Haruman Kasturi

Posted by 'adasatul 'aini | Posted in , | Posted on 8/01/2008 12:01:00 am

Bila sebut Kasturi, rasanya semua orang tahu dengan nama tu. Banyak jugak nama yang dihubungkan dengan kasturi ni, contohnya Hang Kasturi, Limau Kasturi, pendek kata banyak la nama orang yang guna perkataan ni, terutama orang India la, nama tok sami brahmin dia la, nama awek manis dia la, nama stesen TV dia la, nama restoran dia la, sampai Aziz M Osman pun buat cerita Hang Kasturi tu bangsa India dalam slot Pendekar 5....lawak2.

Ok tu intro je, cerita sebenarnya adalah bau kasturi yang selalu orang pakai dalam minyak wangi (minyak atar), mana datangnya ekk?

Teringat satu kisah dalam Israk Mikraj,
Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui.
Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.


"Materainya itu ialah kasturi." (pangkal ayat 26, Surah Al-Muthaffifin). Kasturi adalah lambang keharuman. Kasturi tergantung pada pinggang kijang atau rusa di hutan. Kasturi dikenal harumnya dan sukar mendapatnya; inilah yang dilambangkan atas keharuman dan kewangian minuman syurga. Sedang sumbat dan materai penyumbat botolnya lagi harum terdiri dari kasturi, betapa lagi isinya; "Dan pada hal yang demikian itu biarlah berlumba orang-orang yang hendak berlumba.'' (ujung ayat 26)

“…mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dan indah di sisi Allah dari bauan wangian kasturi”(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' (hadith riwayat Al-Bazzar)

“Dari Abu Musa r.a dari Nabi S.A.W, baginda bersabda: Perumpamaan berkawan dengan orang sholeh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti orang yang membawa wangian kasturi dan peniup api tukang besi. Orang yang membawa kasturi, samada akan memberikannya kepadamu, atau engkau membeli darinya atau engkau akan mendapati bau harum daripadanya. Sedangkan orang yang meniup api tukang besi, samada dia akan membakar pakaianmu, atau kamu akan mendapati bau yang busuk darinya.

Ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

Ni pasal dah janji dengan kawan nak cerita ttg kisah riak, maka cari punya cari, ingat punya ingat, teringat la cerita ni, bukan pasal riak tapi niat. Pernah dengar Rusa Kasturi (‘musk deer’ kalo ikut istilah omputih ler)?

Bagaimana Rusa Kasturi mendapat nama?

Selain rusa atau kijang ni, ada beberapa binatang lagi yang ada ditambah kasturi kat belakang dia, contohnya tikus, lembu, musang dan kura2, tapi cerita menatang2 ni aku belum khatam lagi, Cuma ada la dengar2 namanya orang sebut, kalo nak tahu sahih ke tidak, pi la cari kat ensiklopedia haiwan.

Kasturi tu nama bauan yg wangi la maksudnya. Orang belah pantai timur panggil ‘Jebat’. Rusa ni ada banyak jenis, walaubagaimanapun hanya satu je spesis ni kat mukabumi ni, yang lain bau hapak, hamis dan segala maknika bau la....hehehe. Rusa Kasturi ni, saya pun belum gi tengok lagi, tapi ikut kata gemolah guru saya ada di kawasan belah2 Timur Jauh, Siberia, Pakistan, India, Bhutan, Mongolia dan senang cerita kat belah2 pergunungan Himalaya la. Setiap 6 bulan sekali rusa2 ni akan gugurkan buntil pusatnya dan penternak rusa ni akan kutip la buntil tu untuk diproses menjadi bauan kasturi yang dicampur dan ditambah dalam minyak wangi agar berbau kasturi. Buntil pusat tu kira macam taik pusat la....hehehe. Amacam? Kalau rasa tak percaya, cukupla bacaan anda sehingga perenggan ni tapi kalau nak tahu lagi.....so u may proceed further....hehehe.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.
Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh rusa tersebut, buntil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras. Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

Cerita haiwan ni mendapat bau wangi ni macam ni......Kisah berlaku di zaman Nabi Adam Alaihissalam.

