda beliau kerna musibat tikus.

Ceritanya begini: "Tiga tahun lalu ketika pregnant anak sulung, saya berada di semester akhir di Universiti. Ketika kandungan berusia berusia 5 bulan lebih Doktor dapati kelainan pada perut saya dan di refer ke GH di Klang. Setelah di scan didapati hati dan limpa saya membengkak dan Dr suspect hepatitis. Kemudian kerana tak selesa dengan keadaan di hospital itu saya berjumpa Dr Hamid Arshat dan buat pemeriksaan darah. Sebulan selepas itu saya mendapat demam panas selama seminggu dan suatu hari saya merasa sakit dan sukar bernafas. Lalu saya minta untuk ditahan di hospital swasta di Bangsar. Ketika itu kandungan masih baik dan bergerak. Selepas di X-ray saya ditahan di ICU. Keesokan harinya saya merasa begitu sukar bernafas dan anak tidak bergerak lagi dalam perut. Saya merasakan seperti Allah ingin mengambil nyawa dan sempat meminta ampun kepada ayah dan suami yang ada berhampiran. Doktor terpaksa komakan saya kerana kesukaran bernafas dan saya tidak sedar selama 8 hari. Hari ketiga dimasukkan ke hospital. Dr Hamid dapati kandungan sudah turun dan beliau mengeluarkan bayi secara forcep dan menurut beliau bayi saya masih panas bermakna baru meninggal. Ketika itu kandungan berusia 29 minggu. Saya mengalami pendarahan yang teruk dimana darah keluar melalui salur peranakan, mulut dan hidung. Darah baru terpaksa dimasukkan hingga berpuluh-puluh pain mujur ramai datang derma hingga terlebih.

Comments (0)