Hati Tikus

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in | Posted on 8/14/2008 08:44:00 am

Hari ni, ada dah yang tanya apsal tak update blog? Rasa2 ni mesti ada yg dok rindu post baru ni....hehehe. Sebenarnya, kepala tgh risau ttg progress......aduii very slowww la kepala otak ni. Ok lah, ni nak corat-coret sikit la....buat hilang gelisah diri pada saat ini. Bila dengar, kawan-kawan ditimpa musibah, sedih jugak walaupun kita semua ada yang menunggu di depan, samada hiba atau ceria. Mungkin ada yang sudah berjumpa duka, akan berjumpa ceria, mungkin juga masih ada sapaan duka. Buat kawanku, bersabarlah dan tabah la. Allah sembunyikan matahari, turunkan hujan, ribut dan petir kerna nak bagi kita pelangi yang indah.

Mungkin agak lambat posting ni keluar, tapi tak kisah la ye...hehehe. Ni saje nak mengarut tentang Horoskop Cina. Sebanyak 12 ekor binatang terpilih sebagai simbol kepada tahun tersebut. Binatang tersebut ialah tikus, lembu, arnab, anjing, ayam, naga, monyet dan babi. Pada tahun 2008 ini, giliran sang tikus mendapat penghormatan, atau dengan lebih tepat lagi, tahun ini adalah tahun tikus, nak terperinci lagi Tahun Tikus Tanah…...
Kenapa tikus? Kan tikus ada dalam kalendar cina tu, ni kira restart balik kalendar tu sebab dalam 12 ekor binatang tu, tikus dok nombor satu. Kenapa tanah? Ni kira ikut unsur Ying Yang la, ada tanah, air, api, kayu, logam. Kalo ikut mentera pendekar pinang sebatang, unsur kayu ngan logam takde. Kira tok guru lain la ni. :D


Aku sendiri tak tahu menahu tentang feng shui ni, walaupun selalu gak tengok slot The Lillian Too Show (http://www.lillian-too.com/) kat Astro dulu, tapi sedar tak sedar dah 3 kali tikus ni buat pusingan sejak wujudnya aku kat dunia ni. Satu lagi, aku ada sebab lain berkenaan tikus ni.....tapi mohon bersabar la, kita sembang bab kalendar tikus dulu...hehehe.

Kita flashback sikit Karakter orang yang lahir dalam shio tikus ni, 1900, 1912, 1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008.

Lupakan dulu bab bawaan penyakitnya, di China mahupun Jepun, binatang ini dikenali sebagai penghibur yang baik dan kemampuannya dalam menggali dan menjaga nilai-nilai yang ada; Tikus dikenal sebagai simbol keberuntungan dan kesejahteraan. Pintar dan gerak cepat, Shio Tikus sangat luar biasa. Sangat menyukai rasa enak, Shio ini selalu meninggikan dirinya disetiap kesempatan. Adalah sifat biasanya yang menyenangkan dan tuturkata yang tajam, lucu dan menjadi teman yang baik untuk semua orang. Tikus suka ingin tahu siapa yang menjadi temannya dan akan memperlakukan semua teman yang setia dengan perlindungan dan kemurahan yang luar biasa.
Dibalik senyum manisnya, Tikus sering memiliki agenda sendiri. Shio ini dimotivasi oleh kepentingan diri sendiri, yang sering kali jika berhubungan dengan wang; kerakusan menjadi masalah utama jika Tikus tidak berhati-hati menjaga kepentingannya. Tikus sangat murah hati terhadap teman-teman setiaannya atau keluarga. Orang lain mungkin menganggap mereka mudah marah dan bermulut lancang. Kepuasan verbal sangat bererti bagi Tikus, Shio yang mudah dikenal orang lain untuk dicintai atau dibenci.
Tikus sering menyukai melihat dari luar, kerna dari sana dia boleh melihat bagaimana cara kerja suatu sistem atau situasi. Tikus selalu mencari pengetahuan yang baru, untuk disimpan atau dibuang. Shio yang selamanya ingin tahu ini, juga mempersilakan sesiapa yang ingin bersaing dengannya. Tikus juga tahu bagaimana caranya menenangkan diri sendiri.
Pelajaran berharga untuk para Tikus adalah belajar untuk mempertimbangkan kepentingan orang lain. Jika mereka dapat meningkatkan nilai diri dan menyedari untuk memberikan ruang bagi orang lain, Tikus akan menemukan kebahagiaan sejati. Pasangan paling cocok untuk Tikus adalah Naga atau Monyet.

