Kuku
Posted by 'adasatul 'aini | Posted in Ilmiah, Santapan Rohani | Posted on 8/07/2008 03:52:00 pm

Pada kulit di bawah kuku terdapat banyak pembuluh darah dan sekiranya ditekan/picit akan menimbulkan warna kemerah-merahan. Seperti tulang dan gigi, kuku merupakan bahagian terkeras dari tubuh kerana kandungan airnya sangat sedikit.
Pertumbuhan kuku jari tangan adalah 4 kali lebih cepat dari pertumbuhan kuku jari kaki dimana rata-rata antara 0.5 - 1.5 mm seminggu (3mm sebulan). Pertumbuhan kuku juga dipengaruhi oleh panas tubuh.
Hukum Memotong Kuku
Memotong kuku termasuk amalan sunat.
Hal ini disebutkan dalam Hadis riwayat Muslim, daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya: “Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.”
Doa Ketika Memotong Kuku
Berkata Syaidina Jaafar r.a:-
"Barangsiapa mengerat atau memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari Jumaat dan berdoa ketika memotongnya:
Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang hamba sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati".
Bahagian Kuku Tangan
Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari. Kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari. (ikut turutan/tertib seperti dlm gambar)
Bahagian Kuku Kaki

Hari-Hari Yang Disunatkan Memotong Kuku
Menurut Ibnu Hajar, sunat memotong kuku pada Khamis, pagi Jumaat atau Isnin.
Terdapat dalam sebuah hadis Nabi SAW, sabdanya:
"Barangsiapa memotong atau mengerat kuku pada:-
HARI SABTU - Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
HARI AHAD - Hilang Barakah
HARI ISNIN - Mempusakai alim Fadhil (orang yang berilmu dan mempunyai kelebihan)
HARI SELASA - Mempusakai kebinasaan
HARI RABU - Mempusakai jahat perangai
HARI KHAMIS - Mempusakai kaya
HARI JUMAAT - Mempusakai ilmu dan lemah lembut".
Memotong kuku ketika berhadas besar (haid, nifas dan junub)
Menurut kitab Al-Ihya, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, seboleh-bolehnya jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi wajib. Jika terpaksa juga, hendaklah dikutip dan dibawa ketika mandi wajib. Hal ini kerana segala potongan itu akan kembali kepadanya pada akhirat kelak dengan keadaan berhadas besar dan akan menuntut haknya.
sumber: wikipedia, sumber hadis, Forum MyMasjid (http://www.mymasjid.net.my/forum/display/366244/kerat-kuku-jgn-kerat-sebarangan/)
Comments (0)
Post a Comment