Nabi Adam dan Hawa selepas memakan buah khuldi atas hasutan Iblis, telah dikeluarkan (ni terpaksa pakai ayat yg baik sikit...sebab ni tok nenek kita semua tau) dari syurga, dan diturunkan ke dunia. Maka terpisahlah Adam dan Hawa selama 40 tahun sebelum diketemukan di Jabbal Rahmah. Sewaktu Adam A.S menjejakkan kaki ke bumi, heboh berita itu kedengaran kepada sekalian makhluk di dunia. Begitu juga pada satu kelompok rusa ini, maka mereka berpakat la sesama mereka berkenaan tujuan mulia mereka. Setelah dipersetujui sebulat suara, maka bergerak la mereka mencari dan menyambut kedatangan Nabi Adam A.S, khalifah mulia yang diutuskan Allah Taala ke mukabumi, dengan riak wajah yang ceria lagi gembira.

Hal yang sama dirasakan oleh Baginda Nabi, rasa gembira, syukur akan rahmatNya kerana masih dirai olehnya. Dengan perasaan yang amat suka, diraupnya (diusap) setiap satunya rusa-rusa tersebut dengan belaian mesra. Binatang yang ada nama lain tu penulis tak pasti la pulak ada datang ke tidak??? Mohon Maaf, kisah berkisar rusa kasturi je.

Kumpulan rusa tadi kembali lah ke tempat mereka datang dengan perasaan yang lebih gembira kerna sesuatu yang pelik telah terjadi. Di sana mereka bertemu la dengan kumpulan rusa2 dan binatang yang lain, yang tidak bersama dalam ekspedisi mulia tadi. Maka, hairan la akan rusa2 dan haiwan2 lain, macamana tubuh badan mereka yang sama tetapi mempunyai bauan yang amat wangi dan tidak seperti sebelum ini. Lalu bertanya lah mereka akan keajaiban apa yang berlaku ini, maka berceritalah mereka akan kronologi kejadian yang berlaku sehinggalah mereka balik ke hutan tempat mereka bertemu ini.

Kejadian itu telah menarik perhatian rusa2 yang lain, maka mana2 yang belum wangi tu berpakatlah dan berebut2 pergi beramai2 bertemu dan menyambut Baginda nabi. Nabi Adam A.S. seperti sebelum ini, melayan kunjungan hormat haiwan2 tersebut tanpa apa2 perasaan syak, baginda sangat gembira sekali dan setiap haiwan itu juga diusap seperti sebelumnya.

Setelah itu kembalilah mereka semula ke dalam hutan (ekologi asal), namun hasrat mereka setiapnya tidak tercapai, tubuh badan mereka tidak berbau wangi seperti rusa2 yang sebelum mereka. Dan wujudlah seperti mana mereka sehingga kini. Rusa yang berbau wangi tadi dinamakan Rusa Kasturi kerana bauan badannya adalah bauan kasturi.

Pengajaran yang boleh diambil disini adalah setiap perkara ingin dilakukan mestilah kerana niat. Kalau melakukan kerana ALLAH, pasti besar ganjarannya yang diperolehi, namun kalau dilakukan kerana kebendaan atau keduniawi, tiada sedikit pun adalah niat sadaqah atau berharapkan balasan, pasti tiada satu kebajikan pun yang akan tercatit sudahnya. Kelompok rusa yang pertama keluar bertemu Baginda Adam A.S. kerana NIAT meraikan nabi besar ketika itu, yang dijadikan ALLAH sebagai khalifah di mukabumi ini, manakala kelompok kedua keluar bertemu kerna mengharapkan agar bauan wangi tubuh Baginda Nabi hinggap ke tubuh mereka. Peranan sama, namun niat berbeza, ganjaran ALLAH juga berbeza.

Fasal Niat ni terlalu luas dan besar untuk diulas disini, sekadar mengisahkan perihal Asal Kasturi...................WALLAHU A’LAM.


Lagi berita pasal rusa kasturi:

rujuk kosmo online 13 Julai 2008

Comments (0)