Sumber: http://www.gemintang.com/

Korang tahu kenapa tikus dan kucing pantang jumpa, kalo jumpa tikus tentu ca alif but dulu.....Ni aku cerita kisahnya.....tapi cerita donggeng la dulu ekk...ikut tema la, post yg akan datang baru cerita yang sebenar, saja la nak simpan2 sikit idea, kang bagi semua, nanti cepat sangat habis modal. Korang jugak yang rugi, kata aku tak update la. Bukan apa....nak mengingat bab fakta ni, kena ambik masa sikit, dulu datang sini lupa nak bawak kitab. Umur pun dah lebih sikit 3 kali pusingan tikus ni...ada la kurang sikit.....kepala pun dah keluar bunga2 lalang, paham2 la ekk.

Dari berbagai versi dongeng, aku ambik yang ini la buat garapan cerita tikus masuk kalendar cina dan macamana dia boleh gi gaduh ngan kucing ni....hehehe. Tersebut la kisah, Maharaja Cina pada zaman dahuluuuuu... telah membuat tawaran kepada semua binatang yang berminat untuk dijadikan ikon (ceehwah!!) setiap tahun. Tawaran maharaja tersebut disambut oleh pelbagai haiwan daripada pelbagai kategori.

Oleh kerana terlalu banyak spesies haiwan yang berminat menjadi ikon sepanjang tahun tersebut, maka maharaja menghadkan untuk memilih 12 ekor binatang sahaja. Ini bermakna, setiap tahun seekor binatang dipilih. Apabila sampai ke tahun 13, maka binatang pada tahun pertama tadi terpilih semula. Begitulah tahun-tahun seterusnya. Syarat untuk menjadi ikon tahun baru amat mudah. Mana-mana spesies binatang yang paling awal sampai ke istana Maharaja pada hari yang ditetapkan akan terpilih sebagai ikon tahun baru.

Pada tarikh yang dijanjikan, pelbagai spesies haiwan berlumba-lumba untuk menjadi haiwan paling awal melapor diri ke istana maharaja. Berbagai-bagai cara, teknik, strategi dan kenderaan digunakan untuk sampai ke istana dengan segera.

Ada yang sudah berkampung sejak sekian lama di kawasan yang berhampiran dengan istana. Ada juga yang membuat spekulasi bahawa bukan tarikh ini, tapi tarikh yang lain. Ada juga haiwan kecil yang menunggang haiwan yang besar. Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai cita-cita yang diinginkan iaitu menjadi ikon sepanjang tahun.

Pada ketika itu, tikus dan kucing merupakan sahabat karib dan tinggal sebumbung. Kemana sahaja mereka pergi tentu bersama, jadi bila mendengar hal pertandingan ikon tahunan tersebut, mereka berdua sepakat akan berduet untuk menyertainya. Namun igauan indah sekadar manis dibibir sahaja, sang tikus bertindak solo tatkala sang kucing dibuai mimpi.

Selepas tamat pertandingan, diumumkan binatang terawal sampai ialah sang tikus dan diikuti oleh lembu, arnab, anjing, ayam, naga, monyet dan paling akhir ialah babi, ceh masuk jugak tonyok ni. Pelbagai andaian menyatakan bahawa kemenangan tikus menjadi haiwan terawal dan terpilih di kalangan 12 terbaik adalah tidak sah. Ini kerana sang tikus menaiki pelbagai jenis haiwan untuk sampai ke istana.

Antara haiwan yang menjadi tunggangan tikus ialah naga, harimau, dan akhir sekali ialah lembu. Oleh kerana pintu istana belum lagi dibuka ketika itu, maka haiwan yang berbadan besar tidak boleh berbuat demikian. Mereka terpaksa menunggu sehingga pintu dibuka sepenuhnya.
Seperti yang dijangkakan, sang tikus mengambil kesempatan daripada badannya yang kecil itu untuk masuk melalui lubang kecil di pagar istana. Akhirnya, tikus menjadi haiwan terawal dan tahun tersebut diisytiharkan sebagai tahun tikus.

Kejayaan tikus menimbulkan kemarahan 11 binatang yang lain kerana dianggap melanggar peraturan. Walaubagaimanapun tiada bukti kukuh menunjukkan hal yang demikian. Selain itu, kemarahan 11 binatang tersebut reda kerana mereka pun akan mendapat penghormatan serupa pada tahun-tahun berikutnya.

Berita kejayaan tikus tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan sahabat baiknya iaitu kucing. Apabila mendengar berita tersebut, kucing cukup marah kerana tikus tidak mengingatkannya tentang tarikh yang ditetapkan itu. Kucing marah kerana tikus hanya mementingkan diri sendiri dan cuma mahu beroleh kejayaan seekor diri. Bagi kucing, ia sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang rakan karib.

“Sampai hati tikus pergi sendirian dan tidak memberitahu aku. Bukankah maharaja akan memilih 12 haiwan yang terawal? Jadi, alangkah baiknya jika dua sahabat baik mendapat tempat antara 12 terawal” rungut sang kucing sendirian.
Ini tak boleh jadi. Mulai hari ini, kau bukan sahabatku lagi. Aku akan cari kau sampai dapat. Aku akan jadikan kau sebagai makanan aku,” kucing terus berdendam. Sejak itu, hubungan tikus dan kucing bukan lagi sebagai sahabat baik. Sebaliknya, tikus dianggap makanan paling digemari sang kucing.
Setelah masa berlalu, sang kucing terserempak dengan sang tikus. Menyedari kesilapan besarnya, tikus segera melarikan diri. Berbagai-bagai jalan dilalui, pelbagai lorong diikuti, bermacam-macam susur direntasi dan berbilang denai disusuri, namun kucing terus mengekori. Tu yang keluar nama lorong tikus.

Tikus bernasib baik apabila berjaya menjumpai lubang kecil yang boleh sampai ke sebuah gua. Tikus selamat daripada kucing kerana lubang tersebut hanya muat untuk dirinya sahaja. Tu yang keluar nama lubang tikus.

Kebetulan dalam lubang gua tersebut tinggal seorang ahli sihir. Sang tikus pun mengadu halnya yang ketakutan dikejar kucing kepada ahli sihir tersebut. Tikus memohon ahli sihir mengubahnya menjadi seekor kucing supaya tidak takut lagi kepada kucing.
Ahli sihir merasa kasihan lalu memperkenankan permintaan tikus. Tikus itu kini berubah fizikalnya menjadi seekor kucing. Setelah mengucapkan terima kasih, tikus berbadankan kucing pun beredar dari gua dengan riang. Dia kini tidak takut lagi kepada kucing.
Setelah beberapa minggu, dia dikejar oleh anjing. Dia berlari menuju ke gua dan meminta ahli sihir menukarnya kepada anjing. Kali ini dia dikejar pula oleh serigala yang menggerunkan. Dia pun meminta lagi agar ditukarkan kepada seekor serigala.
Kemudian dia diburu pula oleh singa. Seperti biasa, dia meminta pula dijadikan seperti singa. Ahli sihir masih sabar dengan kerenahnya lalu menukarkannya menjadi seekor singa.
Walaupun telah menjadi seekor singa yang bengis, sifat takut masih ada dalam dirinya. Dia begitu takut kepada makhluk bernama manusia yang seringkali memburu singa menggunakan senapang. Dia meminta pula dijadikan sebagai manusia. Ahli sihir menukarkannya menjadi seorang gadis yang ayu.
Pada suatu hari, si gadis ayu begitu terkejut dan takut dengan kehadiran seekor tikus di rumahnya. Lantas dia berjumpa dengan ahli sihir agar menukarnya kembali kepada asal iaitu seekor tikus semula.
Setelah menukarkannya kepada sang tikus, ahli sihir pun memberi nasihat ikhlas kepadanya “Aku telah tukarkan kau kepada pelbagai bentuk. Sebut sahaja apa yang kau mahu, aku ikutkan. Mula-mula kucing, selepas itu anjing, kemudian serigala dan diikuti pula dengan singa. Tidak berapa lama kemudian kau mahu jadi manusia. Sekarang kau kembali menjadi tikus semula. Tahukah kamu kenapa kamu sentiasa berasa takut wahai sang tikus?"
Sang tikus menjawab “Tidak tahu, wahai ahli sihir”

Ahli sihir memberi tip paling berguna buat tikus “Walaupun, fizikal kau berubah menjadi pelbagai bentuk, namun hati kau tetap hati tikus”. Tu yang keluar simpulan bahasa, Badan je besor, tapi hati, tikus....hehehe”. Ni kira kes bersalah la ni.

Comments (0)